Friday, 6 February 2015

Kronologi kelahiran mrandmrsaidilkids

Assalamualaikum.

Kitorang nak cerita sikit macam mana mrsaidil deliver babies. Ye la ramai yang tanya kenapa la mrsaidil kena admit sampai 1 hari baru deliver babies. Jadi ni la kisahnya.

31 JANUARI 2015 (AHAD)
9.30pm - 11.00pm : kitorang pegi makan dekat fatty crab *mengidam kaedahnya*
11.00pm - 11.30pm : pegi e@curve untuk tengok movie cerita "the wedding ringer"
11.45pm - 1.45am : time tengok movie sampai habis (half movie dah rasa sakit contraction)

1 FEBUARI 2015 (ISNIN)
1.45am - 2.00am : sampai rumah
2.00am - 3.00am : tahan sakit kat rumah dulu, check minor contraction makin kerap atau sekejap-sekejap
3.00am - 3.30am : bergerak ke hospital ampang
3.30am - 5.30am : buat check up dengan doktor sama ada rahim dah bukak ke belum
5.45am - 6.00am : admit mask wad bersalin sebab rahim dah bukak 2cm
6.00am - 6.05am : kena suntik dexa yang pertama *dexa ni untuk matangkan paru-paru baby, akan suntik kali kedua selepas 12 jam*
6.05am - 12.00pm : duduk dalam wad bersalin, doktor bagi ubat kurangkan contraction sebab nak tunggu suntikan dexa yang kedua
12.00pm - 6.00pm : duduk dalam wad bersalin tahan sakit minor contraction
6.00pm - 6.05pm : doktor suntik dexa yang kedua
6.05am - 12.00am : sambung rehat, tahan sakit contraction, tunggu bukaan rahim lagi besar

2 FEBUARI 2015 (ISNIN)
12.00am -10.00am : tidur, tahan sakit contraction, rahim mrsaidil dah bukak 3cm
10.00am - 10.02am : rahim mrsaidil dah bukak 4cm, terus bawak masuk bilik bersalin, air ketuban dipecahkan
10.02am - 3.30pm : tahan contraction, tunggu rahim mrsaidil bukak sampai 10cm
3.30pm - 3.35pm : mrsaidil dah tak tahan sakit, ada rasa kepala baby nak keluar, terus panggil doktor
3.35pm - 3.49pm : rahim mrsaidil dah bukak 10cm, sesi teran meneran untuk baby pertama. 3.49pm baby pertama lahir
3.49pm - 3.65pm: sesi teran meneran baby kedua pulak. 3.56pm baby kedua lahir
4.00pm - 4.05pm : mraidil azankan babies
4.10pm - 4.30pm : doktor settlekan apa yang patut
4.30pm - 6.00pm : doktor kasi mrsaidil dan babies rehat kejap sebelum masuk wad biasa
6.00pm - 6.05pm : mrsaidil dan babies pindah masuk wad biasa
6.05pm - 12.00am : mrsaidil dan babies berehat

3 FEBUARI 2015 (SELASA)
12.00am - 12.30pm : mrsaidil dan babies masih dalam wad, tunggu masa untuk keluar hospital
12.30pm - 6.30pm : ahli keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan datang melawat 
6.30pm - 6.45pm : mrsaidil ok, babies ok, boleh dah keluar hospital
6.45pm - 7.00pm : keluar hospital dengan gembiranya

mesti selfie walaupun dalam wad ya

Ok, itu adalah ringkasan kronologi saat kelahiran mrandmrsaidilkids. Mungkin tak 100% ikut waktu kejadian tapi keseluruhan cerita dia macam tu la. Sekarang korang dah tau cerita kenapa mrsaidil kena admit 1 hari kat hospital sebelum dia bersalin. Sebenarnya kalau cukup bulan, tak suntik dexa, anytime boleh bersalin kalau dah cukup bulan dan keluar tanda-tanda bersalin macam rasa contraction (perut mengeras) atau pecah air ketuban. 

Harap cerita ni boleh dijadikan panduan pada bakal-bakal ibu diluar sana. Kot-kot boleh jadi sumber rujukan *kalau sama kes kembar*. Yang baik kita kongsi yang buruk jangan ikut, ok? Itu saja cerita untuk kali ni.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment