Tuesday, 30 June 2015

Masak & Menang / Mahsuri

Assalamualaikum.

Kepada yang suka dan rajin masak tu, jenama Mashuri ada buat contest Masak & Menang. Jadi korang boleh lah join. Mana tau resepi yang korang masak tu membolehkan korang menang duit raya. Seriously tak susah pun naik join. MUST JOIN!


Hadiah yang ditawarkan pun lumayan. Duit raya sehingga RM12,00 untuk dimenangi. Ada 6 minggu untuk korang join, setiap minggu dia akan pilih 4 pemenang. Setiap pemenang akan diberi duit raya sebanyak RM500 dan jemputan berbuka puasa di rumah kebajikan terpilih. Cool kan?

Macam mana nak join? Mudah je. Masak resepi korang menggunakan sos jenama Mahsuri. Lepas tu snap gambar. Dah snap baru la boleh upload kat facebook.com/MYMahsuri. Sebelum nak upload tu kena la like facebook page MYMahsuri. Dah like baru boleh upload. YEAYYY! Korang dah sertai contest Masak & Menang. Tak susah kan? Kalau tak faham jugak korang tengok gambar kat bawah ni:


Apa tunggu lagi, cepat la join. Mana tau rezeki bulan puasa ni, dapat merasa duit raya RM500. Hehehe, selamat mencuba!

Assalamualaikum.

Monday, 29 June 2015

Cara-cara anyam ketupat #ProjekAnyamKetupat

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, kitorang buat video cara-cara nak anyam ketupat. Ini adalah cara kitorang buat, mungkin korang ada cara lain. Tak kisah la cara macam mana korang anyam, janji hasil akhirnya bentuk ketupat. Yeayyy!

Kitorang cuma ajar yang asas sahaja. Yang lain mungkin korang boleh explore sendiri atau tanya pada sesiapa yang lebih hebat macam mak atau nenek kita. Ketupat yang kitorang ajar buat ni adalah ketupat satay. Sebenarnya ada banyak jenis ketupat ok (bentuk). Jom belajar anyam ketupat! Tengok je video ni:


Macam mana? Susah ke senang? Kalau  rasa susah, kena la usaha cuba banyak kali sampai boleh. Usahakan tangga kejayaan. Tak ada benda yang mudah kan. Kitorang yakin korang boleh anyam kalau korang belajar perlahan-lahan. Yeayyy!


Mari kita kekalkan tradisi anyam ketupat ni. Jangan lupa untuk join giveaway #ProjekAnyam ketupat. Kat atas ni kitorang dah bagi step mudah macam mana nak join giveaway tu. Harap ada yang sudi join. Good luck semua!

Itu saja untuk video kali ni.

Assalamualaikum.

Friday, 26 June 2015

Food Review : Garage51

Assalamualaikum.

Sempena bulan Ramandan ni kitorang ada buat food review. Jadi kisahnya Neeta dari iamNEETA ada ajak teman dia buat food review dekat Garage51 Subang Jaya. Thank you Neeta ajak makan buat food review. Kitorang memang suka makan. Yeayyy!

Back to story, basically Garage51 buat promosi "Jom Makan Sekeluarga" untuk berbuka puasa. Menu yang diorang sediakan adalah ayam kapitan dengan kambing masala, sambal hebi, nasi briani dan otak-otak nyonya. Air minum pula ada sirap bandung. Untuk pencuci mulut ada sirap creme brûlée. Sounds good right! Semua ni hanya RM29 sahaja. Murah kan?

Kalau nak cerita bab rasa makanan tu? The food was good. Different taste sebab dalam nasi briani tu ada kambing masala. Ayam kapitan pun lembut dan otak-otak nyonya pun terbaik! Kenyang perut kalau makan. Hehehe. Kalau tak percaya tengok video random yang kitorang buat untuk korang:


Macam mana? Best kan? Apa kata korang cuba sendiri. Pergi je Garage51 dekat Subang Jaya. Promosi ni hanya ada pada bulan Ramadan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk cuba ok! Kalau tak puasa korang boleh datang lepak dekat Garage51 sebab surrounding dia cool. Minum kopi sambil borak gosip artis malaysia. #eh

Itu saja food review untuk kali ni.

Assalamualaikum

Monday, 22 June 2015

#ProjekAnyamKetupat giveaway

Assalamualaikum.

Sempena bulan ramadan dan raya ni kitorang buat giveaway lagi. YEAYYY! Giveaway kali ni pasal #ProjekAnyamKetupat dimana kitorang nak kembalikan tradisi anyam ketupat. Pada sesiapa yang tau anyam ketupat tu tahniah diucapkan kerana korang masih kekalkan tradisi sebab tau anyam ketupat. Yang tak tau anyam tu kena la belajar. Jadi sebab tu kitorang buat giveaway ni.


Motif utama #ProjekAnyamKetupat ni sebenarnya nak mendedahkan tradisi anyam ketupat pada anak muda sekarang ni. Ye la, zaman sekarang ni mana la anak-anak muda nak ambil tau sangat tradisi anyam ketupat ni. Tau makan je ada la, kan? Jadi nanti kami akan buat video tutorial macam mana nak anyam ketupat. Ketupat ni banyak jenis, kitorang ajar yang asas je ok. Yang penting bila dianyam jadi bentuk ketupat. Hehehe.


Macam mana nak join #ProjekAnyamKetupat giveaway ni? Mudah je, korang kena buat insta video anyam ketupat macam dalam video kat atas ni. Lepas tu korang upload insta video korang ni dekat instagram korang. Make sure instagram korang tak private. Lepas tu upload tu letak caption dan hashtag #ProjekAnyamKetupat #mrandmrsaidilgiveaway dan tag @mrandmrsaidil. Giveaway berakhir 30 Ramadan 1436H. Pemenang akan dipilih secara rawak dan akan menerima duit raya sebanyak RM50. Senang dan mudah saja kan? YEAYYY!

Pada yang dah tau anyam tu boleh la join. Kalau tak tau anyam tu tak pe, next video kitorang akan buat video tutorial macam mana nak join. Still got time nak belajar dan tanya pada mak atau nenek atau atuk atau jiran atau cik bedah, cik salmah macam mana nak anyam ketupat ni. Hehehe.

Harap dengan adanya #ProjekAnyamKetupat dapat kitorang share ilmu dan memberi pendedahan pada anak muda tentang pentingnya kekalkan tradisi anyam ketupat ni. Nanti time raya tak de la makan ketupat segera je. Hehehe. Apa-apa pun good luck pada semua. Harap ada yang join dan jangan lupa kongsi pada semua orang ok!

Selamat berpuasa.

Assalamualaikum.

Saturday, 13 June 2015

Menang tiket kapal terbang ke "Lundang"

Assalamualaikum.

Kepada yang suka join contest ni, kitorang nak share dengan korang giveaway yang dibuat oleh Malaysia Airlines. Giveaway yang dibuat dilaman Instagram diorang ni membolehkan korang menang tiket ke "Lundang" atau London. Oh my god! London uols, tak kan tak nak pergi. Rugi kalau siapa tak join.

Mudah je nak join giveaway ni. Cuma pergi Instagram Malaysia Airlines dan ikut arahan yang disediakan. Serious tak susah! Ni kitorang share dengan korang macam mana nak join giveway tu. Semudah A B C uols!

  1. Screencap moment yang paling korang suka dekat instavideo yang telah dimuat naik oleh Malaysia Airlines (hanya yang dimuat naik di instagram Malaysia Airlines / iklan #LundangToNewCastle)
  2. Tag dan dedikasikan gambar screencap tersebut pada insan tersayang dengan pesanan paling sweet dengan hashtag  #lundangtonewcastle dan #youarehome
  3. Tag dan follow Instagram @MalaysiaAirlines
  4. Penyertaan bermula dari 12 Jun 2015 (bermula 4 petang) sehingga 19 Jun 2015 (11.59 malam waktu malaysia)
  5. Hanya 2 pemenang akan dipilih melalui kreativiti posting Instagram
  6. Pemenang akan diumumkan pada 23 Jun 2015 (12.00 malam) melalui direct message di Instagram
Tak susah kan? Simple and easy step to join the giveaway. Gitu speaking London. Kalau korang tak tau dan tak faham macam mana nak join giveaway ni boleh layari bit.ly/lundangtonewcastle atau follow Instagram MalaysiaAirlines.


Kitorang pun join tau. Cuba nasib, mana tau dapat pergi London, boleh la speaking jawa London kat sana nanti, hehehe. Apa tunggu lagi, cepat join. Mana tau rezeki korang nak terbang dan enjoy berada di London. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa nak tau kan. So good luck korang!

Assalamualaikum.

Thursday, 11 June 2015

Bila travel naik kapal terbang

Assalamualaikum.

Siapa pernah naik kapal terbang? Kalau pernah naik, ini adalah perkara tipikal yang korang akan buat bila nak travel naik kapal terbang. Sedar atau tidak, korang akan buat salah satu atau semua perkara-perkara ni. Jom kita tengok apa yang korang akan buat kalau nak pergi travel naik kapal terbang.


1. Check in lokasi - kebarangkalian check in lokasi korang dah sampai airport tu memang sangat tinggi. Dekat mana korang akan check in? Dah tentu dekat Facebook atau instagram. Update location checked!


2. Upload gambar Pasport (buku merah) - kebarangkalian korang upload gambar buku merah sangat tinggi kalau korang travel luar dari Malaysia. Lagi berseni kalau korang selitkan tiket kapal terbang dan 2 3 keping duit negara mana yang korang akan pergi masa amek gambar tu. Buku merah checked!


3. Upload gambar kapal terbang - kebarangkalian korang upload gambar kapal terbang memang sangat tinggi jugak sebab tunggu lama nak boarding kan. Ada masa kita snap dulu gambar kapal terbang. Gambar kapal terbang checked!


4. Upload gambar dah duduk dalam kapal terbang - kebarangkalian korang upload gambar masa dah duduk dalam seat kapal terbang pun ada jugak sebab saja nak simpan kenangan. Bukti dah pernah naik kapal terbang. Gambar duduk seat kapal terbang checked!


5. Upload gambar awan dan sayap kapal terbang - kebarangkalian korang upload gambar awan dan sayap kapal terbang korang akan buat kalau dapat seat sebelah tingkap. Kalau tak duduk sebelah tingkap tetap jugak suruh sesiapa yang duduk sebelah tingkap amek. Gambar awan dan sayap kapal terbang checked!


6. Rakam video sebelum atau selepas naik kapal terbang - kebarangkalian korang rekod video masa sebelum naik atau selepas naik kapal terbang tu ada kalau korang seorang vlogger atau blogger atau videographer. Benda ni sangat penting untuk buat video travel. Rekod video checked!

Adakah korang berperangai macam ni? Buat benda-benda ni bila travel naik kapal terbang? Basically kitorang rasa korang akan buat benda yang sama. Tak salah pun buat benda macam ni, sebab benda-benda ni adalah kenangan yang patut korang simpan dan abadikan untuk tatapan masa akan datang.

Biar lah orang nak cakap apa, janji kita gembira dan tak susah kan orang lain. Kan? Next time kalau travel naik kapal terbang jangan lupa buat macam yang kitorang bagi tau ni ok! Selamat naik kapal terbang :)

Assalamualaikum.

Friday, 5 June 2015

Menang tiket pergi LONDON!

Assalamaualaikum.

Korang nak menang tiket pergi LONDON? Yes LONDON uols! Siapa nak bagi kan for FREE kan. Tapi ada la syaratnya, kena join contest yang dibuat oleh Aizat Amdan ni. Tak susah pun nak join, nanti kitorang share macam mana nak join ok?


Ok ni cara-cara nak join. Ada 7 langkah mudah yang perlu korang faham dan buat. Tak susah pun!
  1. Contest bermula 4 Jun 2015
  2. Post gambar sesorang yang istimewa dengan diri korang di Instagram 
  3. MESTI nyatakan siapa orang tu, kenapa dia istemewa dan bagi sebab kenapa nak bawa dia ke London. Lepas tu kena letak hashtag #youarehome #lundangtonewcastle #malaysiaairlines @aizatamdan
  4. Penyertaan boleh dalam bahasa melayu atau inggeris
  5. Contest tamat pada 11 Jun 2015 (11.59 malam waktu Malaysia)
  6. Pemenang akan dipilih oleh Aizat sendiri
  7. Keputusan akan diumumkan di youtube channel Aizat pada 15 Jun 2015
Haaaaa, tak susah pun kan? Kalau korang tak faham jugak apa yang kitorang dah explain ni, korang tengok je la video ni. Aizat explain lebih terperinci.


Macam mana? Masih tak nak join? Korang patut cuba. Sebab contest ni sangat senang. Tak perlu keluar duit 1 sen pun. Cuma perlukan masa untuk ambil gambar dan karang ayat. Mana tau rezeki korang nak pergi London.

kitorang pun join tau :)

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Tu semua kerja tuhan. Tak salah kalau kita mencuba. Usaha kan tangga kejayaan. Kitorang dah join. Korang bila lagi? Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

Monday, 1 June 2015

5 tips mudah pergi baby fair

Assalamualaikum.

Kitorang rasa baby fair ni ada setiap bulan. Jadi korang mesti akan luangkan masa untuk beli barang-barang baby untuk anak korang atau saja-saja nak jalan-jalan. Adakah korang yang sentiasa menunggu baby fair untuk beli barang baby?

Kitorang yang baru jadi mak bapak ni kadang-kadang pergi jugak baby fair ni beli barang baby. Sebab kat baby fair ni la macam-macam kita boleh beli in one time dengan harga yang lebih murah sikit. Tak gitu?

Jadi kitorang nak share sikit 5 tips mudah yang kitorang selalu buat bila pergi baby fair. Mungkin ko amalkan benda yang sama. Tapi tak pe, sama-sama kita kongsi tips. Ok ini lah 5 tips mudah pergi baby fair:

1. Rancang perjalanan - Selalunya baby fair akan buat 3 hari. Jumaat, sabtu dan ahad. Jadi korang pergi atau cari masa yang tak ramai orang datang. Contohnya boleh datang hari jumaat sebab tak ramai sangat datang atau pergi awal pagi. Buka je baby fair tu terus serbu. Jangan datang petang ke malam sebab confirm akan SESAK! Jadi rancang perjalanan korang.

2. Check list - Selalunya kalau nak shopping barang ini adalah benda yang paling penting. Tak kisah lah shopping barang baby atau barang dapur. Check list sangat membantu untuk kita tengok balik barang yang kita nak beli tu dah ada ke belum. Check list ni jugak membantu kita untuk tidak melalut beli yang tak perlu. Bila shoppinhg kenalah berjimat. Check list is MUST!

3. Bawa tunai - Selalunya kalau beli barang baby korang perlu bawa duit yang banyak. Kitorang prefer korang bawa tunai sebab kalau korang nak bayar secara kredit mungkin korang akan main swipe je bila membeli. Maklum la syok sangat berbelanja. Kadang-kadang kita tak perasan. Kalau tunai tak cukup jangan mula swipe. Nanti menangis dihujung bulan. Jadi bawa duit tunai mengikut check list!

4. Survey - Selalunya kalau baby fair ni, korang perlu luangkan masa untuk pusing satu tempat baby fair tu untuk buat survey. Bukan apa, kadang-kadang benda yang kita nak beli tu ada juga booth lain yang jual. Barang sama tapi harga berbeza. Buat perbandingan harga baru beli. Berbelanjalah dengan bijak!

5. Bawa beg besar - Selalunya bila dah shopping barang baby, korang akan dapat banyak beg plastik berisi barang yang korang shopping. Kitorang sarankan korang bawa beg sendiri dari rumah. Kitorang cadangankan beg besar ikea yang warna biru tu. Bukan apa, tak nak semak-semak bawak banyak beg plastik, bawa 1 beg dah cukup. Jimatkan penggunaan beg plastik. Save the planet!

Ok, itu je 5 tips mudah pergi baby fair. Adakah korang amalkan benda yang sama? Kalau amalkan benda yang sama, meh sep sikit. Kalau koran tak faham jugak, meh tengok video kitorang kongsi tips mudah pergi baby fair.


Itu saja untuk kali ini. Ingat ya, berbelanjalah dengan bijak, hensem, kacak dan cantik!

Assalamualaikum.