Friday, 5 June 2015

Menang tiket pergi LONDON!

Assalamaualaikum.

Korang nak menang tiket pergi LONDON? Yes LONDON uols! Siapa nak bagi kan for FREE kan. Tapi ada la syaratnya, kena join contest yang dibuat oleh Aizat Amdan ni. Tak susah pun nak join, nanti kitorang share macam mana nak join ok?


Ok ni cara-cara nak join. Ada 7 langkah mudah yang perlu korang faham dan buat. Tak susah pun!
  1. Contest bermula 4 Jun 2015
  2. Post gambar sesorang yang istimewa dengan diri korang di Instagram 
  3. MESTI nyatakan siapa orang tu, kenapa dia istemewa dan bagi sebab kenapa nak bawa dia ke London. Lepas tu kena letak hashtag #youarehome #lundangtonewcastle #malaysiaairlines @aizatamdan
  4. Penyertaan boleh dalam bahasa melayu atau inggeris
  5. Contest tamat pada 11 Jun 2015 (11.59 malam waktu Malaysia)
  6. Pemenang akan dipilih oleh Aizat sendiri
  7. Keputusan akan diumumkan di youtube channel Aizat pada 15 Jun 2015
Haaaaa, tak susah pun kan? Kalau korang tak faham jugak apa yang kitorang dah explain ni, korang tengok je la video ni. Aizat explain lebih terperinci.


Macam mana? Masih tak nak join? Korang patut cuba. Sebab contest ni sangat senang. Tak perlu keluar duit 1 sen pun. Cuma perlukan masa untuk ambil gambar dan karang ayat. Mana tau rezeki korang nak pergi London.

kitorang pun join tau :)

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Tu semua kerja tuhan. Tak salah kalau kita mencuba. Usaha kan tangga kejayaan. Kitorang dah join. Korang bila lagi? Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment