Monday, 28 September 2015

Ikan Bakar Muara Sg. Duyung, Melaka

Assalamualaikum.

Sebut je nak makan ikan bakar kat Melaka, pasti orang Melaka akan cakap "cuba makan dekat Muara Ikan Bakar Sg. Duyung, kat situ makanan dia semua sedap!". Rata-rata ramai orang bersetuju dengan statement yang kitorang bagi tu. Kalau tak percaya korang kena cuba sendiri la. Hehehe

Nak ke Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung  mudah je. Tak susah pun. Waze je, pasti sampai. Hahaha! Kalau gerak dari town Melaka lebih kurang 20-30minit je. Lokasi betul-betul tepi muara. Kitorang berkesempatan untuk pergi makan kat sana. Dah banyak kali pergi, tapi kali ni kitorang pergi nak buat review dan bagi tips sikit. Tips dia adalah:

1. Datang awal - pergi mana-mana pun mesti kena datang awal sebab kalau datang lambat nanti akan penuh! Lagi-lagi kalau datang sabtu ahad. Jadi kalau nak datang makan, datang lah awal untuk mengelakkan jem. Lebih elok buat reservation!

2. Ambil pelbagai jenis makanan laut - contohnya korang perlu ambil ikan, udang, sotong, ketam, kepah, pahat dan lain-lain ikut keinginan korang. Kena ambil pelbagai jenis untuk rasa semua makanan laut tu!

3. Cuba pelbagai jenis masakan - bila dah ambil pelbagai jenis makanan laut tu, masak dia kena lah berbeza-beza. Kat situ ada lebih 10 jenis masakan yang diorang sediakan. Jadi cuba semua jenis masakan yang disediakan ok!


Boleh dikatakan semua makanan laut yang ada untuk dipilih masih segar dan elok. Harga pun ikut harga pasaran. Tak mahal, tak murah. Nak makan senang je. Cari tempat duduk, order air lepas tu beratur pilih makanan laut apa yang korang nak, pastu suruh diorang masak apa yang korang nak makan. Tunggu dalam 15-20 minit siap la makanan korang.


Kitorang bagi A+ dekat semua jenis makanan yang diorang masak sebab SEDAP! Tak tipu ok. Tengok  je la gambar makanan yang kitorang order kat atas ni. Mengancam ke tak? Kitorang datang makan 4 orang, jumlah kena bayar dalam RM120.00 saja. Dapat ikan bakar,ketam, udang, sotong, pahat dan kerang. Murah kan?

Jadi kalau korang pergi Melaka jangan tak singgah makan dekat Muara Ikan Bakar Sg. Duyung ni. Confirm berbaloi! Tempat ni dibuka dari pukul 5.00 petang hingga 12 tengah malam. Kalau nak buat reservation seat boleh call 012.636.2339. Jangan lupa datang ok!

Assalamualaikum.

1 comment:

  1. try buat entry makan seafod kat bagan lalang plak.. haha suggest kat wak lan ikan bakar/ senandung malam/ Restauran terapung HM sri bagan

    ReplyDelete