Tuesday, 10 February 2015

Daftar nama mrandmrsaidilkids

Assalamualaikum.

Selepas dah confirm pilih nama anak, langkah seterusnya adalah daftar nama anak. Tak susah pun nak pergi daftar nama ni, cuma isi borang yang diberi dan bawa lampiran salinan yang diperlukan. Mudah kan? Yang penting kena teliti ketika isi borang tu.

Ok ni adalah dokumen yang kena bawa masa daftar nama anak dekat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):
* Borang daftar nama (akan dapat masa keluar hospital)
* Kad pengenalan suami dan isteri (asal dan salinan fotokopi)
* Sijil akuan nikah (asal dan salinan fotokopi)
* Buku rawatan (yang warna merah tu) (asal dan salinan fotokopi muka depan, muka surat 1, 2 & 43)
* Borang pengesahan kelahiran
* Surat akuan tarikh bersalin

Bila dah complete semua dokumen ni, pergi amek nombor giliran dan tunggu dipanggil ke kaunter. Bila dipanggil, bagi je semua dokumen ni. Pang pung pang dalam masa 10 minit camtu siap la. Diorang bagi kita check dulu, bila dah confirm semua betul, kita sign baru dia print. Jadi siapa la surat beranak anak kita. Bila dah siap surat beranak ni, baru la boleh apply mykid pulak. Yeayyy!

assalamualaikum muhammad khaleesh fayyad & muhammad khaleesh rayyan

Tak susahkan? Kalau tak faham juga, boleh tanya kaunter pertanyaan dekat Jabatan Pendaftaran Negara. Nanti dia akan terangkan dengan lebih jelas. Mana tau, mungkin cara kitorang daftar ni lain sikit. Lagi satu, kes kitorang ni lain sikit sebab anak kembar. Jadi semua salinan fotokopi kena buat 2 salinan. Salinan fotokopi kena ikut berapa ramai anak kita nak daftarkan. Ok?

Itu saja entry kali ni. Harap entry ni dapat membantu bakal-bakal bapa diluar sana. 

Assalamualaikum.

1 comment: