Sunday, 24 May 2015

Ulang Tahun Pertama Perkahwinan #mrandmrsaidil

Assalamualaikum.

Hari ni 24 Mei 2015 genap lah setahun usia perkahwinan kitorang. Pejam celik macam-macam dah kitorang lalui. Masa begitu pantas berlalu. Dari gelaran suami isteri bertukar jadi babah dan mommy. Dalam setahun banyak sangat moment-moment yang tak boleh dilupakan. Syukur!

Setahun usia perkahwinan, kitorang dah dikurniakan anak. Alhamdulillah rezeki yang Maha Esa. Dapat kembar lagi. Syukur atas rezeki terindah. Banyak lagi perkara yang kitorang perlu belajar untuk teruskan hidup berkeluarga. Tak selalu manis, pahit tu mesti ada. Asam garam hidup berumah tangga. Yang penting kena terus percaya antara satu sama lain dan sayang terus sayang, cinta terus cinta setiap saat. Gitu!

Apa-apa pun selamat ulang tahun perkahwinan mrandmrsaidil! Yeayyy! Happy sangat-sangat. Bagi meraikan ulang tahun perkahwinan pertama kitorang, kitorang kongsi sikit gambar sekitar majlis pernikahan kitorang masa muda bergetah. Hahaha! Enjoy the photos.


















Haaa, kalau tak puas dengan gambar ni. Boleh la usha video nikah kitorang. Mood video kena la happy sebab kita bina masjid kan. YEAYYY!



Ok lah. Kitorang nak terus berkasih cinta sayang. Doakan perkahwinan kitorang berkekelan selamanya hingg ke syurga ok. Kitorang pun akan doakan korang semua terus bahagia dunia akhirat.
Sekali lagi, selamat ulang tahun pertama perkahwinan mrandmrsaidil!

Assalamualaikum.

Friday, 22 May 2015

Lazatnya Imran Ajmain Nyanyi --- #SetulusKasihTour

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan korang Imran Ajmain ada buat #SetulusKasihTour untuk mempromosikan album terbarunya. Jadi kitorang berkesempatan untuk terjah salah satu show yang dia buat dekat Kedai Sebelah, Kelana Jaya. Gigih ye datang bawak thekhaleesh *nasib baik tak meragam*

Ok, show dia lebih kurang 2 jam gitu. Opening act dari classmates band, lepas tu baru Imran muncul. Pembukaan lagu, Imran nyanyi lagu sudah tu sudah, lepas tu ntah lagu apa ntah diikuti lagu cover dari Feminin, Afgan, Dayang Nurfaizah, Anuar Zain dan banyak lagi. Kitorang pun lupa. Hahaha! Sorry sibuk makan dan layan thekhaleesh. Lagu penutup Imran nyanyi lagu Seribu Tahun. (untuk show di kedai sebelah)

Komen pasal persembahan Imran? So far so good. BEST! Sebab Imran boleh nyanyi live. Semua lagu yang dinyanyikan disampaikan dengan baik dan bersahaja sambil pegang ipad. Interaksi dengan penonton tip top walaupun sepanjang persembahan Imran duduk je. Overall showmanship memang "A". Kalau tak percaya meh tengok video yang sempat kitorang rakam ni.


Kalau korang ada masa dan tak ada benda nak buat, boleh la pegi support #setuluskasihtour ni. Ada lagi 4 buat tempat untuk korang terjah sebelum tour ni habis. Next tour dekat Penang, Ipoh, Kuantan dan KL. Seriously memang sangat berbaloi dan tak akan rugi. Pegi book ticket cepat! Atau follow je instagram dan twitter Imran Ajmain.


Apa-apa pun tahniah Imran sebab lancarkan album baru selepas 2 3 tahun menyepi dalam industri muzik Malaysia. Terus menyanyi dan hasilkan lagu yang awesome. Diharapkan Imran terus maju dan sukses!  Nanti jangan lupa jemput kitorang kalau ada show for FREE. Hahaha! 

Assalamualaikum.

Tuesday, 19 May 2015

Tips buat video blog (vlog)

Assalamualaikum.

Siapa kat sini ada buat video blog? Sekarang ni sebenarnya ramai dah yang pandai buat video dan post dekat youtube. Bagi kitorang youtube ni sebenarnya satu platfom yang sangat baik untuk kita ekspresikan segala benda dalam bentuk video. Macam-macam jenis video la kita boleh tengok kat dalam youtube tu.

Kepada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak nak buat video tu, kitorang nak kongsikan sikit tips macam mana nak buat video blog (vlog) ikut cara kitorang. Bagi kitorang ini adalah resepi video yang kitorang hasilkan. Mungkin  sedikit ilmu yang tak seberapa ni dapat membantu korang yang nak mula buat vlog.


Ini dia tips buat video blog (vlog):

1. IDENTITI - korang perlu ada satu NAMA KEKAL yang korang akan guna dan promosikan. Jangan tukar-tukar identiti. Kalau tukar-tukar identiti nanti susah orang nak cari. Contohnya kitorang gunakan nama "mrandmrsaidil". Search je kat google, pasti akan keluar segala maklumat kat situ.

2. KONSEP/IDEA - korang perlu set bentuk video apa yang korang nak buat. Adakah video cakap-cakap atau video travel atau video makan-makan atau video dot dot dot. Perlu ada konsep/idea penceritaan untuk setiap video yang korang hasilkan. Contohnya kitorang gunakan konsep "kekeluargaan dan diari kehidupan" untuk hasilkan video. Jadi banyak segmen la video yang kitorang hasilkan berdasarkan kehidupan seharian kitorang.

3. RAKAMAN VIDEO - korang perlu rancang rakaman video korang. Sehari sebelum shoot mesti buat draf rakaman atau skrip. Jadi bila nak rakam tak ada lah ambil masa yang panjang. Kalau korang jenis yang suka rakaman video secara rawak, tak perlu la buat draf atau skrip. Hanya perlu idea dalam otak dan rakam. Yang penting ada perancangan awal sebelum rakam apa-apa video. Contohnya kitorang rakam video tak pernah ikut draf atau skrip. Kitorang buat rakaman video secara rawak je.

4. EDITING VIDEO - korang perlu ada style video korang. Nak fast cut ke, nak letak effect ke, nak letak after effect ke. Terpulang pada citarasa korang. Apa yang penting isi video yang korang cuba kongsikan sampai pada penonton. Kalau nak nampak lebih menarik letak la lagu dan sound effect sikit. Baru la menarik untuk penonton tengok. Contohnya kitorang punya style editing adalah fast cut. Letak lagu sikit dan letak bloopers video di awal dan di akhir video. Cool kan?

5. HASIL AKHIR VIDEO - korang perlu tetapkan berapa minit video yang korang nak buat. Kalau boleh video korang berdurasi 3 minit hingga 4 minit sahaja. Kalau korang buat video lebih dari 5 minit, kebarangkalian penonton nak tengok tu kurang sebab video panjang sangat. Contohnya kitorang buat video berdurasi 2 minit hingga 3 minit saja. Sebab pendek sangat video yang kitorang buat, penonton tak puas nak tengok. Diorang siap suruh kitorang buat video banyak-banyak yang panjang sikit durasinya. (strategi tu, hehe)

6. SOSIAL MEDIA - korang perlu ada instagram, twitter, facebook page dan blog. Bila korang kongsikan video korang dekat youtube, korang kongsikan info yang sama pada laman sosial media yang korang ada ni. Jadi penyebaran video yang korang dah buat ni lebih tersebar la sebab banyak platfom yang korang kongsikan. Contohnya setiap kali kitorang upload video baru, kitorang akan kongsi dekat twitter, facebook page, instagram dan juga blog! (jangan lupa follow ya)

7. KONGSI VIDEO - Korang perlu kongsikan video yang korang upload tu setiap dua atau tiga hari. Sebab setiap kali kita kongsikan video tu, tak semua orang tengok pada hari yang sama kita kongsi. Kiranya reminder la pada sesiapa yang masih belum tengok video korang tu. Contohnya kitorang akan kongsikan video lama kalau tak ada video baru yang kitorang buat. Dari situ jumlah penonton untuk video lama pun meningkat. Keep sharing!

Ok, itu saja tips dari kitorang. Macam mana? Tak susah pun kan? Harap tips tak seberapa ni dapat membantu korang yang baru nak mula buat video blog. Buat video blog ni kena rajin sebab ia mengambil masa sehari 2 untuk disiapkan. Siapa kata nak buat video ni senang? Jeng jeng jeng.

Kalau korang ada video blog meh kongsi link dengan kitorang. InsyaAllah kitorang datang jenguk. Selamat bervideo blog!

Assalamualaikum.

Monday, 18 May 2015

Tengok Lumiere Fashion Show

Assalamualaikum.

First time kitorang pegi tengok fashion show. Terima kasih Lumiere Concept sebab jemput kitorang datang fashion show korang. Untuk pengetahuan korang, Lumiere Concept ni sebenarnya kitorang punya wedding planner masa kitorang kawen tahun lepas. So far so good kitorang berpuas hati dengan services yang diorang sediakan. Nak tengok hasil kerja diorang boleh tengok video wedding kitorang ni.


Ok, cerita pasal fashion show yang kitorang tengok. Kiranya ni adalah fashion show pertama yang diorang buat. TAHNIAH! Kiranya pencapaian yang membanggakan. Collection The Majistic and The Urban Songket ni design dia not bad, sedap mata memandang. Tak rugi la kalau korang beli sehelai dua. Hehe. Apa-apa pun, korang layan je la video kitorang pergi tengok fashion show Lumiere ni. ENJOY!


Semoga Lumiere Concept terus maju dan berjaya dimasa hadapan. Hasilkan artwork yang super cool and awesome ok. Kalau ada fashion show lagi jangan lupa jemput kitorang lagi. Sekian.

Assalamualaikum.

Thursday, 14 May 2015

Makan durian SS2 PJ

Assalamualaikum.

Rasanya semua orang memang suka makan durian kan. Kalau siapa yang tak makan tu memang dah hilang 1 nikmat dunia. Mraidil memang penggemar dan peminat buat durian. Dari awal bulan dah hint kat twitter dia cakap nak durian. Mana nak cari durian kalau tengah belum musimnya?

Haaa, tempat makan durian paling famous dekat Petaling Jaya iaitu dekat SS2. Kat situ ada 4 5 buah gerai yang menjual durian. Selalunya ada buffet makan durian. Seorang RM15 boleh la makan sampai muntah. Tapi sebab sekarang bukan musimnya, ada la juga durian tapi tak banyak pilihan durian.

Korang boleh pilih gerai mana yang korang nak pergi. Kat situ banyak jenis dan gred durian. Antara jenis durian yang ada seperti raja kunyit, tawa, D24, D88, udang merah dan lain-lain. Lain durian lain harga per kilogram.

Cerita banyak pun tak guna, jom layan video kitorang makan durian bersama adam roslan. Boleh pergi jauh ke tidak. HAHA!


Makan sekali tak puas, kena makan banyak kali. HAHA! Tapi poket kena sekepuk duit la masa nak bayar. Kitorang makan 3 biji durian. 3 biji durian kecil je pun dah 2.5 kilogram dan minum air kelapa. Jumlah keseluruahan durian dan air kelapa RM85. Harga boleh tahan, berbaloi dengan rasa durian yang sedap. Kitorang berpuas hati. TERBAIK!

Kalau korang mengidam boleh la pergi makan durian kat SS2 ni, waze saja confirm sampai. Kalau sesat juga, korang google je la eh. Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

Kamera LILY

Assalamualaikum.

Kepada penggemar kamera mesti korang akan teruja sangat-sangat dengan camera baru ni sebab super cool. Tak perlu di kawalan dari manusia. Dia ada kawalan auto. HEBAT!

Kitorang pertama kali tengok video promo pun dapat rasakan camera ni akan jadi satu benda yang hype. Memperkenalkan LILY Camera. Kamera kawalan auto di udara (suka-suka je kitorang bagi nama. Haha!) Apa-apa pun kamera LILY ni mudah dan senang untuk dikendalikan. Semudah 1, 2, 3. Tak perlu nak set up apa-apa, cuma campak LILY kat udara dan video sedia terakam. SUPER COOL!



Macam mana pula kualiti kamera LILY ni? kamera LILY ni di datangkan dengan 1080p HD video/60fps,  120fps slow mo 720p dan 12 megapixel untuk gambar pegun. Power kan? Yang paling penting benda ni water proof. Kalau tercampak dalam air memang tak perlu risau la. Berbaloi kan?

Cerita banyak pun tak guna, korang boleh tengok sendiri video kamera LILY ni berfungsi. Apa pendapat korang?

cool gila kan?

Untuk maklumat lanjut korang boleh usha website LILY atau boleh usha youtube channel LILYni. Harga pulak tak tau berapa RM. Kamera LILY ni dah boleh pre order. Jadi cepat la pergi order, pastu boleh kitorang pinjam. Hehe

Nota kaki: Kenapa nama dia LILY? Mesti kamera ni perempuan kan. hehe

Assalamualaikum.

Thursday, 7 May 2015

Expectation vs Reality hidup mrandmrsaidil

Assalamualaikum.

Dalam hidup ni, mata kita sentiasa nak lihat kesempurnaan. Kalau boleh tak nak yang ada cela sikit pun. Tapi realitinya, apa yang kita harapkan lain dari apa yang kita mahukan. Benda ni normal dalam hidup kita sebenarnya. Kita nak tunjuk yang baik je, yang tak baik kita simpan. Betul tak?

Kitorang nak share sikit life hidup kitorang expectation vs reality versi mrandmrsaidil. Adakah korang mengalami situasi yang sama? Hehe.

Bila ambil gambar. Senyum itu terlalu mainstream. Ngek~

Bila dah ready nak amek gambar, kita bergerak. Ngek~

Pose dah cun, sekali snap kau menguap. Ngek~

Bila suruh senyum dia nangis. Ngek~

Paling rare paling win. Sebelum tidur dan selepas tidur. Ngek~

Amacam? Korang lebih suka expectation atau reality? Bagi kitorang, yang reality tu la mengajar kita untuk memperbaiki diri kita supaya perbetulkan apa yang buruk. Setiap yang berlalu adalah proses pembelajaran. Kan?

Macam mana expectiation vs reality korang? Meh share dengan kitorang :)

Assalamualaikum. 

Wednesday, 6 May 2015

Panggung wayang untuk ibu bapa dan bayi

Assalamualaikum.

Berita best untuk ibu bapa yang suka tengok wayang. Menerusi laman website TGV Cinema, mereka akan memperkenalkan panggung wayang untuk ibu bapa dan para baby. Cool kan? Jadi ibu bapa yang nak tengok wayang tak perlu risau untuk bawa baby korang tengok wayang sekali. Hall movie untuk kita-kita aje (yang dah kahwin dan ada baby).

foto ikhsan TGV Cinemas

Kitorang memang suka tengok wayang, jadi nanti boleh la kitorang cuba pergi tengok wayang tu. YEAYYY! Dulu masa mrsaidil pregnant kitorang memang rajin tengok wayang. Lepas mrsaidil dah bersalin, tak pernah pergi tengok wayang sama-sama dah sebab ada thekhaleeshs kan. Dengan adanya wayang khusus untuk ibu bapa yang ada baby ni senang la kitorang dan ibu bapa lain nak enjoy tengok movie.

foto ikhsan TGV Cinemas

Bagi kitorang benda ni bagus, sebab beri kemudahan pada ibu bapa yang dah bosan duduk rumah jaga anak. Benda-benda macam ni juga boleh dikatakan aktiviti riadah bersama anak-anak. Tak de la stress jaga anak je kan. Sekali sekala layan movie, apa salahnya.

Buat masa ni, panggung ni akan dibuka hanya di TGV Cinema One Utama sahaja. Nanti kalau dah ada panggung tu boleh la korang datang dan enjoy movie kegemaran korang. Hope akan ada banyak lagi panggung wayang yang buat macam ni. Mudah sikit kitorang kitorang ni yang ada baby nak keluar menonton wayang.  

Maklumat lanjut pasal panggung wayang untuk ibu bapa dan bayi ni boleh klik sini.

Assalamualaikum.