Monday, 22 June 2015

#ProjekAnyamKetupat giveaway

Assalamualaikum.

Sempena bulan ramadan dan raya ni kitorang buat giveaway lagi. YEAYYY! Giveaway kali ni pasal #ProjekAnyamKetupat dimana kitorang nak kembalikan tradisi anyam ketupat. Pada sesiapa yang tau anyam ketupat tu tahniah diucapkan kerana korang masih kekalkan tradisi sebab tau anyam ketupat. Yang tak tau anyam tu kena la belajar. Jadi sebab tu kitorang buat giveaway ni.


Motif utama #ProjekAnyamKetupat ni sebenarnya nak mendedahkan tradisi anyam ketupat pada anak muda sekarang ni. Ye la, zaman sekarang ni mana la anak-anak muda nak ambil tau sangat tradisi anyam ketupat ni. Tau makan je ada la, kan? Jadi nanti kami akan buat video tutorial macam mana nak anyam ketupat. Ketupat ni banyak jenis, kitorang ajar yang asas je ok. Yang penting bila dianyam jadi bentuk ketupat. Hehehe.


Macam mana nak join #ProjekAnyamKetupat giveaway ni? Mudah je, korang kena buat insta video anyam ketupat macam dalam video kat atas ni. Lepas tu korang upload insta video korang ni dekat instagram korang. Make sure instagram korang tak private. Lepas tu upload tu letak caption dan hashtag #ProjekAnyamKetupat #mrandmrsaidilgiveaway dan tag @mrandmrsaidil. Giveaway berakhir 30 Ramadan 1436H. Pemenang akan dipilih secara rawak dan akan menerima duit raya sebanyak RM50. Senang dan mudah saja kan? YEAYYY!

Pada yang dah tau anyam tu boleh la join. Kalau tak tau anyam tu tak pe, next video kitorang akan buat video tutorial macam mana nak join. Still got time nak belajar dan tanya pada mak atau nenek atau atuk atau jiran atau cik bedah, cik salmah macam mana nak anyam ketupat ni. Hehehe.

Harap dengan adanya #ProjekAnyamKetupat dapat kitorang share ilmu dan memberi pendedahan pada anak muda tentang pentingnya kekalkan tradisi anyam ketupat ni. Nanti time raya tak de la makan ketupat segera je. Hehehe. Apa-apa pun good luck pada semua. Harap ada yang join dan jangan lupa kongsi pada semua orang ok!

Selamat berpuasa.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment