Wednesday, 29 April 2015

Kereta bayi

Assalamualaikum.

Bila cakap pasal stroller (kereta bayi) ni, itu adalah benda pertama yang kitorang beli. Tiap kali kalau pergi baby fair, benda tu la yang kitorang survey. Bagi kitorang benda tu tersangat penting sebab kitorang akan bawa 2 baby dalam satu masa. Jadi stroller tu akan memudahkan pergerakan kitorang kalau keluar berjalan-jalan.

Kalau nak diikutkan cerita, mraidil yang beria cari stroller ya. Siap google nak cari stroller yang terbaik. Mrsaidil relax je. Sebenarnya tak banyak brand yang ada stroller untuk twin. Bakal bapa kena la peka sikit bila nak beli stroller untuk baby kembar. Antara stroller yang menjadi idaman mraidil adalah Cosatto dan Bugaboo.

Mraidil suka Cosatto sebab design dia super cute and harga dia reasonable juga la. Untuk Bugaboo pula, design dia super simple dan elegant tapi harga dia RM7000+ (matilah). Boleh pengsan tau. hehe

Style kan stroller Bugaboo ni?

Cute gila stroller Cosatto ni

Disebabkan budget kitorang tak tinggi sangat untuk beli stroller, kitorang pun cari yang ikut kemampuan. Akhirnya kitorang jumpa stroller yang bersesuaian iaitu stroller jenama Contours. Stroller ni not bad sebab dia multi function. Multi function yang macam mana eh? Korang kena tengok video ni:


Beli stroller masa baby fair. Dapat harga murah! Hahaha. Walaupun stroller ni sedikit besar, muat-muat bonet kereta je. Tapi kitorang berpuas hati dengan stroller ni. Bukan boleh letak baby je, letak barang-barang pun boleh. Kitorang recommend korang beli stroller ni. Bukan apa, untuk memudahkan kerja korang bila keluar jalan-jalan nanti.

Ramai bagi pendapat, beli single stroller je. Senang dan jimat ruang. Tapi bagi kitorang baik beli stroller yang twin punya terus sebab kalau beli 2 stroller harga dia berapa kan. Tak kisah la beli apa-apa jenis stroller pun memang akan makan ruang dalam kereta. Tak kisah la stroller tu kecil or besar. Kan?

Jadi kepada mereka-meraka yang tengah survey nak beli stroller, korang kena ingat apa motif korang beli stroller. Kalau saja-saja nak bergaya dan menunjuk-nunjuk, baik tak payah beli. Dukung je anak tu. Senang dan tak bazir duit beli stroller. Pemilihan stroller akan memudahkan hidup korang bila dah ada baby nanti. Buat pilihan bijak semasa membeli. Beli ikut kemampuan dan kegunaan. Tak susah pun. Ok?

Korang pakai stroller jenama apa?

Assalamualaikum.

Thursday, 16 April 2015

Foto "baby bump" mrsaidil

Assalamualaikum.

Untuk seorang isteri, kenangan ketika mengandung adalah baby bump. Menikmati perubahan bentuk perut yang semakin besar hari demi hari, di tambah pula dengan rasa pergerakkan baby dalam perut. Boleh kata tu ada moment yang sangat ternilai yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Betul tak ibu-ibu mengandung? Kalau setuju sila tepuk tangan.

Mrsaidil beruntung sebab dapat suami yang rajin nak amek gambar ni *puji mraidil*. Ada la juga gambar kenangan dari tak ada kan? Walaupun ianya hanya sekeping gambar setiap bulan, bila dibelek-belek kembali mungkin si isteri mampu tersenyum gembira sambil berkata " rindunya nak ada baby bump". PERCAYALAH!

Jadi kitorang nak kongsikan beberapa keping gambar baby bump sepanjang mrsaidil mengandung. (walaupun ada yang gambar yang tak sempat snap).

baby bump 2 bulan

baby bump 4 bulan

baby bump 5 bulan

baby bump 6 bulan

baby bump 7 bulan


baby bump 8 bulan

Nampaknya cuma miss baby bump bulan ke 3. Mungkin masa tu kitorang busy, tak sempat nak photoshoot kaedahnya, hehehe. Nampak juga perubahan perut dan paras rupa mrsaidil. Dari kurus terus membulat dan mengembang bagaikan belon. Tapi tak pe, benda tu normal masa mengandung. Lepas bersalin boleh kurus balik. Kan?

Jadi korang semua ada tak koleksi gambar baby bump masa mengandung? Kalau tak ada, nanti kalau mengandung lagi jangan lupa suruh suami snap gambar buat kenangan ok, hehehe. Nak nampak lagi sweet, print gambar ni dan gantung kat dinding. Ada berani?

Assalamualaikum.

Wednesday, 15 April 2015

8 menu mudah menggunakan Nutella

Assalamualaikum.

Siapa kat sini penggemar Nutella? Kitorang rasa korang semua mesti suka makan Nutella kan. Nutella ni boleh dimakan dengan apa je, ikut tekak masing-masing. Tapi tahukan korang dengan Nutella tu juga macam-macam jenis menu kita boleh pelbagaikan. Kena kreatif dan berani mencuba je la untuk buat. Tak cuba mana kita nak tahu kan?

Jadi kitorang nak share dengan korang 8 menu mudah menggunakan Nutella. Check it out!









Menu mana yang korang berkenan? Tak susah pun kan nak buat. Kena rajin sikit la masuk dapur. Kasi dapur tu berasap sekali sekala. Pokoknya, jangan malas untuk mencuba. Hahaha! Resipi penuh ada disini. Apa-apa pun selamat mencuba menu mudah menggunakan Nutella.

Assalamualaikum. 

Tuesday, 14 April 2015

5 idea hadiah kejutan

Assalamualaikum.

Kadang-kadang kita tak ada idea nak bagi hadiah apa untuk buat kejutan pada insan yang tersayang. Jadi kitorang nak share 5 idea hadiah kejutan untuk korang semua. Mungkin idea cliche, tapi kadang-kadang kita tak terfikir pun nak bagi hadiah ni. So jom kita check it out 5 idea hadiah kejutan dari mrandmrsaidil:


SATU : Kek atau kek cawan 
Boleh order kat mana-mana kedai kek, tapi nak rasa lebih sweet dan lebih dihargai, BUAT SENDIRI. Home made katanya. Effort buat kek tu markah dia 100%. Siapa je tak suka makan kek kan?


DUA : Sejambak bunga
Boleh beli kat kedai bunga, tapi kalau nak rasa lebih sweet dan dihargai BUAT SENDIRI jugak. Lagi banyak kuntum bunga tu, lagi tinggi perasaan suka si penerima (kalau boleh 100 kuntum ke atas). Effort gubah sendiri bunga tu markah dia 100%.

TIGA : Teddy bear
Boleh order dekat kedai atau online shop yang jual teddy bear besar. Bayar je, InsyaAllah sampai la kat depan pintu si penerima. Lagi besar bear yang kita bagi, lagi teruja si penerima. Yang ni tak boleh buat sendiri, memang kena beli. Bila dah dapat, boleh jadikan perhiasan dalam rumah.

EMPAT: Sejambak coklat
Mungkin ini idea baru, asyik dapat bunga je kan. Apa kata kita tukar sikit selera. Daripada bagi bunga kita bagi coklat. Boleh juga makan kan? Lagi banyak coklat kita bagi lagi gembira la si penerima sebab boleh makan sampai gemuk, hehe. Boleh order dekat online shop atau boleh gubah sendiri. Seperti biasa effort mengubah tu markah dia 100%. 

LIMA: Sepasu buah-buahan
Sama seperti bunga atau coklat, si penerima pasti gembira bila dapat hadiah kejutan makanan berkhasiat seperti buah-buahan ni. Sepasu buah-buahan menampakkan kita peka dengan kesihatan si penerima. Boleh order dekat online shop atau buat sendiri. Effort untuk gubahan sendiri markah dia 100%. Nice idea kan?

Haaaa, macam mana dengan 5 idea hadiah kejutan dari kitorang? Boleh diterima pakai tak? Harapnya dengan idea yang kitorang kongsi ni dapat beri korang idea untuk bagi hadiah kejutan pada insan tyang korang sayang. Tak susah pun, laburkan saja duit korang. Pasti si penerima akan  tersenyum gembira sampai ke telinga selama 7 hari 7 malam. Hehehe!

Tapi kan, dari kita beli je kat orang lain apa kata korang buat sendiri. Sebab bila kita buat sendiri, hadiah tu lebih bermakna dan lebih dihargai sikit. Kan? Mungkin mereka ni sanggup keluarkan duit untuk beli hadiah tapi tak ramai yang sanggup buat sendiri. Siapa je sanggup buat hadiah home made. Tak ramai yang sanggup buat. 

Apa-apa pun, diharap 5 idea hadiah kejutan ni boleh memberi inspirasi pada korang semua.

Assalamualaikum.

Thekhaleeshs dan Huggies

Assalamualaikum.

Kalau cakap pasal lampin pakai buang ni, kat pasaran tu banyak sangat jenama. Pilih je nak yang murah atau yang mahal. Ikut keselesaan baby korang. Sesetengah baby tak boleh pakai lampin pakai buang yang biasa-biasa. Nak yang berjenama baru ok. Sebab baby kan kulit dia berbeza-beza. Jadi bila dah jadi mak bapak ni korang kena la cuba mana yang bersesuaian untuk baby korang ye.

Macam mana nak tau baby korang ok ke tak pakai sesuatu jenama lampin pakai buang tu? Mudah je, korang beli la dua tiga jenama yang korang rasa sesuai dengan baby korang. Lepas tu korang try la semua lampin pakai buang tu. Buat analisis sendiri sama ada baby korang sesuai ke tak pakai lampin pakai buang tu. Tak susah kan? Mungkin ia ambil masa dalam sebulan untuk nak tau lampin apa yang bersesuaian dengan kulit baby korang.

Untuk lampin pakai buang fayyad dan rayyan. Kitorang pada mulanya beli Mamy Poko. Beli masa baby expo, jadi dapat la harga murah. Borang 6 packs sekali harung. So far ianya ok, bagus dan sesuai dengan fayyad dan rayyan. Masalah kulit, ruam ke, tak ada. Tapi disebabkan Mamy Poko agak mahal, kitorang cuba tukar dengan jenama yang lebih murah sikit.

Jadi kitorang bertukar kepada Huggies. So far so good. Fayyad dan rayyan boleh pakai lampin pakai buang Huggies ni. Apa kebaikan lampin pakai buang Huggies ni:

  • Ada kualitinya, tahan lama juga.
  • Selesa bila di pakai (untuk fayyad dan rayyan)
  • Tak ada masalah kulit, ruam atau masalah lain. 

Stok lampin pakai buang untuk fayyad dan rayyan

Huggies ni pun bagus sebab ada banyak jenis seperti Huggies Dry, Huggies Dry Pants, Huggies Total Protection dan Huggies Ultra. Korang kena tau jenis mana yang sesuai dengan baby korang. Setiap jenis ada peranan masing-masing. Kalau nak tau kena la pergi website Huggies untuk tambah knowledge.


Jenis-jenis lampin pakai buang Huggies

Nak beli lampin pakai buang dengan harga yang murah. Tak murah sangat, tapi still murah la jugak la. Tempat ni possibility untuk dapat harga murah dari harga pasaran:

  • Beli waktu ada expo baby.
  • Beli di pasaraya (kena buat survey beberapa buat pasaraya).
  • Beli di gudang lampin pakai buang.
  • Beli waktu sale

Sebagai ibu dan bapa, korang kena peka dengan perkembangan anak-anak korang. Titik beratkan sikit hal anak-anak. Buat perbandingan bila nak beli sesuatu barang. Sebagai pengguna kita berhak buat pilihan. Kena bijak bila berbelanja. Ok? Bukan main beli je.

Jadi korang yang ada baby tu pakai lampin pakai buang jenama apa ya? Cuba kongsi sikit info korang pakai lampin pakai buang jenama apa. Boleh kita bertukar-tukar knowledge. Ok?

Assalamualaikum.

Monday, 13 April 2015

Bila rayyan pose masa tidur

Assalamualaikum.

Entry bulan lepas kitorang kongsi gambar fayyad pose masa tidur. Untuk bulan ni pula, kitorang kongsi pula gambar rayyan pose tidur. Rupa-rupanya si rayyan ni pun kuat pose juga bila tidur. dua kali lima macam si fayyad, perangai masing-masing sama. Nama pun dah kembar kan. Hehe

Tapi si rayyan ni segan-segan jugak nak pose masa tidur. Adik manja katakan, so dia behave sikit. Apa-apa pun jom kita layan pula pose rayyan masa tidur. Enjoy the photos!

Pose tidur malu malu manja

Pose tidur opss terhisap puting

Pose tidur bajet model

Pose tidur dapat pahala

Pose tidur ntah pape

Pose tidur nak terbang

Pose tidur senyum dalam iman

Pose tidur yeayyy!

Haaaa, comel kan? kan? kan? Boleh kancing gigi tau sebab geram nak gomol kecomelan si rayyan ni. Sebaik tak boleh makan , kalau tak boleh dah buat goreng tepung. Hahaha! Korang rasa mana pose yang paling comel? Meh pilih dan bagi tau kitorang ok.

Assalamualaikum.

Friday, 10 April 2015

Samsung GALAXY S6 dan S6 Edge | #FirstS6

Assalamualaikum.

Kitorang nak share sikit info pasal Samsung S6 dan S6 Edge. Apa yang best pasal handphone ni? Korang boleh klik sini untuk maklumat lebih lanjut. Yang suka tukar-tukar handphone untuk nampak up to date, korang kena dapatkan handphone ni.

warna biru topaz tu sangat mengancam

Ini adalah ringkasan info yang korang perlu tahu untuk dapatkan handphone yang awesome ni dari Celcom (#FirstS6):
  1. Dah boleh pre-order dekat First by Celcom.
  2. Deposit pre-order dengan First by Celcom serendah RM200 je.
  3. Boleh pre-order dekat mana-mana outlet Celcom yang terpilih.
  4. 600 pelanggan pertama berpeluang dapatkan Samsung GALAXY Tab V3 secara PERCUMA
  5. Boleh dapatkan #FirstS6 ni dengan warna Biru Topaz hanya dekat Celcom.
  6. Info lanjut klik sini
Tak susah kan nak dapatkan handphone ni? Dapatkan sebelum terlambat. Kalau korang baik hati boleh la belanja kitorang satu. Kitorang suka sangat benda-benda free ni. Hahaha!

Assalamualaikum.


Thursday, 9 April 2015

10 menu mudah nak jadi tukang masak

Assalamualaikum.

Kitorang jumpa menu mudah ni dekat internet. Jadi kitorang nak share dengan korang semua. Mungkin korang penah tengok atau pernah masak menu mudah yang kitorang nak share ni. Sebenarnya banyak lagi menu mudah yang boleh korang jumpa dekat internet tu. Google je, pasti jumpa.

Kitorang rasa menu dia memang mudah dan boleh buat sendiri kat rumah. Tak cuba mana kita nak tau kan? Jom kita tengok menu mudah mana yang korang suka.

Menu 1

Menu 2

 Menu 3

 Menu 4

Menu 5

Menu 6

Menu 7

 Menu 8

Menu 9

Menu 10

Tak susah pun kan? Menu mudah mana yang best? Jangan jadi pemalas, kalau kita tak cuba nak masak, bila lagi nak mula kan? Dengan adanya menu mudah ni, jadikan ia permulaan untuk korang belajar masak. Ok, kalau korang dah cuba masak jangan lupa tag kitorang ok. 

Selamat mencuba!

Assalamualikum.

Wednesday, 8 April 2015

#soalanpanas 02

Assalamualaikum.

Akhirnya lepas 3 minggu kitorang menyepi tanpa sebarang video. Kitorang kembali dengan video baru.  YEAYYY! Ada je masa yang terluang kitorang terus amek telefon dan rakam video untuk korang semua. Memang rindu bila tak update video baru kan.

Untuk video kali ni, sambungan video soal jawab dengan kitorang. Apa-apa soalan yang diberi kitorang akan jawab seikhlas mungkin. Jadi jom kita layan video baru kitorang ni.


Terima kasih pada semua yang berikan soalan. Kitorang hargai sangat kat korang sebab melayan kitorang dan keep update pasal kehidupan kitorang yang hambar ni. Kalau korang tak ada, kitorang macam berinteraksi dengan spenda basah je.

InsyaAllah kitorang akan terus update lagi video #soalanpanas untuk episod yang seterusnya. Yang penting jangan boring nak tengok video hambar kitorang ok?

Assalamualaikum.

Monday, 6 April 2015

Khaleeshsticon

Assalamualaikum.

Akhirnya #thekhaleeshs dah ada instagram. Sebab babah didil rajin nak upload, maka wujudlah instagram #thekhaleeshs tu. Motif sangat nak ikut perkembangan semasa kaedahnya. Tapi instagram ni fokus pada pembuatan meme versi hambar. Maksudnya meme yang dibuat akan berlatar belakangkan #thekhaleeshs.

Masih tak faham? Kalau tak faham korang follow je la instagram @thekhaleeshs. Nanti korang faham la apa itu meme. Gambar #thekhaleeshs versi comel dan hensem akan terus dimuat naik di instagram @mrandmrsaidil. Intagram @thekhaleeshs akan fokus pada gambar meme 100%. Meme dari #thekhaleeshs kitorang gelarankan khaleeshsticon. Wahhh gitu uols~

Follow instagram @thekhaleeshs

Jangan lupa follow ok? Kitorang akan cuba hiburkan korang dengan kecomelan #thekhaleeshs berserta caption yang awesome untuk jadikan meme yang terbaik. Cewahhh!Itu saja entry untuk kali ni. Bila ntah kitorang nak rajin buat video ni. Hehe

Assalamualaikum.