Monday, 1 June 2015

5 tips mudah pergi baby fair

Assalamualaikum.

Kitorang rasa baby fair ni ada setiap bulan. Jadi korang mesti akan luangkan masa untuk beli barang-barang baby untuk anak korang atau saja-saja nak jalan-jalan. Adakah korang yang sentiasa menunggu baby fair untuk beli barang baby?

Kitorang yang baru jadi mak bapak ni kadang-kadang pergi jugak baby fair ni beli barang baby. Sebab kat baby fair ni la macam-macam kita boleh beli in one time dengan harga yang lebih murah sikit. Tak gitu?

Jadi kitorang nak share sikit 5 tips mudah yang kitorang selalu buat bila pergi baby fair. Mungkin ko amalkan benda yang sama. Tapi tak pe, sama-sama kita kongsi tips. Ok ini lah 5 tips mudah pergi baby fair:

1. Rancang perjalanan - Selalunya baby fair akan buat 3 hari. Jumaat, sabtu dan ahad. Jadi korang pergi atau cari masa yang tak ramai orang datang. Contohnya boleh datang hari jumaat sebab tak ramai sangat datang atau pergi awal pagi. Buka je baby fair tu terus serbu. Jangan datang petang ke malam sebab confirm akan SESAK! Jadi rancang perjalanan korang.

2. Check list - Selalunya kalau nak shopping barang ini adalah benda yang paling penting. Tak kisah lah shopping barang baby atau barang dapur. Check list sangat membantu untuk kita tengok balik barang yang kita nak beli tu dah ada ke belum. Check list ni jugak membantu kita untuk tidak melalut beli yang tak perlu. Bila shoppinhg kenalah berjimat. Check list is MUST!

3. Bawa tunai - Selalunya kalau beli barang baby korang perlu bawa duit yang banyak. Kitorang prefer korang bawa tunai sebab kalau korang nak bayar secara kredit mungkin korang akan main swipe je bila membeli. Maklum la syok sangat berbelanja. Kadang-kadang kita tak perasan. Kalau tunai tak cukup jangan mula swipe. Nanti menangis dihujung bulan. Jadi bawa duit tunai mengikut check list!

4. Survey - Selalunya kalau baby fair ni, korang perlu luangkan masa untuk pusing satu tempat baby fair tu untuk buat survey. Bukan apa, kadang-kadang benda yang kita nak beli tu ada juga booth lain yang jual. Barang sama tapi harga berbeza. Buat perbandingan harga baru beli. Berbelanjalah dengan bijak!

5. Bawa beg besar - Selalunya bila dah shopping barang baby, korang akan dapat banyak beg plastik berisi barang yang korang shopping. Kitorang sarankan korang bawa beg sendiri dari rumah. Kitorang cadangankan beg besar ikea yang warna biru tu. Bukan apa, tak nak semak-semak bawak banyak beg plastik, bawa 1 beg dah cukup. Jimatkan penggunaan beg plastik. Save the planet!

Ok, itu je 5 tips mudah pergi baby fair. Adakah korang amalkan benda yang sama? Kalau amalkan benda yang sama, meh sep sikit. Kalau koran tak faham jugak, meh tengok video kitorang kongsi tips mudah pergi baby fair.


Itu saja untuk kali ini. Ingat ya, berbelanjalah dengan bijak, hensem, kacak dan cantik!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment