Monday, 5 October 2015

Makan di Billionaires Concept Cuisine

Assalamualaikum.

Kalau sebut pasal makanan, memang kitorang suka. Tengok perut pun dah tau. Hahaha! Kitorang pun suka explore kedai-kedai baru untuk dicuba. Baru-baru ni kitorang balik Melaka. Jadi kitorang pun singgah la satu kedai makan yang baru yang ada kat Melaka ni. Nama kedai tu Billionaires Concept Cuisine. Kalau korang makan situ, balik je rumah korang akan jadi kaya. Hahaha! (ok tipu je).


Kedai makan ni terletak dekat dengan AEON Bandaraya Melaka. Berdekatan dengan kawasan kedai-kedai yang ada sebelah AEON tu. Senang je nak jumpa. Ni alamat kedai: 8-1 Jalan Lagenda 6, Taman 1 Lagenda, Melaka. Waze je, InsyaAllah sampai.

Ok jom buat review!

Konsep kedai yang cool. Simple dan nice to see, nice to view. Susunan kedai yang tak serabut. Ada ruang aircond dan tak aircond. Artwork kat dinding yang cantik dan kreatif. Overall Billionaires Concept Cuisini ni selasa.




Bab makanan pula. Mostly semua makanan barat kot. Dari pasta, steak dan macam-macam lagi. Nak sebut satu-satu macam banyak pulak. Tapi banyak pilihan lah. Bab air minuman pula, ada juga banyak pilihan dari kopi dan juga minuman ringan yang biasa ada kat mana-mana kedai makan. Dan yang paling penting makanan pencuci mulut diorang lain sikit sebab ada serve aiskrem. Boleh la pilih aiskrem apa yang korang nak. Selain aiskrem, kek pun ada. Pilih je.




Overall makanan dia not bad, sedap juga. Perut pun kenyang dan membuncit. Hahaha! Harga pula berpatutan. Tak murah sangat, tak mahal sangat. Mampu bayar la. Hehehe! Kitorang suggest korang untuk cuba. Kitorang bagi 4 bintang ok. YEAYYY! 

Kalau korang datang ke Melaka dan nak lepak dekat tempat yang ala-ala hipster boleh la berkunjung ke Billionaires Concept Cuisine ni ok. Tak rugi pun kalau korang cuba makan kat sini. Ok sebelum balik kitorang belanja selfie sekeping! Hehehe :)


Jangan lupa singgah dan cuba ok!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment