Thursday, 1 October 2015

Askrim Malaysia Asam Boi Yeayyy!

Assalamualaikum.

Sebut je pasal askrem Malaysia mesti korang terbayang askrim perisa milo, jagung, bandung, asam boi dan semua la! Sedapnya! Siapa je tak suka makan askrim ni kan? Lagi-lagi masa tengah panas, tu adalah waktu terbaik untuk makan askrim Malaysia ni.

Sebenarnya nak buat askrim Malaysia ni tak susah pun. Sangat senang ok nak buat. Buat air (perasa) yang korang nak. Pastu masuk dalam plastik dan sejukkan dalam peti ais. Semudah ABC kot. Tapi kita yang hidup dizaman teknologi ni, mana ada masa nak buat semua tu. Beli je senang, ye idok?

Tapi masih ada ke yang jual kat tengah-tengah bandar sebelah KLCC ni?

Jadi kitorang nak tunjuk korang macam mana mudahnya nak buat askrim Malaysia ni. Bila dah buat boleh la korang menikmati askrim ni dekat rumah dan tak payah bersusah payah nak cari beli kat tengah bandar kuala lumpur ni. Mana tau korang boleh jual kat anak-anak jiran korang. Kan?

fayyad dan askrim Malaysia asam boi yeayyy

Since kitorang suka asam boi, kitorang nak ajar buat askrim Malaysia asam boi yeayyyy. Kalau nak buat, ni adalah bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Asam boi 
  2. Gula
  3. Tepung jagung (kalau nak kasi pekat sikit)
  4. Air
  5. Plastik askrim
Cara nak buatnya pun senang je. Baca betul-betul ok? Pertama, korang kena masukkan asam boi dekat dalam jug. Kedua, masukkan air secukup rasa. Ketiga, masukkan gula sesedap rasa. Keempat, letak tepung jagung sikit (kalau nak pekatkan aiskrim tu, tak letak pun tak pe). Kelima, kacau semua sehingga sebati berdansa. Keenam, amek plastik askrim, masukkan air dalam plastik tu dan ikat. Ketujuh, masuk dalam peti ais sampai dia keras. Kelapan, SIAP! Askrim boleh di makan dengan gembiranya.


Kalau korang tak faham jugak apa yang kitorang terangkan macam mana nak buat askrim Malaysia asam boi yeayyy ni, korang tengok je la gambar kat atas ni. Harapnya korang faham ya. Hehehe. Jadi macam mana? Tak susah pun kan? Boleh je buat sendiri kat rumah. Kena rajin sikit nak buat. Kalau tak rajin memang tak merasa la.

Ok lah, selamat mencuba!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment