Thursday, 26 February 2015

Bila babah didil selfie

Assalamualaikum.

Sebenarnya nak ambil gambar tak salah. Ikut kehendak masing-masing, tapi ada yang cakap jangan ambil atau kongsi gambar anak yang baru lahir sebab malaikat masih bersama dengan baby tu (orang yang cakap la). Lepas 44 hari baru boleh kongsi gambar baby. Mungkin ada sesetengah orang yang buat dan ada sesetengah orang yang tak buat macam tu. Kebenaranya kitorang tak boleh nak pastikan, tapi korang berdoa tak akan ada apa-apa yang akan berlaku. Keep positive dan percaya dengan tuhan. 

Back to the topic, kalau korang nak tau mraidil ni memang paling rajin ambil gambar fayyad dan rayyan. Ye la, buat kenangan katanya. Fayyad dan rayyan makin membesar, jadi boleh la tengok perkembangan dan tumbesaran diorang ni. Tapi apa motif babah dia yang selfie? Hahaha.

Zaman sekarang ni kalau tak selfie tak hipster la kan, since dah jadi babah ni mraidil ada koleksi selfie dengan fayyad dan rayyan. Tak banyak tapi kau rasa macam nak lempang tak kalau banyak sangat selfie? Hahaha. Kalau nak tengok aksi babah didil selfie tengok la gambar kat bawah ni. Selamat muntah dan siap sedia campak tahi. Hehe!

First selfie to world with Fayyad and Rayyan

First selfie after sleep with Fayyad and Rayyan (tak tidur malam ya)

selfie geli-geli

 selfie geli-geli lagi

Selfie geli-geli lagi lagi 

selfie geli-geli lagi lagi dan lagi

selfie yeayyyy by fayyad

Haaaa, nampaknya dah boleh join contest selfie ni babah didil. Hahaha! Kitorang rasa mraidil je yang over, fayyad dan rayyan je stay cute walaupun bentuk muka asyik berubah. Apa-apa pun, doakan la fayyad dan rayyan membesar bagaikan juara. Korang macam mana? Ada koleksi selfie ke tak? Kalau ada kongsi-kongsikan la dengan kitorang. Boleh gelak sama-sama. Hehe! Ok lah, itu saja untuk entry kali ni.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment