Wednesday, 4 February 2015

mrandmrsaidilkids

Assalamualaikum.

Alhamdulillah mrsaidil selamat melahirkan baby kembar. Syukur atas kurniaan dariNya. Perasaan gembira tu macam monyet nak terjun bangunan klcc tau. Allah swt saja yang tahu macam mana perasaan gembira kitorang ni. Nak diikutkan cerita, patutnya due date deliver mrsaidil 26 Febuari 2015 tapi sebab tak sabar sangat baby pun keluar awal.

Kitorang nak cerita sikit ringkasan kelahiran mrandmrsaidilkids. Mrandmrsaidilkids dilahirkan pada 2 Febuari 2015 pada jam 3.49 petang (kembar pertama) dan 3.56 petang (kembar kedua). Kedua-dua bayi dilahirkan secara normal di Hospital Ampang. Kembar pertama berat dia 2.18kg dan kembar kedua berat dia 1.9kg. Kedua-dua baby adalah lelaki. Sihat bagaikan juara. Yeayyy!

gambar mrandmrsaidilkids baru dilahirkan (baru 15 minit keluar dari perut)

Kitorang nak ucap terima kasih kat korang semua. Yang doakan mrsaidil selamat bersalin, yang wish tahniah kat laman sosial (dalam twitter, instagram dan facebook), yang datang melawat kat hospital (family and friend), yang direct whatsapp, semua lah. Terima kasih banyak-banyak. We love uolsss *bangun sambil tepuk tangan*

Kitorang akan update lebih lagi cerita pasal babies untuk entry yang akan datang. Bukan saja cerita, gambar juga kitorang akan muat naik banyak-banyak. Jumpa lagi untuk entry akan datang. 

Assalamualaikum.


2 comments: