Tuesday, 19 May 2015

Tips buat video blog (vlog)

Assalamualaikum.

Siapa kat sini ada buat video blog? Sekarang ni sebenarnya ramai dah yang pandai buat video dan post dekat youtube. Bagi kitorang youtube ni sebenarnya satu platfom yang sangat baik untuk kita ekspresikan segala benda dalam bentuk video. Macam-macam jenis video la kita boleh tengok kat dalam youtube tu.

Kepada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak nak buat video tu, kitorang nak kongsikan sikit tips macam mana nak buat video blog (vlog) ikut cara kitorang. Bagi kitorang ini adalah resepi video yang kitorang hasilkan. Mungkin  sedikit ilmu yang tak seberapa ni dapat membantu korang yang nak mula buat vlog.


Ini dia tips buat video blog (vlog):

1. IDENTITI - korang perlu ada satu NAMA KEKAL yang korang akan guna dan promosikan. Jangan tukar-tukar identiti. Kalau tukar-tukar identiti nanti susah orang nak cari. Contohnya kitorang gunakan nama "mrandmrsaidil". Search je kat google, pasti akan keluar segala maklumat kat situ.

2. KONSEP/IDEA - korang perlu set bentuk video apa yang korang nak buat. Adakah video cakap-cakap atau video travel atau video makan-makan atau video dot dot dot. Perlu ada konsep/idea penceritaan untuk setiap video yang korang hasilkan. Contohnya kitorang gunakan konsep "kekeluargaan dan diari kehidupan" untuk hasilkan video. Jadi banyak segmen la video yang kitorang hasilkan berdasarkan kehidupan seharian kitorang.

3. RAKAMAN VIDEO - korang perlu rancang rakaman video korang. Sehari sebelum shoot mesti buat draf rakaman atau skrip. Jadi bila nak rakam tak ada lah ambil masa yang panjang. Kalau korang jenis yang suka rakaman video secara rawak, tak perlu la buat draf atau skrip. Hanya perlu idea dalam otak dan rakam. Yang penting ada perancangan awal sebelum rakam apa-apa video. Contohnya kitorang rakam video tak pernah ikut draf atau skrip. Kitorang buat rakaman video secara rawak je.

4. EDITING VIDEO - korang perlu ada style video korang. Nak fast cut ke, nak letak effect ke, nak letak after effect ke. Terpulang pada citarasa korang. Apa yang penting isi video yang korang cuba kongsikan sampai pada penonton. Kalau nak nampak lebih menarik letak la lagu dan sound effect sikit. Baru la menarik untuk penonton tengok. Contohnya kitorang punya style editing adalah fast cut. Letak lagu sikit dan letak bloopers video di awal dan di akhir video. Cool kan?

5. HASIL AKHIR VIDEO - korang perlu tetapkan berapa minit video yang korang nak buat. Kalau boleh video korang berdurasi 3 minit hingga 4 minit sahaja. Kalau korang buat video lebih dari 5 minit, kebarangkalian penonton nak tengok tu kurang sebab video panjang sangat. Contohnya kitorang buat video berdurasi 2 minit hingga 3 minit saja. Sebab pendek sangat video yang kitorang buat, penonton tak puas nak tengok. Diorang siap suruh kitorang buat video banyak-banyak yang panjang sikit durasinya. (strategi tu, hehe)

6. SOSIAL MEDIA - korang perlu ada instagram, twitter, facebook page dan blog. Bila korang kongsikan video korang dekat youtube, korang kongsikan info yang sama pada laman sosial media yang korang ada ni. Jadi penyebaran video yang korang dah buat ni lebih tersebar la sebab banyak platfom yang korang kongsikan. Contohnya setiap kali kitorang upload video baru, kitorang akan kongsi dekat twitter, facebook page, instagram dan juga blog! (jangan lupa follow ya)

7. KONGSI VIDEO - Korang perlu kongsikan video yang korang upload tu setiap dua atau tiga hari. Sebab setiap kali kita kongsikan video tu, tak semua orang tengok pada hari yang sama kita kongsi. Kiranya reminder la pada sesiapa yang masih belum tengok video korang tu. Contohnya kitorang akan kongsikan video lama kalau tak ada video baru yang kitorang buat. Dari situ jumlah penonton untuk video lama pun meningkat. Keep sharing!

Ok, itu saja tips dari kitorang. Macam mana? Tak susah pun kan? Harap tips tak seberapa ni dapat membantu korang yang baru nak mula buat video blog. Buat video blog ni kena rajin sebab ia mengambil masa sehari 2 untuk disiapkan. Siapa kata nak buat video ni senang? Jeng jeng jeng.

Kalau korang ada video blog meh kongsi link dengan kitorang. InsyaAllah kitorang datang jenguk. Selamat bervideo blog!

Assalamualaikum.

1 comment:

  1. Assalamualaikum bos, sy tak.pernah buat blog/vlog.. Rakam guna camera android boleh tak? Edit? Apps apa yg okay yaa?

    ReplyDelete