Tuesday, 14 April 2015

5 idea hadiah kejutan

Assalamualaikum.

Kadang-kadang kita tak ada idea nak bagi hadiah apa untuk buat kejutan pada insan yang tersayang. Jadi kitorang nak share 5 idea hadiah kejutan untuk korang semua. Mungkin idea cliche, tapi kadang-kadang kita tak terfikir pun nak bagi hadiah ni. So jom kita check it out 5 idea hadiah kejutan dari mrandmrsaidil:


SATU : Kek atau kek cawan 
Boleh order kat mana-mana kedai kek, tapi nak rasa lebih sweet dan lebih dihargai, BUAT SENDIRI. Home made katanya. Effort buat kek tu markah dia 100%. Siapa je tak suka makan kek kan?


DUA : Sejambak bunga
Boleh beli kat kedai bunga, tapi kalau nak rasa lebih sweet dan dihargai BUAT SENDIRI jugak. Lagi banyak kuntum bunga tu, lagi tinggi perasaan suka si penerima (kalau boleh 100 kuntum ke atas). Effort gubah sendiri bunga tu markah dia 100%.

TIGA : Teddy bear
Boleh order dekat kedai atau online shop yang jual teddy bear besar. Bayar je, InsyaAllah sampai la kat depan pintu si penerima. Lagi besar bear yang kita bagi, lagi teruja si penerima. Yang ni tak boleh buat sendiri, memang kena beli. Bila dah dapat, boleh jadikan perhiasan dalam rumah.

EMPAT: Sejambak coklat
Mungkin ini idea baru, asyik dapat bunga je kan. Apa kata kita tukar sikit selera. Daripada bagi bunga kita bagi coklat. Boleh juga makan kan? Lagi banyak coklat kita bagi lagi gembira la si penerima sebab boleh makan sampai gemuk, hehe. Boleh order dekat online shop atau boleh gubah sendiri. Seperti biasa effort mengubah tu markah dia 100%. 

LIMA: Sepasu buah-buahan
Sama seperti bunga atau coklat, si penerima pasti gembira bila dapat hadiah kejutan makanan berkhasiat seperti buah-buahan ni. Sepasu buah-buahan menampakkan kita peka dengan kesihatan si penerima. Boleh order dekat online shop atau buat sendiri. Effort untuk gubahan sendiri markah dia 100%. Nice idea kan?

Haaaa, macam mana dengan 5 idea hadiah kejutan dari kitorang? Boleh diterima pakai tak? Harapnya dengan idea yang kitorang kongsi ni dapat beri korang idea untuk bagi hadiah kejutan pada insan tyang korang sayang. Tak susah pun, laburkan saja duit korang. Pasti si penerima akan  tersenyum gembira sampai ke telinga selama 7 hari 7 malam. Hehehe!

Tapi kan, dari kita beli je kat orang lain apa kata korang buat sendiri. Sebab bila kita buat sendiri, hadiah tu lebih bermakna dan lebih dihargai sikit. Kan? Mungkin mereka ni sanggup keluarkan duit untuk beli hadiah tapi tak ramai yang sanggup buat sendiri. Siapa je sanggup buat hadiah home made. Tak ramai yang sanggup buat. 

Apa-apa pun, diharap 5 idea hadiah kejutan ni boleh memberi inspirasi pada korang semua.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment