Thursday, 9 July 2015

Mini Cornetto Challenge

Assalamualaikum.

Untuk pertama kalinya kitorang buat challenge sendiri untuk ukur kemampuan kitorang sendiri. Cewah! Sebenarnya tak ada tujuan pun kitorang buat challenge ni, saja suka. For fun ok. Aktiviti riadah suami isteri yang tak ada life. Hahaha!


Challenge ni sangat mudah. Korang hanya memerlukan askrem Mini Cornetto dan jam. Peraturan dia pun sangat-sangat mudah. Korang perlu makan seberapa banyak askrem Mini Cornetto ni dalam masa seminit. Siapa makan paling banyak dia lah pemenangnya. Mudah kan? Nak tau macam mana challenge ni dibuat, jemput tengok video ni. Perlawanan antara mraidil dan mrsiadil. Ting! Ting!


Haaa, mudah kan? Sebab mudah la kitorang nak korang try buat challenge ni. Jadi kitorang dah tag orang lain iaitu Neeta Manisha dari band iamNEETA, vlogger Iman Ezyd dan Johara Pagi Era (Johan, Hanif dan Ray). Korang yang dah kena tag tu DIWAJIBKAN buat video ni. Itu pun kalau berani menyahut cabaran la. Tak buat maknanya korang penakut. HAHAHA!

Korang para pembaca pun boleh buat challenge ni. Kalau buat jangan lupa upload dalam youtube ok! Share dengan kitorang, nanti kitorang komen. Hehehe! Apa-apa pun selamat mencuba challenge Mini Cornetto ni.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment