Monday, 21 September 2015

Maggi Letup yang kebabom!

Assalamualaikum.

Siapa suka makan mee segera? Siapa tak suka makan tu memang dah hilang 1 nikmat dunia tau. Hehehe. Baru-baru ni kitorang dok dengar iklan dekat radio pasal Maggi Letup ni. Punya la iklan tu cakap Maggi Letup ni pedas tahap impak maksima. Betul ke pedas? Tu yang kena cuba kan.


Maggi Letup ni didatangkan dengan rencah baru iaitu Maggi Letup Kari Cili Api dan Maggi Letup Goreng Kari Berasap. Maggi Letup ni diperbuat dari gabungan cili merah menyala, cili kering dan kari sebenar. Sebab tu jadi Maggi Letup tup tup kebabom! Jadi korang ada berani nak cuba?


Kalau korang rajin pergi la website Maggi Letup untuk join Cabaran Raja Letup. Rekod video korang makan Maggi Letup dan tag orang lain. Ada berani tak? Kitorang berani sahut cabaran Maggi Letup ni. Nantikan video kitorang makan Maggi Letup ni dan review pasal Maggi Letup ni. Ok? Korang jangan cuba rasa ok!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment