Thursday, 30 July 2015

Ayam Kampung Publika

Assalamualaikum.

Korang suka makan ayam kampung? Susah kan sekarang ni nak cari ayam kampung. Lagi lagi kalau korang tinggal kat bandar ni. Nak dengar ayam berkokok pun susah. Hehehe.


Ni kitorang nak suggest korang makan ayam kampung dekat restoran "Ayam Kampung Publika" yang terletak di Damansara Perdana. Restoran ni bersebelahan dengan 99 Speedmart je. Damansara perdana pun tak besar, pusing-pusing je area kedai kat situ mesti jumpa.


Menu yang ada tak banyak pun. Yang ada mestilah ayam kampung, gulai kawah, sup daging (kalau tak silap) dan beberapa masakan lauk yang ditukar mengikut hari. Makan ayam kampung mestilah dengan nasi. Simple kan menu dia? Restoran ni memang specialist untuk ayam kampung sahaja.


Harga makan kat restoran ni boleh dikatakan berpatutan. Seketul ayam berharga RM5.00 (tak kira saiz). Nasi putih berharga RM1.00. Kalau ambil lauk lain, lain la harga dia. Lepas tu air yang ada hanyalah air sirap. Air sirap berharga RM1.00 free flow. Jumlah keseluruhan macam dalam gambar diatas berharga RM7.00 sahaja. Oklah kan harga tu. Ayam kampung, sedap tu!

Jadi kalau korang nak cuba makan, boleh la pegi restoran "Ayam Kampung Publika" ni. Serius tak rugi kalau cuba. Datang waktu makan tengahari memang penuh. Pandai-pandai la korang cari masa yang tak penuh. Hehehe. Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment