Friday, 2 October 2015

Koleksi Aiskrim Meadow Gold dari F&N

Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang tak tau yang F&N dah keluarkan aiskrem. Yes! F&N dah ada aiskrem uolssss. Yummy! Bagi yang suka makan aiskrim tu, korang mesti cuba aiskrim ni sebab dia keluarkan 4 rasa yang berbeza. Kenapa 4 je? Sebab 4 rasa ni kiranya rasa yang paling kebabom! Eksklusif uolsss!


Empat koleksi askrim Meadow Gold adalah Bold Chocolate Decadence, Lush Red Velvet, Delectable Caramel Pecan dan Heavenly Macadamia. Secara personally, kitorang suka semua rasa. Sedap uols! Lagi-lagi makan time panas. Confirm cair dalam mulut masuk ke dalam jantung. Hahaha! Tapi kitorang paling suka Heavenly Macadamia dan Delectable Caramel Pecan sebab over the top rasa dia. Nyum nyum!

Askrim ni boleh dimakan secara berjemaah sebab kuantiti dalam 1 bekas 750ml. So banyak la kan. Harga pun tak mahal, RM29.20 macam tu. Askrim ni kalau makan sorang boleh tahan seminggu jika dimakan sikit-sikit. Kalau tak cukup boleh beli lagi. Hehehe.

Cerita banyak tak guna sebab korang kena rasa sendiri baru tau rasa dia tip top ke tak. Kalau tak rasa macam mana nak tau sedap ke tidak kan? Jadi korang rasa dulu ok. Dah rasa nanti share perasaan korang dengan kitorang. Tak rugi pun beli sebab memang sedap. Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment