Thursday, 30 July 2015

Ayam Kampung Publika

Assalamualaikum.

Korang suka makan ayam kampung? Susah kan sekarang ni nak cari ayam kampung. Lagi lagi kalau korang tinggal kat bandar ni. Nak dengar ayam berkokok pun susah. Hehehe.


Ni kitorang nak suggest korang makan ayam kampung dekat restoran "Ayam Kampung Publika" yang terletak di Damansara Perdana. Restoran ni bersebelahan dengan 99 Speedmart je. Damansara perdana pun tak besar, pusing-pusing je area kedai kat situ mesti jumpa.


Menu yang ada tak banyak pun. Yang ada mestilah ayam kampung, gulai kawah, sup daging (kalau tak silap) dan beberapa masakan lauk yang ditukar mengikut hari. Makan ayam kampung mestilah dengan nasi. Simple kan menu dia? Restoran ni memang specialist untuk ayam kampung sahaja.


Harga makan kat restoran ni boleh dikatakan berpatutan. Seketul ayam berharga RM5.00 (tak kira saiz). Nasi putih berharga RM1.00. Kalau ambil lauk lain, lain la harga dia. Lepas tu air yang ada hanyalah air sirap. Air sirap berharga RM1.00 free flow. Jumlah keseluruhan macam dalam gambar diatas berharga RM7.00 sahaja. Oklah kan harga tu. Ayam kampung, sedap tu!

Jadi kalau korang nak cuba makan, boleh la pegi restoran "Ayam Kampung Publika" ni. Serius tak rugi kalau cuba. Datang waktu makan tengahari memang penuh. Pandai-pandai la korang cari masa yang tak penuh. Hehehe. Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

Wednesday, 29 July 2015

3 Cara Mudah Tambah Pahala

Assalamualaikum.

Sebagai manusia ni kita kadang-kadang lupa untuk tambah pahala yang boleh kita dapat dengan cara yang mudah. Sebab kita selalu leka dengan aktiviti harian sampai lupa untuk memperbanyakkan lagi amalan yang patut dikumpul untuk masa kita dah tak ada nanti. Kitorang ni pun bukan baik sangat, tapi kitorang rasa kalau kita buat amalan ni, InsyaAllah ia dapat membantu tambahkan bekalan pahala kita masa kat akhirat nanti.

Mungkin korang perasan tapi korang cuma tak amalkan je. Ni antara 3 cara mudah tambah pahala:

1. Bersedekah - bersedekah ni tak kisah la dari segi harta benda, wang ringgit atau doa. Sekali kita niat dan bersedekah. Pahala kita dapat tau. Jadi ringinkan tangan untuk bersedekah. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Cuma ingat, kita beri satu InsyaAllah tuhan balas sepuluh.


2. Berzikir - berzikir la tak kira dimana korang berada. Masa drive pergi kerja ke, balik kerja ke. Masa masak atau masa nak dodoi tidurkan anak pun boleh berzikir. Tiada larangan untuk kita berzikir. InsyaAllah hati tenang dan dapat pahala.


3. Senyum - senyum antara perkara yang paling senang kita nak tambah pahala. Ringinkan mulut untuk ukir senyuman sebab bila kita senyum semua orang akan gembira. Jangan terlebih senyum pula, nanti orang cakap kita gila pula.

Macam mana? Mudah kan nak tambah pahala. Tak buat semua pun tak pe, buat 1 atau 2 pun jadi lah. Kita tak tau berapa banyak dosa yang kita ada. Jadi lebih baik banyakkan amalan mudah ni untuk tambah pahala. Selamat beramal.

Assalamualaikum.

Tuesday, 28 July 2015

Cara Displinkan Diri Minum Air Secukupnya

Assalamualaikum.

Tahukah korang manusia memerlukan air yang cukup untuk terus hidup? Manusia boleh hidup tanpa makanan tapi tak boleh hidup tanpa air. Mesti tau kan? Begitu berinformasi mukadimah entry kali ni. Hahaha!

Secara asasnya, manusia memerlukan sekurang-kurangnya 2.5 liter air dalam badan sehari untuk memproses sistem badan. Kalau kurang air, nanti macam-macam boleh jadi. Biar lebih air jangan kurang air. Jadi korang minum air sehari berapa liter? Sebenarnya bagus tau kalau minum air yang cukup ni sebab badan kita berfungsi dengan lebih baik dan akan sihat. Tak percaya minum la air dengan kadar yang cukup.

Kitorang pun selalu je kurang minum air, tapi kena start belajar la untuk cukupkan minum sehari sekurang-kurangnya 2.5 liter. Kena minum air masak ok, bukan air yang manis. Boleh je minum air manis, tapi air masak tu lebih penting. Ini kitorang nak kongsi macam mana nak displinkan minum air secekupnya.


Caranya sangat mudah. Cuma labelkan botol air minumkan korang. Macam gambar kat atas ni. Labelkan setiap 3 jam sekurang-kurangnya. Bila kita dah label, kena la ikut aturannya. Bukan buat tapi tak amalkan. Ini adalah salah satu cara nak displinkan diri untuk minum air. Letak botol air depan korang. Kalau boleh bawa kemana saja korang pergi. Jadi tak de la terlupa nak minum. Senang kan? 

Untuk pengetahuan korang juga, kalau minum air pada waktu yang betul. Sebab bila minum pada waktu yang betul ia dapat membantu badan korang sendiri. Tak susah kan?

Jadi tanamkan sifat dan sikap untuk minum air yang cukup. Untuk kebaikkan korang juga. Sama-sama sihat. Ok? Jom mula minum air secukupnya hari ni. Badan sihat otak cerdas. Gitu!

Assalamualaikum.

Monday, 27 July 2015

Koleksi Muzik Video Najwa Latif

Assalamualaikum.

Siapa kat sini peminat Najwa Latif? Yang muda remaja mesti minat kan. Dulu kalau korang tak tau, mraidil penah kerja part time dengan Najwa Latif. Dia ikut manager Najwa Latif dulu. Lama juga la dia kerja part time, dalam setahun setengah juga. Sekarang dah tak kerja lagi dengan manager Najwa Latif tu. Ok la, merepek je cerita benda dah lepas. Hahaha.


Kitorang saja je nak kongsi dengan korang koleksi muzik video Najwa Latif. Rasanya semua lagu yang Najwa buat ada muzik video dan keluar kat radio.  Semua lagu ok. Hebat kan? Mungkin korang dah penah tengok muzik video ni, tapi kitorang nak kongsi juga. Ole!












Kesemuanya ada 9 lagu. Lagu mana yang paling korang suka? Meh kongsi pendapat korang dengan kitorang. 

Assalamualaikum.

Nota kaki: Cuba cari muzik video mana yang ada mraidil. hehe

Siapa aidilbanting?

Assalamualaikum.

Rasanya ramai yang dah tau mraidil seorang yang suka main papan selaju (skateboard). Rasanya dah 13 tahun mraidil berkecimpung dengan sukan skateboard ni. Tapi since dia kerja dan dah kahwin ni, dia jarang skate. Dah masuk usia senja katanya. Tapi kadang-kadang, mraidil skate juga untuk lepaskan gian. Kesian dia, hehehe.

Berbalik pada cerita, siapa "aidilbanting" ni sebenarnya? Hahaha. Acah-acah je kan. Aidilbanting tu mraidil lah. Aidilbanting tu nama gelaran mraidil dalam sukan skateboard. Mungkin kalau budak-budak skate kenal mraidil melalui nama tu. Aidilbanting bukan la power sangat main skateboard. Just biasa-biasa je. Masih ditahap amatur dan jadikan sukan skateboard ni as hobi masa lapang. Bersukan sambil keluarkan peluh. Masa muda-muda ada la juga keluar majalah dan surat khabar. Tapi story poyo-poyo je. Hehehe.

Interview Akhbar Metro

Interview Revolution Magazine

Interview Online Magazine 


Boleh tahan juga mraidil ni main skateboard kan. Cewah! Kesian dia dah jarang skate sebab kerja dan ada tanggungjawab pada isteri dan anak-anak. Tapi tak pe, kalau ada masa lapang mesti mraidil akan main skate. Patutlah mraidil kurus. Tips dia main skate rupanya! Hahaha. Mrsaidil maik suka apa pula eh? Nanti kitorang cerita lain pula.

Assalamualaikum.

Thursday, 23 July 2015

Raya Dahulu vs Raya Sekarang

Assalamualaikum.

Masih mood raya kan? Selamat hari raya! YEAYYY! Ok, setiap tahun mesti raya korang akan rasa perbezaan kan. Mungkin ada yang sedih jadi gembira, mungkin ada yang gembira jadi sedih. Tapi bagi kitorang yang dah berumah tangga ni, macam macam perubahan. Kalau nak tau apa perubahannya, kena la kahwin. Hehehe.

Kitorang nak kongsi sikit pandagan kitorang pasal raya zaman dahulu vs raya zaman sekarang. Ada beza uols. Makin lama makin maju. Tak salah kita nak ubah tapi yang penting tradisi atau asas raya tu kena la kekalkan. Baru la suasana tu tetap dirasai. Gittew! Jom kita tengok "Raya Dahulu vs. Raya Sekarang".









Haaaa, sama tak pandangan kitorang dengan pandangan korang? Ke ada sikit lain? Hahaha. Mungkin banyak lagi perbezaan raya dahulu vs raya sekarang. Ini adalah sebahagian daripada pemerhatian kitorang pasal raya tahun ni. Tahun depan tak tau la apa yang akan berubah kan.

Apa-apa pun, berubah la macam sekali pun. Baik atau buruk, adat dan budaya tradisi beraya tu jangan dilupakan. Berpijak la dibumi yang nyata. Jangan sesekali lupa asal usul kita. Lebih baik kita kekalkan tradisi dari kita lupa dengan tradisi. Berubah kepada kebaikkan tu elok, tapi kalau nak ubah kepada yang keburukkan tu simpan je la dalam poket. Ok?

Kongsikan pandangan korang dengan kitorang. Kot-kot ada lagi perubahan yang korang nampak raya dahulu vs raya sekarang. Boleh la kita bertukar pendapat. Share ok! Selamat hari raya lagi :)

Assalamualaikum.

Sunday, 19 July 2015

Pemenang giveaway #ProjekAnyamKetupat

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, selepas 3 minggu giveaway #ProjekAnyamKetupat dijalankan, ada la juga yang menyertainya. Tak adalah kitorang krik krik krik sangat kalau tak ada yang join. Hehehe. Kitorang nak ucapkan tahniah pada +Zahier Zulkafli sebab jadi menang giveaway  #ProjekAnyamKetupat ni. YEAYYY! *pom pom pom* (effect bunga api)


Senang je kan nak dapat duit raya? Dah dapat RM50. Haaaa boleh pergi makan mekdi 5 kali tau. Hehehe. Diminta pemenang dapat menghubungi kitorang untuk claim duit raya. Kalau lambat claim kitorang sumbang hadiah tu kat masjid. Hehehe.

Next year InsyaAllah kitorang buat giveaway #ProjekAnyamKetupat ni lagi. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin :)

Assalamualaikum.

Friday, 17 July 2015

Koleksi Iklan Raya 2015

Assalamualaikum.

Setiap tahun kalau hari raya, benda yang ditunggu-tunggu adalah iklan raya. Iklan ni memang dah sinonim la dengan diri kita. Tak kira la apa jenis perayaan pun, iklan raya mesti menjadi perhatian kita untuk tonton. Siapa tunggu lagi. Apa cerita yang akan disampaikan, adakah sama atau ada idea baru untuk setiap iklan yang keluar.

Untuk tahun 2015 ni, banyak iklan yang best. Boleh dikatakan menusuk hati kalbu bila ditonton. Kena sediakan tisu la kalau nak tonton. Hehehe! Sebenarnya susah tau nak buat iklan raya ni. Dia perlukan idea dan kreativiti yang tinggi untuk dihasilkan bagi beri impak pada penonton.

Jadi ini adalah koleksi iklan raya yang ada sepanjang tahun 2015:

IKLAN ASTRO

IKLAN PTS MEDIA GROUP

IKLAN ZALORA MALAYSIA

IKLAN TM

IKLAN ECOWORLD

IKLAN MYDIN

IKLAN BSN MALAYSIA

IKLAN TNB MALAYSIA

IKLAN MALAYSIA AIRLINES

IKLAN GO SHOP

IKLAN FINAS

IKLAN MAGGI

Rasanya ada lagi iklan yang kitorang tak letak. Jadi macam mana? BEST kan semua iklan raya 2015 ni? Mana satu iklan favorite korang? Apa pendapat korang tentang iklan raya 2015 tahun ni? Agak-agak iklan mana boleh menang awards iklan terbaik raya 2015? Jom kongsikan pendapat korang dengan kitorang. Ok?

Selamat hari raya!

Assalamualaikum.

Friday, 10 July 2015

Nikmati Rebat Tol Sehinga 50% Raya 2015

Assalamualaikum.

Raya dah nak dekat, tinggal beberapa hari je lagi. Dah decide nak balik beraya kat mana belum? Hehehe. Yang nak balik kampung tu pasti korang akan lalu highway kan. Jadi sebelum korang balik korang kena la rancang perjalanan korang tu. Nanti tak de la stuck kat jem. Kan tak best.

PLUS Malaysia Berhad ada buat inisiatif potongan rebat tol pada pemandu yang nak balik beraya tahun ni. Rebat tol sehingga 50% uols! Jadi korang kena la rancang perjalanan korang betul-betul. Boleh save sikit duit bayar tol nanti.

Rebat tol bukan semua dia bagi 50% tau. Ada perbezaan rebat mengikut tarikh berikut:
  • 50% - pada 13 Julai 2015 dan 23 Julai 2015
  • 40% - pada 14 Julai 2015 dan 22 Julai 2015
  • 30% - pada 15 Julai 2015 dan 21 Julai 2015

Bagi mengelakkan kesesakan, balik la awal. Jadi tak ada la kelam kabut. Balik pun tak stress sebab tak jem. 


Nak dapatkan rebat tol ni senang je, cuma bayar tol secara elektronik (guna kad plusmile, touch n go atau smart tag. Kena guna kenderaan kelas 1 dan perjalanan melebihi 100km di lebuh raya utara-selatan atau lebuh rata elite. Lepas tu penebusan rebat tol boleh dituntu bila korang tambah nilai kad elektronik pada 18 Ogos 2015 hingga 14 November 2015 di semua pusat khidmat pelanggan plus. Tak susah kan?

Apa tunggu lagi, cepat rancang perjalanan korang dan balik beraya! Raya setahun sekali, balik kampung jumpa semua ahli keluarga dan bergembira sampai pengsan.

Assalamualaikum.

Thursday, 9 July 2015

Mini Cornetto Challenge

Assalamualaikum.

Untuk pertama kalinya kitorang buat challenge sendiri untuk ukur kemampuan kitorang sendiri. Cewah! Sebenarnya tak ada tujuan pun kitorang buat challenge ni, saja suka. For fun ok. Aktiviti riadah suami isteri yang tak ada life. Hahaha!


Challenge ni sangat mudah. Korang hanya memerlukan askrem Mini Cornetto dan jam. Peraturan dia pun sangat-sangat mudah. Korang perlu makan seberapa banyak askrem Mini Cornetto ni dalam masa seminit. Siapa makan paling banyak dia lah pemenangnya. Mudah kan? Nak tau macam mana challenge ni dibuat, jemput tengok video ni. Perlawanan antara mraidil dan mrsiadil. Ting! Ting!


Haaa, mudah kan? Sebab mudah la kitorang nak korang try buat challenge ni. Jadi kitorang dah tag orang lain iaitu Neeta Manisha dari band iamNEETA, vlogger Iman Ezyd dan Johara Pagi Era (Johan, Hanif dan Ray). Korang yang dah kena tag tu DIWAJIBKAN buat video ni. Itu pun kalau berani menyahut cabaran la. Tak buat maknanya korang penakut. HAHAHA!

Korang para pembaca pun boleh buat challenge ni. Kalau buat jangan lupa upload dalam youtube ok! Share dengan kitorang, nanti kitorang komen. Hehehe! Apa-apa pun selamat mencuba challenge Mini Cornetto ni.

Assalamualaikum.

Monday, 6 July 2015

#IftarwithiamNEETA2015

Assalamualaikum.

Untuk entry kali ni kitorang nak share video random yang kitorang buat masa pergi #iftarwithiamneeta2015 dekat Berts Cafe Shah Alam. Thank you Neeta sebab jemput kitorang join iftar dengan iamNEETA. Best la sebab makan FREE kan! Hehehe.


Tiga tahun berturut-turut tau kitorang join iftar ni. Apa yang kitorang nampak, semakin lama semakin meriah iftar yang diorang buat. Keep it up you guys! Jom la layan video yang kitorang buat ni:


Selain video, mraidil ada amek gambar juga. Kalau korang nak tengok atau simpan gambar-gambar tu boleh klik link ni bit.ly/iftarwithiamneeta2015. Semuanya FREE! Yang penting kalau nak share atau upload gambar yang mraidil dah snap letak la kredit #fotobydidil. Ok? To all new friends, kalau jumpa hello hello la ya.

Ok la, itu saja untuk kali ni. Harap tahun depan iamNEETA jemput kitorang lagi. YEAYYY!

Assalamualaikum.

Friday, 3 July 2015

Tonton Wayang Secara Online

Assalamualaikum.

Korang mesti suka tengok wayang kan? Kadang-kadang tak sempat nak pergi ke panggung untuk tonton sebab sibuk sangat kerja. Sekarang ni zaman moden kalau tak sempat tengok tu, tunggu je la lambat sikit, mesti wayang yang korang nak tengok tu dah keluar dekat internet. Hehehe!

Sebenarnya benda ni tak bagus sebab wayang tersebut di muat naik semula dekat internet tanpa sebarang kebenaran dari mana-mana pihak. Kira cetak rompak lah! No good no good. Tapi siapa je tak suka benda free kan?

Jadi kat sini kitorang nak bagi beberapa link website yang boleh korang layan wayang tengok sampai muntah (tak semua boleh buka secara percuma, ada yang kena create account untuk tonton):

  1. primewire.ag
  2. vumoo.ch
  3. losmovie.is
  4. movienight.ws
  5. hdmovie14.net
  6. moviesub.net
  7. adfdah.ws
  8. movie25.ag
  9. tubelpus.is
  10. watch-series-tv.to

Sebenarnya banyak je lagi link lain. Kitorang share mana yang kitorang tau je. Ada banyak lagi link lain. Korang boleh la pilih website mana yang ada kualiti video yang best. Hehehe! Apa-apa pun selamat menonton semua!

Assalamualaikum.

***nota kaki: jangan salahkan kitorang kalau korang sokong cetak rompak!

Koleksi Muzik Video Band iamNEETA

Assalamualaikum.

Kenal band iamNEETA? Rasanya band ni merupakan band pertama di Malaysia yang lahir dari laman Youtube. Bernaung dibawah syarikat rakaman NAR Records, band iamNEETA kini makin dikenali. Sudah hampir 4 tahun berada dalam industri muzik Malaysia, pasti ramai yang dah kenal dengan muzik yang mereka bawakan.


Jadi kitorang cuma nak share koleksi muzik video yang telah dihasilkan oleh band iamNEETA ni. Jom kita tengok!

Single pertama "Tuhan Tolong Aku" yang memperkenalkan band iamNEETA dalam industri muzik Malaysia.


Single kedua "Terima Kasih" lagu hit yang bermain dicorong-corong radio.

Single ketiga "Kau Pegi Jua" ganding duet bersama Najwa Latif. Kiranya lagu duet pertama band iamNEETA dengan artis di Malaysia.


Single raya pertama "Hari Raya" gandingan suara Najwa latif, Deanna Hussin dan Mimie Haris. Jangan main-main, band iamNEETA pun ada lagu raya ok!


Single keempat "Jatuh Cinta" lagu cintan tangkap leleh. Mampu?

 Single kelima "Marry Me" lagu berbahasa Inggeris pertama band iamNEETA. Shoot dekat oversea tau!

Nampaknya band iamNEETA ni dah ada 6 lagu kesemuanya. Tapi bila la agaknya album diorang ni nak keluar eh? Jeng jeng jeng. Pasti peminat diorang dok tertunggu-tunggu. Lagu semua dah keluar radio tapi album tak siap-siap lagi. Hehehe! Korang suka lagu yang mana satu? Meh share dengan kitorang.

Apa-apa pun kitorang nak ucapkan good luck pada band iamNEETA. Semoga terus dikenali dan terus maju dalam industri muzik tempatan.

Assalamualaikum.

Maggi Royale | Choose Your Own Adventure Contest

Assalamualaikum.

Kepada penggemar Maggi, ini lah masanya untuk korang join contest ni. Maggi Royale ada buat contest Choose Your Own Adventure. Kot-kot korang ada pengembaraan idaman, join je contest ni. Mana tau menang dan boleh realisasikan impian korang tu.


Nak join? Tak susah pun naik join sebab contest ni super simple. Senang je nak join. Kalau tak percaya meh kitorang share. Baca betul betul ok!


Mudah kan? ada 2 cara macam mana korang nak join. 1 guna surat, 1 guna telefon. Yang penting korang kena beli Maggi Royale dulu la, lepas tu jawab soalan mudah dan hantar penyertaan. Semudah makan ABC je. Lagi banyak korang beli Maggi Royale, makin tinggi la peluang untuk menang! 


Hadiah dia pun lumayan. Hampir RM265,000 untuk dimenangi. 2 grand prize dapat pakej percutian pilihan kita worth RM20,00 untuk 2 orang. No 1 pula dapat pakej percutian extreme pilihan bernilai RM8,000 untuk 10 pemenang. No 2 dapat juga pakej percutian extreme pilihan bernilai RM3,000 untuk 20 pemenang dan no 3 dapat percutian extreme pilihan bernilai RM1,500 untuk 30 pemenang. Hadiah saguhati pun ada tau, dapat beg travel bernilai RM500 untuk 80 pemenang. Bestkan hadiah dia?

Contest dah start dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2015. Masih banyak masa untuk korang join. Apa tunggu lagi, pergi beli Maggi Royale banyak-banyak sekarang. Beli lebih pun boleh, bagi kitorang. Hehehe! Untuk maklumat lanjut boleh check website maggi.com.my/royale-contest. Good luck pada sesiapa yang nak join.

Assalamualaikum.