Friday, 14 August 2015

3 Tips Bila Keluar Travel

Assalamualaikum.

Siapa suka travel? Melancong dalam atau luar negara? Kitorang rasa semua orang suka travel kan. Lagi-lagi kalau pergi tempat yang kita tak pernah pergi atau tempat idaman yang kita memang nak pergi. Keterujaan tu melampau-lampau. Hehehe. Kitorang memang suka travel! Ada sesiapa nak sponsor kitorang pergi travel tak?


Ok la, ni ada 3 tips mudah bila keluar travel yang selalu kitorang buat. Tak kisah la kemana destinasi yang korang pergi, tapi masa keluar berjalan-jalan benda ni sedikit sebanyak dapat membantu (rasanya lah). Jadi jom kita amalkan 3 tips bila keluar travel:

1. Bawa air mineral - bila korang berjalan, mesti korang akan rasa penat kan? Make sure bawa dari hotel sebab kadang-kadang masa kita tengok khusyuk berjalan susah nak jumpa air mineral. Kalau ada jual pun mungkin mahal. Baik siap sedia bawa dari awal kan? Hehe.

2. Bawa buah-buahan (epal, pair, lai etc) - kadang-kadang bila kita berjalan, kita akan rasa penat, bila dah penat perut rasa lapar. Buah-buahan ni dapat membantu korang tahan lapar. Dan kadang-kadang tempat yang korang pergi tu susah nak cari makanan halal ke. Maka buah-buahan ni boleh jadi pengganti kepada makan yang susah korang nak cari tu. Confirm halal! Hehe.

3. Makan gula-gula getah - kenapa perlu makan gula-gula getah? Sebab bila kita jalan-jalan nampak makanan mesti kita nak beli. Tapi sebab kita tengah menguyah gula-gula getah kita akan terfikir kenapa perlu beli sebab kita tengah makan. Hahaha! Sebenarnya untuk elakkan mulut berbau. Hehe


Macam mana? Mudah tak? Sangat-sangat simple dan senang untuk dipraktikkan. Semudah abc gitu. Hehehe. Kalau tak faham jugaa tengok je video yang kitorang buat masa travel kat krabi ni. Kitorang rasa InsyaAllah dapat membantu korang bila keluar berjalan-jalan. Jadi rancanglah percutian korang sebaiknya.

Selamat mencuba ok!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment