Friday, 10 July 2015

Nikmati Rebat Tol Sehinga 50% Raya 2015

Assalamualaikum.

Raya dah nak dekat, tinggal beberapa hari je lagi. Dah decide nak balik beraya kat mana belum? Hehehe. Yang nak balik kampung tu pasti korang akan lalu highway kan. Jadi sebelum korang balik korang kena la rancang perjalanan korang tu. Nanti tak de la stuck kat jem. Kan tak best.

PLUS Malaysia Berhad ada buat inisiatif potongan rebat tol pada pemandu yang nak balik beraya tahun ni. Rebat tol sehingga 50% uols! Jadi korang kena la rancang perjalanan korang betul-betul. Boleh save sikit duit bayar tol nanti.

Rebat tol bukan semua dia bagi 50% tau. Ada perbezaan rebat mengikut tarikh berikut:
  • 50% - pada 13 Julai 2015 dan 23 Julai 2015
  • 40% - pada 14 Julai 2015 dan 22 Julai 2015
  • 30% - pada 15 Julai 2015 dan 21 Julai 2015

Bagi mengelakkan kesesakan, balik la awal. Jadi tak ada la kelam kabut. Balik pun tak stress sebab tak jem. 


Nak dapatkan rebat tol ni senang je, cuma bayar tol secara elektronik (guna kad plusmile, touch n go atau smart tag. Kena guna kenderaan kelas 1 dan perjalanan melebihi 100km di lebuh raya utara-selatan atau lebuh rata elite. Lepas tu penebusan rebat tol boleh dituntu bila korang tambah nilai kad elektronik pada 18 Ogos 2015 hingga 14 November 2015 di semua pusat khidmat pelanggan plus. Tak susah kan?

Apa tunggu lagi, cepat rancang perjalanan korang dan balik beraya! Raya setahun sekali, balik kampung jumpa semua ahli keluarga dan bergembira sampai pengsan.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment