Bila cakap pasal stroller (kereta bayi) ni, itu adalah benda pertama yang kitorang beli. Tiap kali kalau pergi baby fair, benda tu la yang kitorang survey. Bagi kitorang benda tu tersangat penting sebab kitorang akan bawa 2 baby dalam satu masa. Jadi stroller tu akan memudahkan pergerakan kitorang kalau keluar berjalan-jalan.
Kalau nak diikutkan cerita, mraidil yang beria cari stroller ya. Siap google nak cari stroller yang terbaik. Mrsaidil relax je. Sebenarnya tak banyak brand yang ada stroller untuk twin. Bakal bapa kena la peka sikit bila nak beli stroller untuk baby kembar. Antara stroller yang menjadi idaman mraidil adalah Cosatto dan Bugaboo.
Style kan stroller Bugaboo ni?
Cute gila stroller Cosatto ni
Beli stroller masa baby fair. Dapat harga murah! Hahaha. Walaupun stroller ni sedikit besar, muat-muat bonet kereta je. Tapi kitorang berpuas hati dengan stroller ni. Bukan boleh letak baby je, letak barang-barang pun boleh. Kitorang recommend korang beli stroller ni. Bukan apa, untuk memudahkan kerja korang bila keluar jalan-jalan nanti.
Ramai bagi pendapat, beli single stroller je. Senang dan jimat ruang. Tapi bagi kitorang baik beli stroller yang twin punya terus sebab kalau beli 2 stroller harga dia berapa kan. Tak kisah la beli apa-apa jenis stroller pun memang akan makan ruang dalam kereta. Tak kisah la stroller tu kecil or besar. Kan?
Jadi kepada mereka-meraka yang tengah survey nak beli stroller, korang kena ingat apa motif korang beli stroller. Kalau saja-saja nak bergaya dan menunjuk-nunjuk, baik tak payah beli. Dukung je anak tu. Senang dan tak bazir duit beli stroller. Pemilihan stroller akan memudahkan hidup korang bila dah ada baby nanti. Buat pilihan bijak semasa membeli. Beli ikut kemampuan dan kegunaan. Tak susah pun. Ok?
Korang pakai stroller jenama apa?
Assalamualaikum.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHi awak.. boleh tau x..stroller contour tu berat sgt x? Kire klo wife2 nak angkat larat x?
ReplyDelete