Tuesday, 14 April 2015

Thekhaleeshs dan Huggies

Assalamualaikum.

Kalau cakap pasal lampin pakai buang ni, kat pasaran tu banyak sangat jenama. Pilih je nak yang murah atau yang mahal. Ikut keselesaan baby korang. Sesetengah baby tak boleh pakai lampin pakai buang yang biasa-biasa. Nak yang berjenama baru ok. Sebab baby kan kulit dia berbeza-beza. Jadi bila dah jadi mak bapak ni korang kena la cuba mana yang bersesuaian untuk baby korang ye.

Macam mana nak tau baby korang ok ke tak pakai sesuatu jenama lampin pakai buang tu? Mudah je, korang beli la dua tiga jenama yang korang rasa sesuai dengan baby korang. Lepas tu korang try la semua lampin pakai buang tu. Buat analisis sendiri sama ada baby korang sesuai ke tak pakai lampin pakai buang tu. Tak susah kan? Mungkin ia ambil masa dalam sebulan untuk nak tau lampin apa yang bersesuaian dengan kulit baby korang.

Untuk lampin pakai buang fayyad dan rayyan. Kitorang pada mulanya beli Mamy Poko. Beli masa baby expo, jadi dapat la harga murah. Borang 6 packs sekali harung. So far ianya ok, bagus dan sesuai dengan fayyad dan rayyan. Masalah kulit, ruam ke, tak ada. Tapi disebabkan Mamy Poko agak mahal, kitorang cuba tukar dengan jenama yang lebih murah sikit.

Jadi kitorang bertukar kepada Huggies. So far so good. Fayyad dan rayyan boleh pakai lampin pakai buang Huggies ni. Apa kebaikan lampin pakai buang Huggies ni:

  • Ada kualitinya, tahan lama juga.
  • Selesa bila di pakai (untuk fayyad dan rayyan)
  • Tak ada masalah kulit, ruam atau masalah lain. 

Stok lampin pakai buang untuk fayyad dan rayyan

Huggies ni pun bagus sebab ada banyak jenis seperti Huggies Dry, Huggies Dry Pants, Huggies Total Protection dan Huggies Ultra. Korang kena tau jenis mana yang sesuai dengan baby korang. Setiap jenis ada peranan masing-masing. Kalau nak tau kena la pergi website Huggies untuk tambah knowledge.


Jenis-jenis lampin pakai buang Huggies

Nak beli lampin pakai buang dengan harga yang murah. Tak murah sangat, tapi still murah la jugak la. Tempat ni possibility untuk dapat harga murah dari harga pasaran:

  • Beli waktu ada expo baby.
  • Beli di pasaraya (kena buat survey beberapa buat pasaraya).
  • Beli di gudang lampin pakai buang.
  • Beli waktu sale

Sebagai ibu dan bapa, korang kena peka dengan perkembangan anak-anak korang. Titik beratkan sikit hal anak-anak. Buat perbandingan bila nak beli sesuatu barang. Sebagai pengguna kita berhak buat pilihan. Kena bijak bila berbelanja. Ok? Bukan main beli je.

Jadi korang yang ada baby tu pakai lampin pakai buang jenama apa ya? Cuba kongsi sikit info korang pakai lampin pakai buang jenama apa. Boleh kita bertukar-tukar knowledge. Ok?

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment