Sunday, 8 February 2015

Siapa nama mrandmrsaidilkids?

Assalamualaikum.

Macam biasa, bila babies dah selamat bersalin semua orang tanya soalan "nama baby apa?". Bagi menjawab persoalan korang ni, kitorang akan announce secara rasmi siap nama anak kitorang. Jeng jeng jeng. Tapi sebelum tu kitorang nak cerita macam mana kitorang dapat nama tu. Ok?

Orang cakap kalau nak letak nama anak, nama tu kena la ada maksud. Ikut nama-nama dalam Islam. Jadi kitorang pun beli buku nama-nama anak. *feeling feeling je, padahal boleh google kat internet*

*gigih tau kitorang beli buku nama anak ni*

Seperti biasa mraidil la yang sibuk cari nama anak. Mrsaidil relaks je. Tapi mrsaidil ada letak syarat kena ada double "e" sebab nak ikut nama dia (Noor Ameera). Jadi mraidil la feeling feeling lebih cari nama yang urban. Selak punya selak, first draft ni la nama yang mraidil dapat:

* Zareeth Zeeydan & Zareef Zeeydan
* Raeed Fayyad & Raeef Fayyad
* Ahmad Khaleesh & Ahmad Khaleef

Lepas dapat nama ni kitorang pun tanya la pendapat kat twitter, tapi macam tak ada respon. Hahaha. Kesian kitorang tau. Untuk tidak mengecewakan usaha mraidil cari nama anak ni, kitorang pun tanya la ahli keluarga kitorang. Some of them cakap ok dan some of them cakap tak ok. So kitorang keep in view la nama ni. Tapi ada yang cakap Zareeth tu tak ada maksud, tapi mraidil dah feeling nak letak nama Zareeth.

Sebelum tu kitorang ada lepak dengan kawan kitorang Riz dan Rizal. Borak-borak la pasal nama anak ni. Si Riz ni pun cadangkan letak Muhammad kat depan sebab nanti kat padang mahsyar nama Muhammad ni dia akan panggil dulu. Bila mrsaidil mendengar nasihat ustaz Riz ni, terus mrsaidil cakap "ok la, nanti nama anak kita nak letak Muhammad kat depan". Jadi akan ada 3 nama la nanti nama anak kitorang.

Bila dah nak dekat bersalin, mraidil pun selak la balik buku nama-nama anak untuk confirmkan nak letak nama apa. Setelah mendengar nasihat dan pendapat orang sekeliling, mraidil come out dengan nama:

*Muhammad Zareeth Fayyad & Muhammad Zareeth Rayyan

Mraidil still nak letak Zareeth sebab macam cool je nama tu. Dia rasa urban dengan nama Zareeth tu. Tapi sebab tak ada maksud terpaksa juga tukar nama lain yang ada maksud. Kena la cari nama lain untuk menggantikan Zareeth. Dah confirm la nama anak kitorang akan Muhammad (masih mencari) Fayyad & Muhammad (masih mencari) Rayyan. Mrsaidil still relaks sebab dia tak kisah sangat, ikut cakap suami katakan. *lol*

Masa mrandmrsaidilkids selamat bersalin, atuknya tetiba cakap letak la nama Aleef bagi mengantikan Zareeth tu. Tapi mraidil macam tak berkenan sangat #demandtinggi. Masa tu jugak mraidil masih mencari lagi nak letak nama apa yang kat tengah-tengah tu. Last last mrsaidil cakap letak  je la Khaleesh. Sebab masa first draft tu ada senaraikan nama Khaleesh. Kesimpulannya, kitorang pun sebulat suara setuju letak nama:

*Muhammad Khaleesh Fayyad & Muhammad Khaleesh Rayyan

*Abang Fayyad, Adik Rayyan, Babah didil. Ok itu comel. Hahaha*

Alhamdulillah, akhirnya nama anak kitorang dah confirm. Yeayyy! Tinggal nak pergi daftar je. Kitorang harap Fayyad dan Rayyan ni akan jadi anak-anak yang soleh bila dah besar nanti. InsyaAllah, Amin.

Ok, jangan tanya lagi tau nama anak kitorang apa. *hehehe*

Sebenarnya tak susah nak cari nama anak ni. Cuma kalau dah terniat, teringin atau termimpi nak letak sesuatu nama tu, just go for it. Yang penting kena tanya orang sekeliling. Bukan hanya buat keputusan sendiri. Ok? Itu saja cerita untuk dapatkan nama mrandmrsaidilkids.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment