Wednesday, 29 July 2015

3 Cara Mudah Tambah Pahala

Assalamualaikum.

Sebagai manusia ni kita kadang-kadang lupa untuk tambah pahala yang boleh kita dapat dengan cara yang mudah. Sebab kita selalu leka dengan aktiviti harian sampai lupa untuk memperbanyakkan lagi amalan yang patut dikumpul untuk masa kita dah tak ada nanti. Kitorang ni pun bukan baik sangat, tapi kitorang rasa kalau kita buat amalan ni, InsyaAllah ia dapat membantu tambahkan bekalan pahala kita masa kat akhirat nanti.

Mungkin korang perasan tapi korang cuma tak amalkan je. Ni antara 3 cara mudah tambah pahala:

1. Bersedekah - bersedekah ni tak kisah la dari segi harta benda, wang ringgit atau doa. Sekali kita niat dan bersedekah. Pahala kita dapat tau. Jadi ringinkan tangan untuk bersedekah. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Cuma ingat, kita beri satu InsyaAllah tuhan balas sepuluh.


2. Berzikir - berzikir la tak kira dimana korang berada. Masa drive pergi kerja ke, balik kerja ke. Masa masak atau masa nak dodoi tidurkan anak pun boleh berzikir. Tiada larangan untuk kita berzikir. InsyaAllah hati tenang dan dapat pahala.


3. Senyum - senyum antara perkara yang paling senang kita nak tambah pahala. Ringinkan mulut untuk ukir senyuman sebab bila kita senyum semua orang akan gembira. Jangan terlebih senyum pula, nanti orang cakap kita gila pula.

Macam mana? Mudah kan nak tambah pahala. Tak buat semua pun tak pe, buat 1 atau 2 pun jadi lah. Kita tak tau berapa banyak dosa yang kita ada. Jadi lebih baik banyakkan amalan mudah ni untuk tambah pahala. Selamat beramal.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment