Friday, 3 July 2015

Koleksi Muzik Video Band iamNEETA

Assalamualaikum.

Kenal band iamNEETA? Rasanya band ni merupakan band pertama di Malaysia yang lahir dari laman Youtube. Bernaung dibawah syarikat rakaman NAR Records, band iamNEETA kini makin dikenali. Sudah hampir 4 tahun berada dalam industri muzik Malaysia, pasti ramai yang dah kenal dengan muzik yang mereka bawakan.


Jadi kitorang cuma nak share koleksi muzik video yang telah dihasilkan oleh band iamNEETA ni. Jom kita tengok!

Single pertama "Tuhan Tolong Aku" yang memperkenalkan band iamNEETA dalam industri muzik Malaysia.


Single kedua "Terima Kasih" lagu hit yang bermain dicorong-corong radio.

Single ketiga "Kau Pegi Jua" ganding duet bersama Najwa Latif. Kiranya lagu duet pertama band iamNEETA dengan artis di Malaysia.


Single raya pertama "Hari Raya" gandingan suara Najwa latif, Deanna Hussin dan Mimie Haris. Jangan main-main, band iamNEETA pun ada lagu raya ok!


Single keempat "Jatuh Cinta" lagu cintan tangkap leleh. Mampu?

 Single kelima "Marry Me" lagu berbahasa Inggeris pertama band iamNEETA. Shoot dekat oversea tau!

Nampaknya band iamNEETA ni dah ada 6 lagu kesemuanya. Tapi bila la agaknya album diorang ni nak keluar eh? Jeng jeng jeng. Pasti peminat diorang dok tertunggu-tunggu. Lagu semua dah keluar radio tapi album tak siap-siap lagi. Hehehe! Korang suka lagu yang mana satu? Meh share dengan kitorang.

Apa-apa pun kitorang nak ucapkan good luck pada band iamNEETA. Semoga terus dikenali dan terus maju dalam industri muzik tempatan.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment