Wednesday, 28 October 2015

5 Gambar Muhammad Khaleesh Fayyad Senyum Manja

Assalamualaikum.

Minggu lepas kitorang kongsi gambar Rayyan gelak sakan, kali ni kitorang kongsi pula gambar Fayyad senyum manja. Fayyad ni memang suka senyum. Sekali senyum boleh terus melting tau. Fayyad ni pun susah sikit nak senyum. Bajet je senyum dia, kena paksa baru nak senyum.






Comel kan Fayyad senyum manja? Rasa nka gigit sampai lunyai. Hehehe. Agak-agak fayyad ikut muka siapa?

Assalamualaikum.

Tuesday, 27 October 2015

Movie Review : Love, Supermoon

Assalamualaikum.

Jarang sekali kitorang nak keluar pergi menonton wayang. Tapi kalau ada yang ajak dan free. Memang kitorang akan cepat-cepat pergi tengok. Hahaha! Ok untuk movie review kali ni, kitorang review pasal filem Love, Supermoon.


Ok filem ni best sebab kelakar. Kelakar yang boleh diterima pakai. Tak hambar. Jalan cerita yang tak susah untuk difahamkan. Plot cerita yang tak bosan. Tak melalut sangat. Filem yang tak berat untuk difikirkan. Pastu gandingan pelakon yang serasi. Overall memang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Memang kena la dengan tema filem romantik paling kelakar 2015 tu. Kitorang bagi 4 bintang. YEAYYY!


Nak review lain? Korang tengok la video kat atas ni. Ni review dari kawan kitorang acap. Dia ni bagi review pun memang ikhlas dan terlalu telus. Jadi korang pun boleh bagi review lepas tonton filem ni sendiri.

By the way, masa kitorang tengok wayang tu pelakon yang memegang watak triz lakonan nadiya nisaa ada sekali menonton dalam panggung tu. Apa lagi, lepas habis movie kitorang selfie la. hehehe.


Kalau korang ada free time tu pergi wayang tonton filem Love, Supermoon ni. Confirm tak rugi duit korang tu. Sama-sama kita sokong filem buatan tempatan. Ok? Dah-dah pergi wayang cepat!

Assalamualaikum.

Monday, 26 October 2015

Top 5 Portal Hiburan di Malaysia

Assalamualaikum.

Kalau bercakap pasal gosip dunia hiburan, banyak sangat portal hiburan yang wujud kat Malaysia ni. Pilih je nak baca yang mana. Tapi adakah berita yang disajikan menepati citarasa korang sebagai pembaca? Adakah berita itu betul-betul dari mereka atau hanya copy paste saja? Sebagai pembaca korang mampu tentukan sendiri.

Jadi kitorang nak kongsi dengan korang top 5 portal hiburan yang ada di Malaysia (ikut pemerhatian kitorang). Portal ni kiranya paling top dan dah dikenali ramai. Kalau korang google "potral hiburan di Malaysia" top 3 carian akan keluar portal yang sama. Jom kita tengok portal hiburan mana yang menjadi top 5 pilihan kitorang:







Korang suka baca portal yang mana? Korang rasa berita dalam potral mana paling asli dan terkini? Hehehe. Just simple nasihat, nak baca portal yang mana tak kisah. Jangan korang over sangat dah la. Terlalu cepat percaya dengan gosip-gosip ni. Kena baca dan selidik dulu sebarang cerita kalau nak kongsikan pada orang ramai. ok?

Mungkin ada portal hiburan lain. Kalau ada meh kongsi dengan kitorang ya.

Assalamualaikum.

Sunday, 25 October 2015

Foto Sekitar #AqiqahFayyadRayyan

Assalamualaikum.

Kitorang just nak kongsi beberapa keping gambar sekitar majlis #AqiqahFayyadRayyan yang kitorang buat kat rumah kat Melaka semalam (24 Oktober 2015). Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Jom kita layan foto yang sempat babah didil snap :)















Alhamdulillah 4 ekor kambing dah tumbang untuk #AqiqahFayyadRayyan. Kenapa 4 ekor? Sebab aqiqah untuk lelaki 2 ekor kambing, seekor kambing untuk perempuan. Di sebabkan anak kitorang 2, maka kambingnya 4 ekor la. Ada faham? Hehehe. 

Apa-apa pun doakan Fayyad dan Rayyan jadi anak-anak yang soleh, InsyaAllah. Terima kasih pada ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan terdekat yang sudi hadir memeriahkan majlis. 

Assalamualaikum.

Friday, 23 October 2015

Setapak Central

Assalamualaikum.

Pernah dengar Setapak Central? Kalau tak pernah dengar ni kitorang nak bagi tau. Sebenarnya dulu dikenali dengan KL Festival City, tapi kini dah di tukar kepada Setapak Central. Mungkin rebrand atau dah tukar management baru. Itu kitorang tak pasti. Yang pastinya KL Festival City dah tak ada, yang ada adalah Setapak Central. Ok?

Rasanya tak ada apa yang berubah melainkan nama tempat tu. Yang lain tetap sama. Dalam Setapak Central ada Parkson, Econsave dan bermacam-macam butik macam H&M, Cotton On, Al-Ikhsan, F.O.S, Giordano, Reject Shop, Polo Hauz dan banyak lagi. Tempat makan pun best ada Texas Chicken, Secret Recipe, Kenny Rogers, Seoul Garden dan lain-lain. Selain nak shopping dan makan, kat situ ada juga MBO cinema.



Jadi lepas ni kalau ada orang tanya kat mana Setapak Central boleh la korang jawab kat mana. Lokasi masih sama di Jalan Genting Klang dan Jalan Taman Ibu Kota. Setapak Central ni juga dekat sangat dengan Uptown Danau Kota. Ok? Take note atas perubahan nama tempat ni.

Assalamualaikum.

Thursday, 22 October 2015

5 Barang Buat Wanita Gembira

Assalamualaikum.

Seorang wanita kadang-kadang cepat rasa tersentuh dan terharu bila diberi kejutan. Biasa la, wanita ni hatinya lembut. Kalau buat something sweet comfirm akan tersentuh dan hati terus berbunga-bunga. Setuju ke tak? Hehehe.

Jadi kitorang nak kongsikan 5 barang buat wanita gembira. Rasanya banyak je barang, tapi kitorang bagi top 5 je (based on our observation). Check it out!

1. Jambangan bunga

2. Jambangan Coklat

3. Beg tangan

4. Set barangan make up

5. Teddy bear

Kalau korang sorang wanita, barang mana yang paling korang suka? Meh kongsikan dengan kitorang. Tapi tak semua wanita suka barang-barang ni. Ada je yang suka benda lain. Kan? Kepada para lelaki pulak, take note ok. Mana tau barang-barang ni boleh bagi idea kat korang untuk surprise someone special. Tak de la korang pening kepala nak cari hadiah apa.

Selamat buat seorang wanita gembira!

Assalamualaikum.

Wednesday, 21 October 2015

5 Tabiat Si Pemakai Cermin Mata

Assalamualaikum.

Siapa kat sini pakai cermin mata? Rabun jauh ke rabun dekat? Ke rabun silau? Hehehe. Tak kisah la korang rabun jenis apa. Tapi pernah tak korang buat benda-benda macam ni? Rasanya 90% orang yang pakai cermin mata akan buat dan rasa macam ni:

1. Letak cermin mata atas kepala

 2. Gantung cermin mata dekat kolar baju

3. Lap cermin mata guna hujung baju

4. Masalah cermin mata berwap bila kena sejuk

5. Cermin mata patah balut handiplas

Kitorang memang pakai cermin mata. Jadi ni adalah masalah yang kitorang akan rasa dan alami bila pakai cermin mata. Adakah korang rasa benda yang sama? Kalau sama meh sep sikit. Hehehe

Assalamualaikum.

Tuesday, 20 October 2015

Tips Ketika Jerebu

Assalamualaikum.

Seminggu dua ni Malaysia tengah alami musim jerebu. Jerebu ni tak elok sebab boleh jejaskan kesihatan kita lagi-lagi yang ada penyakit asma. Bacaan ipu jerebu sekarang ni agak teruk sampai sekolah tutup. Jadi sama-sama la kita jaga la kesihatan bila musim jerebu ni.


Jadi kitorang nak kongsikan beberapa tips yang boleh korang amalkan bila datangnya musim jerebu. Lets check it out!

  1. Kurangkan aktiviti luar - dah jerebu kan, kalau boleh duduk dalam rumah je. Kalau keluar nanti hirup udara tak sihat korang pun sakit.
  2. Pakai penutup muka - kalau dah terpaksa keluar rumah macam nak pergi kerja atau keluar beli barang/makanan, keluar je la. Tapi kena ambil langkah pencegahan dengan memakai penutup muka. Kurang sikit hirup udara jerebu tu.
  3. Pastikan ruangan rumah/bangunan sentiasa bersih - kalau ada ahli keluarga yang merokok tu nasihatkan la berhenti atau kurangkan merokok. Sebab asap rokok tu sendiri akan tambahkan lagi kekotoran udara.
  4. Sentiasa basuh tangan dan muka - kalau dah kena jerebu, mesti tak bersihkan. Kena la sentiasa bersih muka dan tangan tu. Cuci sekerap mungkin dengan sabu. Barulah bersih!
  5. Banyakkan minim air kosong - bila jerebu ni, lebihkan minum air kosong. Jadi badan tak adalah cepat lemah dan sentiasa segar. Ye la, dah sedut jerebu. Kena la neutralkan balik badan dengan minum air kosong. Kena minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Ok itu saja tips yang kitorang nak kongsikan. Jadi korang jaga kesihatan ok. Kalau jerebu teruk sangat, duduk je rumah. Comfirm sihat dan selamat. Jaga kesihatan ok!

Assalamualaikum.

Monday, 19 October 2015

Laman Sosial Media Mrandmrsaidil

Assalamualaikum.

Rasanya kitorang ada dekat laman sosial media ni dah lebih kurang dalam setahun juga la. Tapi ramai yang tak tau kitorang ada semua laman sosial media yang budak-budak zaman sekarang ada macam facebook page, instagram, youtube channel, twitter dan blog yang tengah korang baca ni.

Kalau korang ada laman sosial media facebook, instagram, youtube channel dan twitter boleh la follow, like atau subscribe ok? Ini adalah yang rasmi. Kalau ada yang selain kitorang bagitau ni, tu mungkin fake punya (bajet ada orang nak buat). Here is the official page ok :)








Kalau korang sudi jangan lupa follow, like dan subscribe ok. Kitorang tak paksa pun. Sila follow, like dan subscribe dengan ikhlas ya. Hehehe! Say hi if da follow, like dan subscribe. InsyaAllah ada masa kitorang akan balas. Jumpa kat laman sosial media ok!

Assalamualaikum.

Sunday, 18 October 2015

Pulut Berhias

Assalamualaikum.

Kalau nak celebrate birthday mesti korang akan beli kek kan? Selalunya ada 2 jenis kek yang korang beli. Kek aiskrim atau kek biasa/kek cawan. Jadi kalau nak lain sikit boleh la beli pulut kuning (pulut berhias). Kan nampak melayu sikit. Hehehe.


Makcik babah didil ada buat pulut berhias ni. kalau korang nak order boleh la roger. Pulut ni bukan boleh buat untuk celebrate birthday je, kalau nak buat masa kahwin pun boleh. Orang potong kek, kita potong pulut berhias. Kan cool tu.

Kalau berminat boleh roger babah didil atau direct Puan Jamilah - 019.694.8794 untuk buat tempahan. Harga memang berpatutan. Ok?

Sekian saja untuk kali ni.

Assalamualaikum.

Saturday, 17 October 2015

5 Gambar Muhammad Khaleesh Rayyan Gelak Sakan

Assalamualaikum.

Bila anak-anak dah besar, perasaan jaga anak tu makin seronok! Ye la dah pandai interaksi dan faham apa yang kita cakap. Macam-macam hal dia buat. Jadi sempena hujung minggu ni kitorang nak kongsi 5 gambar Rayyan gelak sakan. Rayyan ni kalau gelak je akan sepet. Itu siapa la agaknya ya?






Ikut siapa la Rayyan ni gelak kan? Hehehe. Kalau gelak je kitorang akan tanya Rayyan "mata mana mata". Cute kan? Hehehe. Selamat hari sabtu!

Assalamualaikum.

Friday, 16 October 2015

Yeayyy Menang!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah babah didil menang "People's Choice Award" setelah short film yang masuk pertandingan "Indiviour Red Ribbon Short Film Competition" tu dapat LIKE paling banyak. Total LIKE adalah dalam 3000 lebih. Penat lelah berhempas pulls pulun promote dan berusaha untuk menang. Hehehe!




Mungkin ada yang mempertikaikan "ala buat banyak fake account boleh la menang, itu bukan people choice tapi own choice". Rasanya penganjur tak ada tetapkan apa-apa peraturan untuk raih LIKE paling banyak. Jadi peserta boleh buat apa saja yang mereka mahukan. Terpulang atas usaha masing-masing. Siapa berusaha lebih, InsyaAllah ganjaran menanti kita. Biar la orang nak cakap apa tapi babah didil dah berusaha untuk menang. Itu pun berkat usaha kawan-kawan dan semua orang yang sudi LIKE short film tu. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah!

Kepada semua yang LIKE short film babah didil. Terima kasih banyak-banyak, semoga tuhan merahmati kalian semua. Duit kemenangan tu akan digunakan sebaiknya. Ada la sikit untuk team babah didil dan selebihnya babah didil nak buat kenduri aqiqah thekhaleeshs. 

Kalau ada competition lain, InsyaAllah kitorang nak join lagi. Mana tau ada rezeki macam ni kan. Jangan malas untuk mencuba sebab kita tak tau rezeki kita ada kat mana. Hehehe!

Assalamualaikum.