Tuesday, 25 August 2015

Fayyad & Rayyan Satu Rahmat

Assalamualaikum.

Sebenarnya kalau korang baca tajuk entry post kali ni, tu adalah tajuk artikel untuk Fayyad dan Rayyan dalam ruangan kembar majalah Pa&Ma. Haritu kan kitorang ada photoshoot dekat karangkraf. Jadi selepas 2 bulan macam tu, isu terbaru Pa&Ma baru keluar cerita pasal Fayyad dan Rayyan ni.


Korang boleh la dapatkan majalah Pa&Ma dekat mana-mana kedai buku yang berdekatan. Tak mahal pun, cuma RM8.00 saja. Majalah Pa&Ma keluaran September 2015 ok. Boleh beli dan simpan buat kenangan. Kalau jumpa kitorang boleh minta tandatangan (berangan). LOL

Kitorang dah beli ok! Beli 2 lagi. Mampu? Satu buat simpan. Lagi satu nak masuk dalam frame gantung kat dinding. HAHAHA! Kitorang pun ada buat video masa pergi beli majalah ni. Nak tengok macam mana misi kitorang cari majalah ni. Meh tengok video ni:


Korang jangan lupa beli ok. Wajib la beli sebab ada muka kitorang. Haha! Apa-apa pun terima kasih kepada Fatin dari Majalah Pa&Ma sebab sudi panggil untuk muatkan cerita kembar kitorang dalam majalah. Tak lupa pada abang photographer yang ambil gambar yang cantik.

Dah dah, pergi beli sekarang! Dalam tu bukan ada cerita kitorang je, ada juga cerita-cerita menarik pasal jaga anak, kekeluargaan dan sebagainya. Tak rugi pun beli. Ok? Itu saja untuk kali ni.

Assalamualaikum.

Wednesday, 19 August 2015

Gambar Anak Panda Baru Lahir di Zoo Negara

Assalamualaikum.

Seperti yang kita tau, ada panda yang ditempatkan di Zoo Negara selama 10 tahun sebagai simbolik jalinan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China selama 40 tahun. Dengar cerita panda tu dah selamat melahirkan anak bentina. Tahniah panda sebab lahirkan baby. Hehe. Ni kitorang nak kongsikan gambar baby panda tu.

foto ikhsan Zoo Negara

foto ikhsan Zoo Negara

foto ikhsan Zoo Negara

foto ikhsan Facebook Najib Razak

foto ikhsan Facebook Najib Razak

foto ikhsan Facebook Najib Razak

Comel kan? Harap anak panda ni dapat membesar dengan sihat. Ada masa korang boleh pergi Zoo Negara untuk tengok sendiri panda tu. Tak rugi apa kalau pergi sendiri tengok panda tu. Good experience. Bila la kitorang nak pergi Zoo ni, dari sebelum kahwin sampai dah ada anak tak pergi-pergi lagi. Hehe

Assalamualaikum.

Koleksi Muzik Video Sleeq

Assalamualaikum.

Kepada peminat kumpaln Sleep, kitorang nak share muzk video yang diorang telah hasilkan. Untuk pengetahuan korang, kumpulan Sleeq merupakan penyanyi yang berasal dari Singapura. Telah menempa nama di Malaysia, mereka ni dah berkolaberasi dengan ramai artis Malaysia. Antaranya Najwa Latif, Joe Flizzow, Kaka Azraff dan ramai lagi.


Jom kita usha muzik video yang mereka dah buat berkolaberasi bersama artis Malaysia. Lagu pun semua meletop! Zassss.

Sleeq ft. Najwa Latif - Untuk Dia

Sleeq ft Aaron Aziz - Salam Semua

Sleeq ft Joe Flizzow - Tepi Sikit

Sleeq ft. Kaka - Perjalanan

Selain Sleeq berkolaberasi dengan artis Malaysia,  artis Malaysia sendiri pun ada berkolaberasi dengan Sleeq tau. Jom kita usha muzik video artis Malaysia yang berkolaberasi dengan Sleeq.

Ramlah Ram ft. Sleeq - Sesaat Kau Datang

Hazama ft. Sleeq - Lari

Najwa Latif ft. Syamkamarul & Sleeq

Kaka Azraff ft. Sleeq - Bukan Hal Aku

Filsuf ft. Sleeq - Jalan Bersimpang

Amacam? Semua lagu korang familiar kan? Kalau pasang lagu karaoke mesti boleh sing along. Kat radio pun selalu keluar lagu Sleeq ni. Apa-apa pun good luck buat Sleeq dalam karier muzik Malaysia. Buat lagi lagu dan muzik video yang best ok!

Assalamualaikum.

Tuesday, 18 August 2015

JST - Johara Senang Tunai

Assalamualaikum.

Kitorang nak share ni, pasal JST - Johara Senang Tunai. Kitorang tau pasal ni pun sebab dengar radio Era setiap pagi masa on the way pergi kerja. Jadi apa salahnya kitorang kongsi info ni dengan korang semua kan. Boleh menang sama-sama.


JST ni membolehkan korang memenangi wang tunai sehingga RM100,000 ok! Banyak kan? Ada 2 cara mudah korang nak menang. Ini adalah cara-caranya, tengok gambar dibawah:

Cara pertama

Cara kedua

Tak susah pun kan? Cuma dengar Era dan isi minyak dekat Petron. Pastu korang kena tunggu tuah menyebelahi korang la sebab bukan senang korang nak masuk talian era. Kan? Kalau tak faham jgak camne nak join boleh klik sini. Apa-apa ni adalah peluang korang nak menang wang tunai. Mana tau rezeki korang nak menang duit. Jadi jangan lupa join ok. Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

Friday, 14 August 2015

IKEA SALE! (6 Ogos - 23 Ogos 2015)

Assalamualaikum.

Kepada yang suka membeli belah di Ikea, sekarang ni IKEA tengah ada sale. Sale bermula dari 6 Ogos hingga 23 Ogos 2015. Harga mesti lah lagi murah, nama pun sale kan. Jom kita tengok barang apa yang lebih murah dari harga asal selepas potongan harga!



 
 
Kitorang rasa banyak lagi barang yang sale, korang kena check out sendiri la kat IKEA. Sambil jalan-jalan dalam IKEA tu boleh curi inspirasi macam mana nak deko rumah korang nanti. Pergi hari biasa, jadi tak lah ramai sangat orang. Kalau pergi hujung minggu memang pack lah. 


Selain barangan IKEA ada sale, yang paling dicari bila pergi IKEA adalah meatball. Meatball pun ada offer ok. Rugi kalau dah datang IKEA tapi tak makan meatball dia. Karipap dan aiskrem dia pun padu! Hehehe.

Pada sesiapa yang tak tahu, tak lama lagi IKEA cawangan baru akan dibuka di Cheras. Ada juga peluang pekerjaan menanti penganggur atau sesiapa je yang nak cari kerja. Boleh usha website IKEA untuk maklumat lanjut. Jadi jom serbu IKEA sekarang!

Nota kaki: Nyum! Nyum! Sedapnya meatball IKEA!

Assalamualaikum

3 Tips Bila Keluar Travel

Assalamualaikum.

Siapa suka travel? Melancong dalam atau luar negara? Kitorang rasa semua orang suka travel kan. Lagi-lagi kalau pergi tempat yang kita tak pernah pergi atau tempat idaman yang kita memang nak pergi. Keterujaan tu melampau-lampau. Hehehe. Kitorang memang suka travel! Ada sesiapa nak sponsor kitorang pergi travel tak?


Ok la, ni ada 3 tips mudah bila keluar travel yang selalu kitorang buat. Tak kisah la kemana destinasi yang korang pergi, tapi masa keluar berjalan-jalan benda ni sedikit sebanyak dapat membantu (rasanya lah). Jadi jom kita amalkan 3 tips bila keluar travel:

1. Bawa air mineral - bila korang berjalan, mesti korang akan rasa penat kan? Make sure bawa dari hotel sebab kadang-kadang masa kita tengok khusyuk berjalan susah nak jumpa air mineral. Kalau ada jual pun mungkin mahal. Baik siap sedia bawa dari awal kan? Hehe.

2. Bawa buah-buahan (epal, pair, lai etc) - kadang-kadang bila kita berjalan, kita akan rasa penat, bila dah penat perut rasa lapar. Buah-buahan ni dapat membantu korang tahan lapar. Dan kadang-kadang tempat yang korang pergi tu susah nak cari makanan halal ke. Maka buah-buahan ni boleh jadi pengganti kepada makan yang susah korang nak cari tu. Confirm halal! Hehe.

3. Makan gula-gula getah - kenapa perlu makan gula-gula getah? Sebab bila kita jalan-jalan nampak makanan mesti kita nak beli. Tapi sebab kita tengah menguyah gula-gula getah kita akan terfikir kenapa perlu beli sebab kita tengah makan. Hahaha! Sebenarnya untuk elakkan mulut berbau. Hehe


Macam mana? Mudah tak? Sangat-sangat simple dan senang untuk dipraktikkan. Semudah abc gitu. Hehehe. Kalau tak faham jugaa tengok je video yang kitorang buat masa travel kat krabi ni. Kitorang rasa InsyaAllah dapat membantu korang bila keluar berjalan-jalan. Jadi rancanglah percutian korang sebaiknya.

Selamat mencuba ok!

Assalamualaikum.