Tuesday, 28 July 2015

Cara Displinkan Diri Minum Air Secukupnya

Assalamualaikum.

Tahukah korang manusia memerlukan air yang cukup untuk terus hidup? Manusia boleh hidup tanpa makanan tapi tak boleh hidup tanpa air. Mesti tau kan? Begitu berinformasi mukadimah entry kali ni. Hahaha!

Secara asasnya, manusia memerlukan sekurang-kurangnya 2.5 liter air dalam badan sehari untuk memproses sistem badan. Kalau kurang air, nanti macam-macam boleh jadi. Biar lebih air jangan kurang air. Jadi korang minum air sehari berapa liter? Sebenarnya bagus tau kalau minum air yang cukup ni sebab badan kita berfungsi dengan lebih baik dan akan sihat. Tak percaya minum la air dengan kadar yang cukup.

Kitorang pun selalu je kurang minum air, tapi kena start belajar la untuk cukupkan minum sehari sekurang-kurangnya 2.5 liter. Kena minum air masak ok, bukan air yang manis. Boleh je minum air manis, tapi air masak tu lebih penting. Ini kitorang nak kongsi macam mana nak displinkan minum air secekupnya.


Caranya sangat mudah. Cuma labelkan botol air minumkan korang. Macam gambar kat atas ni. Labelkan setiap 3 jam sekurang-kurangnya. Bila kita dah label, kena la ikut aturannya. Bukan buat tapi tak amalkan. Ini adalah salah satu cara nak displinkan diri untuk minum air. Letak botol air depan korang. Kalau boleh bawa kemana saja korang pergi. Jadi tak de la terlupa nak minum. Senang kan? 

Untuk pengetahuan korang juga, kalau minum air pada waktu yang betul. Sebab bila minum pada waktu yang betul ia dapat membantu badan korang sendiri. Tak susah kan?

Jadi tanamkan sifat dan sikap untuk minum air yang cukup. Untuk kebaikkan korang juga. Sama-sama sihat. Ok? Jom mula minum air secukupnya hari ni. Badan sihat otak cerdas. Gitu!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment