Thursday, 16 April 2015

Foto "baby bump" mrsaidil

Assalamualaikum.

Untuk seorang isteri, kenangan ketika mengandung adalah baby bump. Menikmati perubahan bentuk perut yang semakin besar hari demi hari, di tambah pula dengan rasa pergerakkan baby dalam perut. Boleh kata tu ada moment yang sangat ternilai yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Betul tak ibu-ibu mengandung? Kalau setuju sila tepuk tangan.

Mrsaidil beruntung sebab dapat suami yang rajin nak amek gambar ni *puji mraidil*. Ada la juga gambar kenangan dari tak ada kan? Walaupun ianya hanya sekeping gambar setiap bulan, bila dibelek-belek kembali mungkin si isteri mampu tersenyum gembira sambil berkata " rindunya nak ada baby bump". PERCAYALAH!

Jadi kitorang nak kongsikan beberapa keping gambar baby bump sepanjang mrsaidil mengandung. (walaupun ada yang gambar yang tak sempat snap).

baby bump 2 bulan

baby bump 4 bulan

baby bump 5 bulan

baby bump 6 bulan

baby bump 7 bulan


baby bump 8 bulan

Nampaknya cuma miss baby bump bulan ke 3. Mungkin masa tu kitorang busy, tak sempat nak photoshoot kaedahnya, hehehe. Nampak juga perubahan perut dan paras rupa mrsaidil. Dari kurus terus membulat dan mengembang bagaikan belon. Tapi tak pe, benda tu normal masa mengandung. Lepas bersalin boleh kurus balik. Kan?

Jadi korang semua ada tak koleksi gambar baby bump masa mengandung? Kalau tak ada, nanti kalau mengandung lagi jangan lupa suruh suami snap gambar buat kenangan ok, hehehe. Nak nampak lagi sweet, print gambar ni dan gantung kat dinding. Ada berani?

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment