Wednesday, 25 February 2015

Petua dapat anak kembar?

Assalamualaikum.

Sejak mrsaidil mengandung kembar haritu, ramai yang tanya apa petua nak dapatkan anak kembar. Kitorang pun tak tau nak jawab apa. Sebab kitorang sebenarnya tak ada keturunan kembar pun, side mraidil atau side mrsaidil. Kalau ada pun maybe saudara mara yang jauh yang kitorang tak tau ada keturunan kembar ke tak. Apa-apa pun, semua ni rezeki yang tuhan. Alhamdulillah syukur atas rezeki ni.

Ramai yang cakap ada je cara dan petua nak dapatkan anak kembar. Cuba google, confirm berderet petua nak dapatkan anak kembar. Ada yang cakap makan pil sampingan la, posisi ketika bersetubuh la, ambil pemakanan yang seimbang la dan macam-macam lagi. Lain orang lain pemahaman dan pendapat. Bagi kitorang, ni cara macam mana nak dapatkan anak:

1. Kahwin dengan pasangan yang ada genetik kembar
2. Ambil ubat kesuburan (untuk perempuan)
3. Kaedah tabung uji (IVF)
4. Niat, idam dan berdoa pada tuhan
5. Rezeki dan takdir tuhan dah tulis untuk kita (rasanya la)

Kitorang rasa ini la yang relevan, tapi tak tau la betul ke tak. Kitorang tak jamin kalau korang cuba benda ni mendatangkan hasil atau tidak. Back to back ini semua kerja tuhan, kuasa tuhan. Tapi tak salah kalau mencuba untuk dapatkan anak kembar kan? Good luck untuk semua pasangan diluar sana.

*our handsome twins, thekhaleeshs*

Kitorang baru kahwin 9 bulan, dalam tempoh 9 bulan tu kitorang dah dikurniakan anak kembar. Terima kasih Allah. YEAYYY! Kenapa baru kahwin 9 bulan dan ada anak kembar? Anak kembar kitorang lahir tak cukup bulan, baru 8 bulan dia dah tak sabar nak keluar. Jadi itu la sebabnya kenapa kitorang ada anak kembar walaupun usia perkahwinan kitorang baru 9 bulan. Ini semua kerja tuhan, rezeki tuhan, anugerah tuhan. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat!

Kepada pembaca semua, kalau nak anak kembar tu kena la usaha. Mana ada benda datang secara tiba-tiba gedebuk jatuh dari langit? Ada usaha, ada niat, InsyaAllah tuhan makbulkan. Jangan cepat putus ada je. Ok? Itu saja entry untuk kali ni.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment