Friday, 6 March 2015

Buat MyKid mrandmrsaidilkids

Assalamualaikum.

Kali ni kitorang nak share macam mana nak buat mykid untuk anak korang. Untuk bakal bapa atau sesiapa saja yang nak tau, mungkin sedikit panduan ni dapat membantu korang semua bila nak buat mykid nanti.

Benda pertama yang korang kena buat adalah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kedua, korang kena bawa borang permohonan mykid (JPN.MYKID01) yang telah siap di isi dengan lengkap.  Contoh macam gambar kat bawah ni:

borang permohonan mykid (JPN.MYKID01)

Ketiga, bawa dokumen sokongan macam salinan asal sijil kelahiran anak dan salinan asal ic pemohon. Jangan lupa bawa salianan fotokopi ic (kalau daftar 2 orang anak, kena buat 2 salinan la). Bila dah ada semua dokumen ni, boleh la terus pergi ke kaunter JPN tu untuk buat pendaftaran. Pang pung pang pung pang dalam 5 minit macam tu siap la. Dah boleh balik. Sebelum balik nanti dia bagi satu slip kertas notis kutipan mykid.

slip notis kutipan mykid

Mykid akan siap selepas 45 hari bekerja. Lepas 45 hari bekerja baru la korang boleh semak status mykid tu dah siap ke belum. Kalau dah siap boleh la amek dekat JPN. Kalau nak amek mykid tu nanti kena bawa slip notis kutipan mykid, ic pemohon dan sijil kelahiran asal kanak-kanak. Ok?

Senang je kan nak buat mykid ni? Kalau tak faham juga, korang pergi je kat JPN tu dan terus pergi kaunter untuk tanya macam mana nak buat. Kat situ mungkin dia akan bagi tau cara yang lebih terperinci, hehe. Baiklah, itu saja untuk kali ni. Harap entry ni dapat beri informasi kat korang semua.

Assalamualaikum.

3 comments:

  1. Assalamualaikum , Hari tu Sy mendaftar Lewat Pembuatan Sijil Lahir Budak Sy , Sebab Sy Kerja Luar negeri , Sy dah settle sijil lahir Tu , Tapi JPN sertakan Nota Untuk ke Mahkamah , Untuk pembuatan Mykid sebab Daftar lewat , Smpai Sekarang Sy belum Buat Mykid Budak Sy , sebab Sy tdk faham Mengapa Mahkamah Yg mereka Syorkan Keluarkn mykid ?? Dengan Sertakan Saksi dua Org ... Boleh kh sy Tdk pergi ke mahkamah , Terus ke JPN sja Buat mykid ???

    ReplyDelete
  2. Kalau Slip Tu hilang macam mana? Bawak surat beranak saja ka ?

    ReplyDelete