Monday, 28 September 2015

Ikan Bakar Muara Sg. Duyung, Melaka

Assalamualaikum.

Sebut je nak makan ikan bakar kat Melaka, pasti orang Melaka akan cakap "cuba makan dekat Muara Ikan Bakar Sg. Duyung, kat situ makanan dia semua sedap!". Rata-rata ramai orang bersetuju dengan statement yang kitorang bagi tu. Kalau tak percaya korang kena cuba sendiri la. Hehehe

Nak ke Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung  mudah je. Tak susah pun. Waze je, pasti sampai. Hahaha! Kalau gerak dari town Melaka lebih kurang 20-30minit je. Lokasi betul-betul tepi muara. Kitorang berkesempatan untuk pergi makan kat sana. Dah banyak kali pergi, tapi kali ni kitorang pergi nak buat review dan bagi tips sikit. Tips dia adalah:

1. Datang awal - pergi mana-mana pun mesti kena datang awal sebab kalau datang lambat nanti akan penuh! Lagi-lagi kalau datang sabtu ahad. Jadi kalau nak datang makan, datang lah awal untuk mengelakkan jem. Lebih elok buat reservation!

2. Ambil pelbagai jenis makanan laut - contohnya korang perlu ambil ikan, udang, sotong, ketam, kepah, pahat dan lain-lain ikut keinginan korang. Kena ambil pelbagai jenis untuk rasa semua makanan laut tu!

3. Cuba pelbagai jenis masakan - bila dah ambil pelbagai jenis makanan laut tu, masak dia kena lah berbeza-beza. Kat situ ada lebih 10 jenis masakan yang diorang sediakan. Jadi cuba semua jenis masakan yang disediakan ok!


Boleh dikatakan semua makanan laut yang ada untuk dipilih masih segar dan elok. Harga pun ikut harga pasaran. Tak mahal, tak murah. Nak makan senang je. Cari tempat duduk, order air lepas tu beratur pilih makanan laut apa yang korang nak, pastu suruh diorang masak apa yang korang nak makan. Tunggu dalam 15-20 minit siap la makanan korang.


Kitorang bagi A+ dekat semua jenis makanan yang diorang masak sebab SEDAP! Tak tipu ok. Tengok  je la gambar makanan yang kitorang order kat atas ni. Mengancam ke tak? Kitorang datang makan 4 orang, jumlah kena bayar dalam RM120.00 saja. Dapat ikan bakar,ketam, udang, sotong, pahat dan kerang. Murah kan?

Jadi kalau korang pergi Melaka jangan tak singgah makan dekat Muara Ikan Bakar Sg. Duyung ni. Confirm berbaloi! Tempat ni dibuka dari pukul 5.00 petang hingga 12 tengah malam. Kalau nak buat reservation seat boleh call 012.636.2339. Jangan lupa datang ok!

Assalamualaikum.

Monday, 21 September 2015

Maggi Letup yang kebabom!

Assalamualaikum.

Siapa suka makan mee segera? Siapa tak suka makan tu memang dah hilang 1 nikmat dunia tau. Hehehe. Baru-baru ni kitorang dok dengar iklan dekat radio pasal Maggi Letup ni. Punya la iklan tu cakap Maggi Letup ni pedas tahap impak maksima. Betul ke pedas? Tu yang kena cuba kan.


Maggi Letup ni didatangkan dengan rencah baru iaitu Maggi Letup Kari Cili Api dan Maggi Letup Goreng Kari Berasap. Maggi Letup ni diperbuat dari gabungan cili merah menyala, cili kering dan kari sebenar. Sebab tu jadi Maggi Letup tup tup kebabom! Jadi korang ada berani nak cuba?


Kalau korang rajin pergi la website Maggi Letup untuk join Cabaran Raja Letup. Rekod video korang makan Maggi Letup dan tag orang lain. Ada berani tak? Kitorang berani sahut cabaran Maggi Letup ni. Nantikan video kitorang makan Maggi Letup ni dan review pasal Maggi Letup ni. Ok? Korang jangan cuba rasa ok!

Assalamualaikum.

Sunday, 20 September 2015

Movie Review : The Intern

Assalamualaikum.

Minggu lepas kitorang berkesempatan pergi menonton movie premiere yang dibuat oleh budiey.com. Gigih ye bawa thekhaleeshs tengok movie sekali. Apa-apa pun terima kasih kepada budiey kerana ajak kitorang tengok premiere movie The Intern ni. *tepuk tangan*



Kitorang tak nak cerita The Intern ni pasal apa, kalau kitorang cerita nanti tak best la kan. Kitorang just nak kasi review sikit pasal movie ni. Dari pemahaman kitorang movie ni ada selit unsur kekeluargaan, kerjayan dan cinta. Walaupun ia kisah kekeluargaan, kerjaya dan cinta yang cliche tapi ada lain sikit sebab dia masukkan unsur dua genarasi. Dari sudut orang muda dan orang lebih berusia. Movie yang tak boring, sangat fun dan best! Kitorang bagi 5/5 bintang! 


Jadi korang boleh la pergi tengok dekat wayang. Kitorang boleh jamin korang tak akan tidur punya la sepanjang tengok cerita The Intern ni. Kalau tak percaya korang boleh tengok trailler The Intern ni:


Jangan lupa tonton dekat wayang ok! Kalau dah tengok nanti tweet kitorang cakap korang dah tengok. Hehehe. Ada movie baru lain yang perlu di review? Meh ajak kitorang tengok. Nanti kitorang review dan kasi pandangan kitorang. Ole!

Assalamualaikum.

Monday, 14 September 2015

Filem Pendek - Bukan Hal Aku

Assalamualaikum.

Nak tengok filem pendek yang mraidil buat? Hehehe. Filem pendek ni mraidil buat untuk join short film contest. Mraidil buat skrip dan direct tau filem pendek ni. Apa yang lagi best mraidil pun berlakon sekali. HAHAHA! Kalau nak tengok bakat mraidil berlakon kena la tonton sendiri filem pendek tu.

Filem pendek berkisah tentang HIV stigma dan diskriminasi. Pandangan dan pemahaman dari sudut anak muda zaman sekarang yang tak endah dan tak nak tau basic knowledge. Cerita yang simple dan ada sedikit kesedaran dalam diri. Lebih kurang macam tu la filem pendek tu. Nak bagi cerita banyak pun nanti korang tak faham. Baik korang tengok sendiri video tu. Hehehe

Kalau nak tengok boleh klik link BUKAN HAL AKU ni. Lepas tengok tu minta jasa baik korang semua untuk LIKE ok! Hehehe. Jangan lupa like ok. Semoga tuhan dapat membalas jasa baik kalian semua (siapa yang like la) Hehehe.


Apa yang menarik pasal filem pendek ni? Apa yang boleh kitorang cakap filem pendek ni menampilkan geng-geng youtuber malaysia macam ashraff mokhtar dan mizzblurrity. Yang specialnya ada cameo faizdickie. Kalau korang peminat faizdickie korang kena tengok filem pendek ni.

Itu saja untuk entry kali ni. LIKE banyak-banyak ok. Hehe

Assalamualaikum.

Tuesday, 1 September 2015

Yeo’s I Love Malaysia Video Contest

Assalamualaikum.

Kepada yang suka rakam video macam kitorang, apa kata korang join video contest dari Yeo's ni. Yes! Yeo's ada buat video contest uolss. Kenapa tak percaya ke?


Macam mana nak join? Ni kitorang bagitau cara-cara nak join. Seriously sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat mudah. Nampak tak kitorang ulang perkataan "sangat" tu berapa kali. Hehehe.

Langkah 1:
Buat video 60 saat (tak kisah la dalam bentuk komidi ke, dokumentari ke, cerita sedih ke, muzik video ke, apa-apa pun boleh). Tajuk video korang kena letak "Yeo's I Love Malaysia Video Contest 2015 : (dikuti dengan tajuk video korang).

**nota kaki: video kena dalam format seperti WebM, MPEG4, 3GPP, MOV, AVI, MPEGPS, WMV atau FLV dan harus la dalam resolusi 640p x 480p.

Langkah 2:
Cerita sikit sinopsis video korang pasal apa. 

Langkah 3:
Hantar penyertaan korang dekat ILoveMalaysia@yoes.com melalui online file transfer sebelum 6.00 petang 31 Oktober 2015. Kalau tak reti nak hantar online, boleh je burn video korang dekat CD/DVD dan hantar ke:

(attn to: Public Relations Department)
Yoe Hiap Seng Trading Sdn Bhd
No 7, Jalan Tandang,
46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Mudah kan nak join video contest ni? Tak kan tak nak join kot. Hadiah yang diorang bagi pun best tau! First prize RM25,000 ok! Nombor 2 dapat RM5,000. Nombor 3 dapat RM3,000. Dan hadiah saguhati untuk 10 pemenang dapat RM1,000. Bukan dapat duit je, dapat produk Yoe's lagi tau. Tak ke best tu? Aummm!

Jadi korang boleh start rekod video sekarang. Hantar banyak-banyak penyertaan ok! Mana tau menang, nanti boleh belanja kitorang makan. InsyaAllah kitorang akan join juga. Nak tahu lebih lanjut pasal video contest ni boleh klik sini.

Assalamualaikum.