Monday, 30 March 2015

Food Review with mrandmrsaidil

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan korang, kitorang ni sebenarnya memang suka makan. Sebab kitorang suka makan dan suka buat video, kitorang macam nak buka slot untuk buat food review. Lagi 2 bulankan nak puasa. Mesti ada kedai makan, restoran atau hotel nak buat food review. Jadi inilah masanya untuk kitorang tolong rasa, makan dan kasi komen dekat makanan korang tu.

Kenapa kitorang nak buat food review ni? Sebab kitorang nak tolong korang promote makanan yang  korang ada. Lepas tu kitorang nak mempopularkan lagi blog dan youtube channel kitorang. Kiranya win win situasion la kan. Review akan dibuat dalam 2 bentuk iaitu dalam blog (mrandmrsaidil.blogspot.com) dan juga video (youtube.com/mrandmrsaidil). Cool kan?

Hubungi mraidil 017.725.2087 atau email ke mrandmrsaidil@gmail.com

Jadi kepada seseiapa yang terbaca, ada kenalan atau kedai makan, restoran dan hotel yang nak suruh kitorang review makanan, jangan segan silu untuk hubungi kitorang. InsyaAllah kitorang akan buat sehabis baik. Kitorang tak kisah la ada ke tak yang sudi jemput kitorang, tapi ini adalah satu niat murni kitorang untuk lebih dekat dengan korang. Cewah!

Jangan lupa call ok :)

Assalamualaikum.

***nota kaki: jangan salah faham, entry ni bukan nak meminta-minta ya. harap maklum.

Tuesday, 24 March 2015

Gambar dan video #resepsiaidilmeera

Assalamualaikum.

Hari ni genap 10 bulan kitorang kahwin. YEAYYY! *campak kuntuman bunga dan pasang bunga api* Bulan lepan punya anniversary kitorang share gambar masa #weddingaidilmeera. Bulan ni punya anniversary kitorang nak share pula gambar sekitar majlis #resepsiaidilmeera yang berlangsung di Kampung Jenjarom (belah lelaki). Seperti biasa, siap sedia untuk rasa jadi pengantin baru lagi. Hehehe.


















Nota kaki: photo oleh haniffhazim

Haaaa, rasa nak kahwin tak? Hahaha. Macam biasa ni first time kitorang upload #resepsiaidilmeera dengan kadar yang banyak. Sangat exclusive ok, ada dalam blog ni je. Apa-apa pun terima kasih pada semua yang datang masa #resepsiaidilmeera tahun lepas. Yang tak puas tengok gambar, ada juga video yang mraidil edit style vlogger. Enjoy the video!


Sekali lagi, selamat ulang tahun perkahwinan buat kitorang yang ke 10 bulan. YEAYYY! Doakan perkahwinan kitorang berkekalan selamanya hingga ke syurga, amin.

Ok dah itu saja.

Assalamualaikum.

Monday, 23 March 2015

Bila fayyad pose masa tidur

Assalamualaikum.

Apabila seorang bayi tidur, dia akan kelihatan tersangat comel secara automatik. Korang akan rasa geram teramat macam nak gomol muka dia sampai lunyai macam belacan. Itu la apa yang kitorang alami bila tengok fayyad tidur.

Untuk kali ni kitorang nak kongsi sedikit gambar fayyad tidur. Fayyad ni memang paling suka pose masa tidur. Dia tau akan ada orang ambil gambar masa tidur, tu dia keluar segala pose. LOL. Enjoy the photos!

Pose tidur pipi gebu menggoda

Pose tidur malas

Pose tidur separuh sexy

Pose paling sexy mengoda

Pose tidur ready nak tumbuk

Pose tidur bajet ayu

Pose tidur tengah berfikir

Pose tidur hambar kiri

 Pose tidur hambar kanan

pose tidur yeayyy!

Haaaa, comel ke tak? Kitorang kalau boleh nak tumbuk-tumbuk je pipi fayyad ni. Tapi tak sampai hati sebab comel sangat. Si rayyan tak macam si fayyad ni. Rayyan relax je kalau tidur. Paling sopan paling tertib. Hahaha! Next time kitorang snap gambar rayyan tidur pulak. Korang rasa pose mana yang paling comel hingg langit ke tujuh? Meh pilih dan bagi tau kitorang ok.

Assalamualaikum.

Friday, 20 March 2015

Ada Isteri vs Tak Ada Isteri

Assalamualaikum.

Seorang suami sebenarnya tak boleh hidup sorang-sorang dekat rumah. Nanti rumah akan jadi tongkang pecah. Rasanya tak semua macam tu, tapi hakikatnya ada la segelintir suami yang tak berapa pandai nak menguruskan rumah sangat sebab terlalu mengharap ada isteri yang akan membantu.

Well, sepanjang mrsaidil berpantang dekat Melaka mraidil duduk rumah sorang-sorang kat KL. Terpaksa berjauhan sekejap sebab isnin hingga jumaat kerja. Balik Melaka bila hujung minggu untuk tengok Fayyad dan Rayyan. Bila mraidil duduk rumah sorang-sorang macam kera sumbang. Jadi macam ni la keadaan rumah bila tak ada mrsaidil:

Balik kerja mraidil main campak je kasut tu. Like a king, kau hado?

 Lepas masak atau makan, mraidil memang suka longgok pinggan dalam sinki. Hensem sangat perangai tu.

Balik kerja main letak je beg dan segala barang atas meja makan. Ye la meja makan tak guna sebab tak orang masak kat rumah. *Krik krik krik*

Part paling best, bangun tidur terus masuk bilik air dan mandi. Katil tu macam invisible je.

So true kan? Sebenarnya suami isteri kena amek insiatif sendiri untuk jadi pengemas. Tak perlu bergantung harap semasa sendiri. Kalau berat tulang tu, memang akan bersepah la rumah tu. Ringan-ringankan la sikit tulang untuk jadi pengemas. Tak susah pun, kena tahan sikit dan ada usaha untuk kenal apa itu erti kemas. 

Expectation vs reality sebelum kahwin dan selepas kahwin. Adakah korang mengalami situasai yang sama? Hahaha. Jom kongsikan dengan kitorang. Sama ke tidak? Ke korang tak kisah sebab ada pembantu rumah, hehehe.

Assalamualaikum.

Wednesday, 18 March 2015

Hari lahir mrsaidil

Assalamualaikum.

14 Mac 2015 yang lepas adalah hari lahir mrsaidil yang ke 28. YE! Mrsaidil dah 28 tahun ya. Alhamdulillah mrsaidil masih lagi bernafas dan dipanjangkan umur. Syukur! Sempena hari lahir yang ke 28 tu, mraidil memang seorang yang rajin dan kedekut. Jadi sebab nak jimat punya pasal, mraidil buat hadiah sendiri untuk mrsaidil. HAHAHA! *oh my god, so sweet mraidil ni*

Tak ada apa pun yang best, cuma sejambak coklat hasil tangan buatan seorang suami. Mana nak dapat kan? Kalau dapat pun masa hari-hari istimewa je. Apa-apa pun jom tengok video disebalik tabir pembuatan hadiah untuk mrsaidil.

Subscribe youtube channel mrandmrsaidil

Kepada semua pembaca, sebenarnya tak susah untuk jadi sweet atau acah-acah sweet. Cuma kena ada usaha lebih sikit untuk gembirakan orang yang kita sayang. Betulkan? Tak kisah la hasilnya senget benget atau kurang cantik, tapi usaha nak buat tu lagi tinggi nilainya. Percayalah! *pasang lagu Siti Nurhaliza*

Oh ya, sebelum tamatkan penulisan kali ni kitorang nak promote sikit. Mraidil ada buat business gubah-gubah hantaran perkahwinan ni. Kalau korang nak mencari atau nak kahwin atau nak bertunang ke, boleh la usha instagram @artouchbyaidildbahri. Semua bunga segar ya. InsyaAllah harga berpatutan mengikut budget korang. 

Follow instagram @artouchbyaidildbahri

Sekali lagi, selamat hari lahir mraidil yang ke 28! Kalau korang nak ucap selamat hari lahir dekat mrsaidil, boleh komen dekat ruangan komen yang disediakan (walaupun dah lepas). Jumpa lagi hari lahir tahun depan, InsyaAllah :)

Assalamualaikum.

Friday, 13 March 2015

Rakam dan sunting

Assalamualaikum.

Ramai yang tanya kitorang "rakam video pakai apa? edit video pakai apa?". Untuk entry kali ni kitorang akan jawab soalan korang tu. Lepas ni jangan tanya lagi ok. Hehe.

SOALAN 1: "Rakam video pakai apa?". Kebanyakkan video yang kitorang buat, kitorang rakam guna 2 gadjet iaitu kamera nikon D7000 dan handphone HTC Desire Eye. (kadang-kadang je pakai GoPro *tu pun pinjam orang punya*).

Nikon D7000

HTC Desire Eye

Kalau rakam-rakam dekat rumah kitorang prefer guna kamera nikon D7000. Dan kalau rakam-rakam dekat luar kitorang prefer pakai handphone HTC Desire Eye.

Kalau cerita bab kualiti, kamera nikon D7000 tu memang terbaik sebab 16.2 megapixel dan yang penting full HD. Handphone HTC Desire Eye pula senang nak dibawah kemana-mana dan tak berat macam dslr. Boleh masuk poket dan boleh rakam bila-bila masa. Handphone ni quite interesting sebab kamera depan belakang 13 megapixel dan full HD juga. Apa-apa pun kualiti kedua-dua gadjet ni sangat puas hati. TERBAIK!

SOALAN 2: "Edit video pakai apa?". Kitorang edit video pakai Adobe Premiere Pro CS6.

Layout Adobe Premiere Pro

Software ni bagi kitorang senang nak guna sebab tarik-tarik je video yang korang nak tu, pastu bubuh sound. siap! Kitorang punya video pun semua simple editing. Tak ada yang bombastik. Grafik pun tak dak, hehe.

Jadi korang dah tau jawapan kepada soalan-soalan korang tu. Sebenarnya tak kisah nak guna apa-apa jenis kamera pun. Janji korang dapat rakam moment yang korang nak tu. Nak kongsi tips pasal kamera kitorang pun tak pandai sangat, sebab kitorang pun main balun je bila buat video ni. Haha! Korang rakam dan edit guna apa? Boleh kitorang tau?

Ok lah, itu saja entry untuk kali ni.

Assalamualaikum.

Monday, 9 March 2015

Bila ambil gambar

Assalamualaikum.

Haaa, gambar sebenarnya benda yang paling berharga yang boleh kita simpan sampai kita tua. Bila teringat or nak flash back benda yang dah lepas, boleh la rujuk balik tengok gambar yang kita pernah snap. Susah tau nak ambil gambar baby ni. Lagi lagi bila ada 2 orang. Kena banyak bersabar la.

Video baru ni kitorang cuba rakam gelagat fayyad dan rayyan bila kitorang paksa amek gambar berdua. Kadang-kadang rasa comel pun ada, rasa kesian pun ada sebab kena paksa. Haha! jahat betul babah and mommy buli fayyad dan rayyan. Jom layan video baru kitorang:


Harap bila dah besar nanti si fayyad dan rayyan malu tengok video sendiri. Haha! By the way, agaknya muka fayyad dan rayyan ni ikut muka siap eh? Muka mraidil or muka mrsaidil? Heee :)

Assalamualaikum.

Pemenang #mrandmrsaidilgiveaway

Assalamualaikum.

Selepas seminggu kami meneliti kesemua peserta (macam ramai je) yang join giveaway yang kitorang buat, kitorang dah pun pilih pemenangnya. Siapa yang join tu, terima kasih banyak-banyak. Hadiah ada satu je. Yang tak menang tu, orang bukan kalah, korang pemenang juga. Cuma yang dapat hadiah tu mungkin dia ada kreatif lebih sikit dari korang semua. Jangan sedih ok pada yang tak dapat hadiah. Apa-apa pun kitorang sangat-sangat berterima kasih pada semua yang join. We loves uols!


TAHNIAH buat pemilik laman instagram @patenrazali sebab join giveaway ni dan anda telah berjaya mencuit hati kitorang dengan dia dialog yang kreatif. TAHNIAH sekali lagi! Hooey! (effect bunga api meletop-letop). Kitorang akan contact pemenang untuk ambil details dan saiz baju untuk proses penghantaran. TAHNIAH!

Kepada semua, rajin-rajin la follow kitorang punya update. InsyaAllah kitorang akan bagi lagi giveaway yang lain. Doa-doa la kitorang kaya, mana tau hadiah giveaway akan datang dapat kereta ke, hehehe! Terima kasih sekali lagi kepada semua yang join! 

Assalamualaikum.

Friday, 6 March 2015

Buat MyKid mrandmrsaidilkids

Assalamualaikum.

Kali ni kitorang nak share macam mana nak buat mykid untuk anak korang. Untuk bakal bapa atau sesiapa saja yang nak tau, mungkin sedikit panduan ni dapat membantu korang semua bila nak buat mykid nanti.

Benda pertama yang korang kena buat adalah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kedua, korang kena bawa borang permohonan mykid (JPN.MYKID01) yang telah siap di isi dengan lengkap.  Contoh macam gambar kat bawah ni:

borang permohonan mykid (JPN.MYKID01)

Ketiga, bawa dokumen sokongan macam salinan asal sijil kelahiran anak dan salinan asal ic pemohon. Jangan lupa bawa salianan fotokopi ic (kalau daftar 2 orang anak, kena buat 2 salinan la). Bila dah ada semua dokumen ni, boleh la terus pergi ke kaunter JPN tu untuk buat pendaftaran. Pang pung pang pung pang dalam 5 minit macam tu siap la. Dah boleh balik. Sebelum balik nanti dia bagi satu slip kertas notis kutipan mykid.

slip notis kutipan mykid

Mykid akan siap selepas 45 hari bekerja. Lepas 45 hari bekerja baru la korang boleh semak status mykid tu dah siap ke belum. Kalau dah siap boleh la amek dekat JPN. Kalau nak amek mykid tu nanti kena bawa slip notis kutipan mykid, ic pemohon dan sijil kelahiran asal kanak-kanak. Ok?

Senang je kan nak buat mykid ni? Kalau tak faham juga, korang pergi je kat JPN tu dan terus pergi kaunter untuk tanya macam mana nak buat. Kat situ mungkin dia akan bagi tau cara yang lebih terperinci, hehe. Baiklah, itu saja untuk kali ni. Harap entry ni dapat beri informasi kat korang semua.

Assalamualaikum.

Thursday, 5 March 2015

Jalan-jalan Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum.

Saja nak share pengalaman kitorang masa pergi Kota Kinabalu (KK) tempoh hari (tahun lepas). Masa tu kiranya tengah mood honeymoon lagi la. Mraidil dah banyak kali pergi Sabah, tapi mrsaidil tak pernah pergi Sabah. Jadi pengalaman baru la buat mrsaidil menjejakkan kaki ke Sabah.

Bila cakap pasal KK Sabah ni, ada 2 benda je yang orang akan selalu sebut. Satu, pergi pulau/pantai. Dua, makan seafood. Tu kiranya benda wajib yang korang kena buat la bila sampai KK. Tapi sebenarnya banyak je tempat lain dan benda yang boleh korang buat, pergi dan melawati bila ada kat KK.

Masa kitorang pergi KK tu, ni adalah aktiviti yang kitorang buat dan pergi (yang sempat je lah sebab pergi 4 hari 3 malam je):

1. Rumah Terbalik (dekat daerah Tamparuli) - Perjalanan dari bandar KK mengambil masa lebih kurang 30-45 minit. Kat situ boleh la korang tengok sebuah rumah yang di terbalikkan dan semua barang dalam tu terbalik (RECOMMENDED).


Video pergi Rumah Terbalik (budget RM10-local, RM18-international)

2. Gaya Street (dekat tengah bandar) - Kalau korang duduk hotel dekat bandar KK, boleh pergi jalan kaki je. Dibuka setiap hari ahad dari jam 7 pagi sampai 12 tengahari camtu. Apa yang ada kat situ? Macam-macam benda ada dari cenderahati, mutiara, makanan, ikan, ayam, hamster, semua ada! (RECOMMENDED)


Video pergi Gaya Street (budget ikut suka, maybe RM100 - RM150)

3. Makan Seafood (Seri Selera Kampung Air) - Dekat sini banyak gerai yang jual seafood. Jadi kena pilih la nak pergi yang mana satu. Sebenarnya ada lagi tempat lain selain dekat Seri Selera Kampung Air ni macam dekat Pasar Filipin, Ganyang Seafood dan lain-lain. Just choose the best! (RECOMMENDED)

Video makan seafood (budget lingkungan RM100-RM150)

4. Makan Lokan Bakar & Puding Kelapa (dekat daerah Sipanggar) - Tempat dia dekat dengan Politiknik KK atau UiTM KK (kalau tak silap la). Kalau datang dari bandar KK perjalanan mengambil masa 20 hingga 35 minit. Lokan bakar ni memang sedap gila! Lokan ni spesis kerang juga kot, haha! Tapi serius sedap. Kena pulak puding kelapa sejuk yang ada dalam kelapa! Memang terbaik! Memang terangkat! (RECOMMENDED)

Video makan lokan bakar & puding kelapa (budget lingkungan RM30 - RM50)

Tu je benda yang sempat kitorang buat dan sempat pergi masa ada kat KK. Ada lagi banyak tempat menarik yang boleh korang pergi. Ini antara tempat yang menarik dan boleh korang lawati:
  1. Gunung Kinabalu
  2. Tunku Abdul Rahman Park (Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, Pulau gaya)
  3. Pantai Tanjung Aru
  4. Monsopiad Cultural Village
  5. Poring Hot Spring, Kinabalu Park
  6. Klias River Cruise
  7. Muzium Sabah
  8. North Borneo Steam Train
  9. The Green Connection
Yang penting bila korang nak bercuti ke KK Sabah ni atau pergi mana-mana sekali pun, kena rancang perjalanan korang. Kalau nak pergi semua list yang kitorang bagi ni sekurang-kurangnya kena habiskan masa selama 7 hari. Yang penting duit tu kena ada dalam poket la. 

Cakap pasal budget, kitorang beli tiket flight dan hotel guna Airasiago. Masa tu dapat harga RM600+.  Lepas tu budget makan minum, shopping around RM600. Jadi jumlah keseluruhan tak lebih RM1500. Murah kan perbelanjaan untuk 2 orang selama 4 hari?

Jadi kepada semua pembaca, harap entry kali ni membantu korang kalau korang ada rancangan nak pergi ke Kota Kinabalu Sabah. Siapa kata KK tak best? Ada duit lebih tu jom cuti cuti Malaysia.

Assalamualaikum.

Tuesday, 3 March 2015

Peserta #mrandmrsaidilgiveaway

Assalamualaikum.

Dah sebulan kitorang beri masa untuk korang join giveaway yang kitorang buat. Alhamdulillah ada la yang join. Tak ada la kitorang krik krik krik sangat. Hehe. Kepada semua yang dah join, terima kasih banyak-banyak. Kitorang terharu sangat walaupun hadiah dia tak seberapa kan. Jom tengok kekreatifan peserta yang join #mrandmrsaidilgiveaway ni:

dari adli danish

dari azril aidil

dari paten razali

dari zahirul

Korang rasa mana yang paling kreatif? Jeng jeng jeng! Beri kitorang seminggu untuk pilih dan buat keputusan. Isnin depan (9 Mac 2015) kitorang bagi tau siapa yang menang. Nantikan entry khas untuk pemenang. Ok? Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak pada semua yang join #mrandmrsaidilgiveaway. Weols love uols!

Assalamualaikum.

Monday, 2 March 2015

Tips kurus selepas bersalin

Assalamualaikum.

Bila baca tajuk blog kali ni mesti ramai ibu-ibu yang lepas bersalin sangat teruja nak baca. Hehe. Bukan la tips pun sebenarnya, cuma perkongsian cara yang mrsaidil buat bila dah bersalin. Lain orang lain cara, lain orang lain petua, kan? Terpulang nak ikut yang mana, yang penting hasil akhir dia kurus atau tetap sama bentuk badannya *aduh terasa*.

Ini adalah sedikit tips mudah nak kurus selepas bersalin:
  1. Berurut - sangat penting untuk buang angin dan ringankan badan
  2. Bertungku - kembalikan kesegaran badan, mengecutkan rahim dan membakar lemak 
  3. Pakai bengkung - mengempiskan perut dan membentuk tubuh badan
  4. Menyusu - teruskan menyusu anak dengan susu badan *InsyaAllah cepat kurus*
  5. Makan makanan seimbang - untuk kekal sihat, kurus dan banyakkan susu dalam badan

Rasanya tu je yang mrsaidil buat untuk kembalikan bentuk badan asal sebelum mengandung. So far ada la hasilnya, mrsaidil nampak kurus. Tapi kena terus buat sampai habis pantang. Lepas pantang kalau nak buat, boleh je sampai dapat bentuk badan idaman *gitu*.

Kalau dah cuba tapi tak ada hasil, mungkin korang boleh buat cara yang lain sebab lain orang lain kadar metabolisma dia. Ada yang cepat kurus dan ada yang susah nak kurus. Yang penting kena ada displin dalam diri. Tak perlu beribu tips kalau buat 2 3 hari lepas tu dah give up, kan? Biar sikit tips yang kita buat tapi ada displin yang tinggi untuk buat setiap hari *aduh terasa*.

Mungkin perkongsian ni perkongsian mudah, korang macam mana? Ada cara yang lain selain yang kitorang kongsi ni? Kalau ada jangan lupa share ya. Boleh kita sama-sama amalkan. Ye idok? Itu saja entry untuk kali ni. Selamat sihat dan kurus!

Assalamualaikum.