Tuesday, 25 August 2015

Fayyad & Rayyan Satu Rahmat

Assalamualaikum.

Sebenarnya kalau korang baca tajuk entry post kali ni, tu adalah tajuk artikel untuk Fayyad dan Rayyan dalam ruangan kembar majalah Pa&Ma. Haritu kan kitorang ada photoshoot dekat karangkraf. Jadi selepas 2 bulan macam tu, isu terbaru Pa&Ma baru keluar cerita pasal Fayyad dan Rayyan ni.


Korang boleh la dapatkan majalah Pa&Ma dekat mana-mana kedai buku yang berdekatan. Tak mahal pun, cuma RM8.00 saja. Majalah Pa&Ma keluaran September 2015 ok. Boleh beli dan simpan buat kenangan. Kalau jumpa kitorang boleh minta tandatangan (berangan). LOL

Kitorang dah beli ok! Beli 2 lagi. Mampu? Satu buat simpan. Lagi satu nak masuk dalam frame gantung kat dinding. HAHAHA! Kitorang pun ada buat video masa pergi beli majalah ni. Nak tengok macam mana misi kitorang cari majalah ni. Meh tengok video ni:


Korang jangan lupa beli ok. Wajib la beli sebab ada muka kitorang. Haha! Apa-apa pun terima kasih kepada Fatin dari Majalah Pa&Ma sebab sudi panggil untuk muatkan cerita kembar kitorang dalam majalah. Tak lupa pada abang photographer yang ambil gambar yang cantik.

Dah dah, pergi beli sekarang! Dalam tu bukan ada cerita kitorang je, ada juga cerita-cerita menarik pasal jaga anak, kekeluargaan dan sebagainya. Tak rugi pun beli. Ok? Itu saja untuk kali ni.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment