Sunday, 15 February 2015

Mrandmrsaidilkids kena jaundis

Assalamualaikum.

Jaundis atau deman kuning ni memang sinonim dengan baby. Tau tak apa tu jaundis atau deman kuning? Ok, mengikut apa yang kitorang baca dekat google, juandis ni terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan. Bilirubin ni adalah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Jadi benda ni normal jadi kat baby yang baru lahir.

Mrandmrsaidilkids tak terkecuali kena jaundis ni. Lagi-lagi lahir pre-mature, hari ke 3 check up dekat klinik kesihatan doktor cakap Fayyad & Rayyan dah kena jaundis. Jadi kena tahan wad sebab bacaan jaundis dia dah tinggi. Lama jugak la kena tahan wad sampai 5 hari. Alhamdulillah Fayyad & Rayyan dah sihat sekarang, walaupun masih ada lagi jaundis sikit (cuma bacaan dia tak tinggi).

Sebenarnya banyak cara dan petua boleh kurangkan jaundis ni. Tapi korang kena cuba la mana yang bersesuaian dengan baby tu sebab semua baby kan tak sama. Kena cuba baru tau berkesan ke tak. Tak kisah la cara moden atau tradisional. Apa-apa petua boleh guna janji baby sihat.

Mrandmrsaidilkids masa kena tahan kat dalam wad

Untuk Fayyad & Rayyan, sebab dia punya bacaan jaundis tu tinggi. Jadi ni antara cara yang kitorang buat untuk hilangkan jaundis.

Masa kena tahan wad:
* Letak bawah lampu fototerapi (lampu uv)
* Bagi susu badan (dengan kerap)

Masa kat rumah:
* Bagi susu badan (dengan kerap)
* Jemur bawah sinaran matahari (waktu sesuai untuk jemur : 8.30pagi - 9.30pagi)
* Anggur hitam (ambil airnya)

Alhamdulillah jaundis ada kurang, walaupun tak hilang sepenuhnya. Sebenarnya bila baby kena jaundis, baby kena keep monitor la. Jangan bagi berlarutan. Tak elok untuk baby, takut ada effect lain pula.

Kitorang ni bukan tau sangat pasal jaundis ni, first time jadi babah dan mommy kan. Agak risau ya bila Fayyad & Rayyan kena jaundis. Tapi sikit-sikit la belajar apa yang perlu dan tak perlu bila baby kena jaundis. Doakan Fayyad & Rayyan terus sihat dan membesar dengan montel. Ok?

Itu saja entry untuk kali ni.

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment