Friday, 27 February 2015

Abstrax #MASterpiece : Original vs Fake

Assalamualaikum.

Kalau korang perasan lah, kebanyakkan video yang ada dalam channel youtube kitorang 90% mraidil akan pakai baju jenama Abstrax Jingga. Tu pun kalau korang perasan la. Kalau tak percaya boleh usha youtube channel kitorang.

Back to topic, sekarang ni baju paling hot dan sensasi dari Abstrax Jingga iaitu baju jersey #MASterpiece kolaberasi dengan MAS telah di cetak rompak. Maksudnya dah ada baju tiruan lah. WOW! Big achievement la bila local product ada yang fake. Tahniah Abstrax sebab dah bawa local brand ke satu level yang lebih tinggi. Kudos! Go international uols. Mampu?

Ni contoh baju #MASterpiece fake yang ada dipasaran

Kalau korang pengguna yang bijak, mesti korang akan support local product dengan beli yang original. Tapi kalau yang suka hasil tiruan, memang korang akan beli yang fake la. So kitorang nak share perbezaan baju #MASterpiece yang original dan fake:

1. Moonstar tak berkilat (Original) vs Moonstar berkilat (Fake)
2. Bahu tak jatuh - fit (Original) vs Bahu dia jatuh - tak fit (Fake)
3. Stripe putih di lengan mesti bersambung dengan stripe merah di badan (Original) vs Stripe putih di lengan tak bersambung dengan stripe merah di badan (Fake)
4. Harga baju RM90/lengan pendek, RM100/lengan panjang, RM70/tiada lengan (Original) vs Harga baju lebih murah (Fake)

Original vs Fake

Korang boleh tengok sendiri, beza sendiri antara baju #MASterpiece yang original dan fake. Jadi la pengguna yang bijak. Memang yang fake ni murah sikit dari yang original tapi sampai bila nak rasa senang dengan kepayahan orang lain? Tak salah nak beli yang fake, tapi macam ni ke korang support barangan tempatan? Tepuk dada tanya selera.

Support local ok!

Assalamualaikum.

9 comments: