Thursday, 11 June 2015

Bila travel naik kapal terbang

Assalamualaikum.

Siapa pernah naik kapal terbang? Kalau pernah naik, ini adalah perkara tipikal yang korang akan buat bila nak travel naik kapal terbang. Sedar atau tidak, korang akan buat salah satu atau semua perkara-perkara ni. Jom kita tengok apa yang korang akan buat kalau nak pergi travel naik kapal terbang.


1. Check in lokasi - kebarangkalian check in lokasi korang dah sampai airport tu memang sangat tinggi. Dekat mana korang akan check in? Dah tentu dekat Facebook atau instagram. Update location checked!


2. Upload gambar Pasport (buku merah) - kebarangkalian korang upload gambar buku merah sangat tinggi kalau korang travel luar dari Malaysia. Lagi berseni kalau korang selitkan tiket kapal terbang dan 2 3 keping duit negara mana yang korang akan pergi masa amek gambar tu. Buku merah checked!


3. Upload gambar kapal terbang - kebarangkalian korang upload gambar kapal terbang memang sangat tinggi jugak sebab tunggu lama nak boarding kan. Ada masa kita snap dulu gambar kapal terbang. Gambar kapal terbang checked!


4. Upload gambar dah duduk dalam kapal terbang - kebarangkalian korang upload gambar masa dah duduk dalam seat kapal terbang pun ada jugak sebab saja nak simpan kenangan. Bukti dah pernah naik kapal terbang. Gambar duduk seat kapal terbang checked!


5. Upload gambar awan dan sayap kapal terbang - kebarangkalian korang upload gambar awan dan sayap kapal terbang korang akan buat kalau dapat seat sebelah tingkap. Kalau tak duduk sebelah tingkap tetap jugak suruh sesiapa yang duduk sebelah tingkap amek. Gambar awan dan sayap kapal terbang checked!


6. Rakam video sebelum atau selepas naik kapal terbang - kebarangkalian korang rekod video masa sebelum naik atau selepas naik kapal terbang tu ada kalau korang seorang vlogger atau blogger atau videographer. Benda ni sangat penting untuk buat video travel. Rekod video checked!

Adakah korang berperangai macam ni? Buat benda-benda ni bila travel naik kapal terbang? Basically kitorang rasa korang akan buat benda yang sama. Tak salah pun buat benda macam ni, sebab benda-benda ni adalah kenangan yang patut korang simpan dan abadikan untuk tatapan masa akan datang.

Biar lah orang nak cakap apa, janji kita gembira dan tak susah kan orang lain. Kan? Next time kalau travel naik kapal terbang jangan lupa buat macam yang kitorang bagi tau ni ok! Selamat naik kapal terbang :)

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment