Sunday, 11 October 2015

Kilang Bateri Johor Bahru

Assalamualaikum.

Kalau berkunjung ke Johor Bahru, ada tarikan terbaru untuk korang semua. Tempat yang kitorang maksudkan tu adalah Kilang Bateri. Tempat ni sebenarnya kilang bateri yang telah diubah suai menjadi tempat lepak yang hipster. Ala ala uptown gitu. Cool kan?

Bila dah cakap ala-ala uptown tu mesti korang akan terbayangkan shop lot yang jual pelbagai jenis barang. Ada jualan barangan bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, sampai la orang tua. Macam-macam ada. Semua dibawah satu bumbung. Konsep kilang bateri ni agak menarik sebab sambil korang shopping, korang boleh juga lepak makan minum kat situ. Jadi tak perlu risau nak cari makanan.








Macam mana? Teruja tak dengan gambar yang kitorang kongsi ni? Kilang Bateri ni tak siap sepenuhnya. Ada sebahagian tempat masih lagi diubahsuai untuk para peniaga lain. Mungkin sebulan dua siap la sepenuhnya. Apa yang kitorang boleh cakap, Kilang Bateri ni awesome sebab ianya nampak vintage dan interior design Kilang Bateri ni sempoi. 

Jadi kalau korang pergi Johor Bahru jangan lupa singgah sini ok. Kilang bateri ni dibuka setiap hari dari pukul 12 tengahari sampai 12 tengah malam. Ni alamat dia: Taman Perindustrian Tampoi, Johor Bahru. Waze je la, pasti tak sesat.


Sebelum balik kitorang belanja selfie sekeping! Jangan kecam kitorang. Hehehe! Kilang bateri checked! :)

Assalamualaikum.

2 comments: