Monday, 23 February 2015

Mrandmrsaidilkids berak dan senyum

Assalamualaikum.

Bila tengah sibuk layan Fayyad dan Rayyan ni, handphone kena sentiasa ada kat sebelah sebab kot-kot dapat rekod video babies buat benda-benda yang tak dijangka. Jadi boleh la buat modal untuk update video baru. Untuk video baru kali ni, mraidil dapat rekod video Fayyad tersenyum masa tidur dan Rayyan tengah meneran nak berak. SOOOO CUTE! Korang kena tengok sendiri video tu.



Dan buat kali pertamanya, kitorang suami isteri rekod video pagi-pagi buta sebab masa tu je la masa yang free. Hahaha! Betul la orang cakap, bila dah ada baby ni "selamat berjaga malam". Tapi tak pe, semua tu lumrah bila dah jadi babah dan mommy. Tak ada benda yang mudah dalam dunia ni. Penat ke, tak cukup tidur ke, semua tu akan hilang sendirinya bila kita cium peluk baby kita. Tak caya cepat-cepat la kahwin dan ada anak. Baru korang tau feeling dia macam mana. 

Ok, itu saja untuk entry kali ni. Jangan lupa share ok video berak dan senyum ni.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment