Friday, 27 February 2015

Abstrax #MASterpiece : Original vs Fake

Assalamualaikum.

Kalau korang perasan lah, kebanyakkan video yang ada dalam channel youtube kitorang 90% mraidil akan pakai baju jenama Abstrax Jingga. Tu pun kalau korang perasan la. Kalau tak percaya boleh usha youtube channel kitorang.

Back to topic, sekarang ni baju paling hot dan sensasi dari Abstrax Jingga iaitu baju jersey #MASterpiece kolaberasi dengan MAS telah di cetak rompak. Maksudnya dah ada baju tiruan lah. WOW! Big achievement la bila local product ada yang fake. Tahniah Abstrax sebab dah bawa local brand ke satu level yang lebih tinggi. Kudos! Go international uols. Mampu?

Ni contoh baju #MASterpiece fake yang ada dipasaran

Kalau korang pengguna yang bijak, mesti korang akan support local product dengan beli yang original. Tapi kalau yang suka hasil tiruan, memang korang akan beli yang fake la. So kitorang nak share perbezaan baju #MASterpiece yang original dan fake:

1. Moonstar tak berkilat (Original) vs Moonstar berkilat (Fake)
2. Bahu tak jatuh - fit (Original) vs Bahu dia jatuh - tak fit (Fake)
3. Stripe putih di lengan mesti bersambung dengan stripe merah di badan (Original) vs Stripe putih di lengan tak bersambung dengan stripe merah di badan (Fake)
4. Harga baju RM90/lengan pendek, RM100/lengan panjang, RM70/tiada lengan (Original) vs Harga baju lebih murah (Fake)

Original vs Fake

Korang boleh tengok sendiri, beza sendiri antara baju #MASterpiece yang original dan fake. Jadi la pengguna yang bijak. Memang yang fake ni murah sikit dari yang original tapi sampai bila nak rasa senang dengan kepayahan orang lain? Tak salah nak beli yang fake, tapi macam ni ke korang support barangan tempatan? Tepuk dada tanya selera.

Support local ok!

Assalamualaikum.

Expo Baby : Mac 2015

Assalamualaikum.

Bila dah jadi babah dan mommy ni, diri kitorang lebih peka dengan event berkaitan dengan expo baby. Rasa dah tua sangat. Hahaha! Bukan apa bila korang pergi expo macam ni, time tu la korang boleh borong barang baby dengan harga yang murah sikit atau lebih murah. Walaupun masa tu akan sesak macam dalam tin sardin tapi tetap juga ramai orang yang datang. Ini senarai expo baby yang bakal berlangsung sekitar bulan Mac 2015:

Nama expo: My Dear Warehouse Sale - Puchong
Lokasi: No 34, Jalan Meranti Jaya 10, Meranti Jaya Industrial Park, 47120 Puchong
Tarikh: 5 hingga 15 Mac 2015

Nama Expo: Pureen Stock Clearance Promotion - Glenmarie Shah Alam
Lokasi: No 12A, Jalan Perunding U1/17, Glenmarie Industrial Park, Shah Alam
Tarikh: 7 dan 8 Mac 2015

Nama expo: 2nd One Kiddie Mom & Baby Expo - Putrajaya
Lokasi: Hall B, Putrajaya International Convention Centre, Dataran Gemilang, Persint 5, Putrajaya
Tarikh: 13 hingga 15 Mac 2015

Nama Expo: Baby & Kidz Fair - Terengganu
Lokasi: Terengganu Trade Center, Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh: 12 hingga 14 Mac 2015

Nama Expo: Baby & Kidz Fair - Kelantan
Lokasi: Kelantan Trade Center, Kota Bahru Kelantan
Tarikh: 19 hingga 21 Mac 2015

Nama Expo: Mom & Baby 2015 - Shah Alam
Lokasi: IDCC, Shah Alam / Tarikh: 6 hingga 8 Mac 2015

Nama Expo: Mom & Baby 2015 - Johor Bahru
Lokasi: Danga City Mall, JB / Tarikh: 27 hingga 29 Mac 2015


Nama Expo: 9th Maternity & Children Expo - Mid Valley
Lokasi: Pusat Pameran, Mid Valley Mega Mall / Tarikh: 27 hingga 29 Mac 2015

Jadi kosongkan hujung minggu korang dan rancang nak pegi expo baby yang mana satu. Banyak pilihan ni. Yang penting bila berbelanja tu, ikut la kemampuan dan jangan membazir. Tapi kalau dah banyak duit tu, borong je semua. Hahaha. Selamat shopping!

Assalamualaikum.

Thursday, 26 February 2015

Bila babah didil selfie

Assalamualaikum.

Sebenarnya nak ambil gambar tak salah. Ikut kehendak masing-masing, tapi ada yang cakap jangan ambil atau kongsi gambar anak yang baru lahir sebab malaikat masih bersama dengan baby tu (orang yang cakap la). Lepas 44 hari baru boleh kongsi gambar baby. Mungkin ada sesetengah orang yang buat dan ada sesetengah orang yang tak buat macam tu. Kebenaranya kitorang tak boleh nak pastikan, tapi korang berdoa tak akan ada apa-apa yang akan berlaku. Keep positive dan percaya dengan tuhan. 

Back to the topic, kalau korang nak tau mraidil ni memang paling rajin ambil gambar fayyad dan rayyan. Ye la, buat kenangan katanya. Fayyad dan rayyan makin membesar, jadi boleh la tengok perkembangan dan tumbesaran diorang ni. Tapi apa motif babah dia yang selfie? Hahaha.

Zaman sekarang ni kalau tak selfie tak hipster la kan, since dah jadi babah ni mraidil ada koleksi selfie dengan fayyad dan rayyan. Tak banyak tapi kau rasa macam nak lempang tak kalau banyak sangat selfie? Hahaha. Kalau nak tengok aksi babah didil selfie tengok la gambar kat bawah ni. Selamat muntah dan siap sedia campak tahi. Hehe!

First selfie to world with Fayyad and Rayyan

First selfie after sleep with Fayyad and Rayyan (tak tidur malam ya)

selfie geli-geli

 selfie geli-geli lagi

Selfie geli-geli lagi lagi 

selfie geli-geli lagi lagi dan lagi

selfie yeayyyy by fayyad

Haaaa, nampaknya dah boleh join contest selfie ni babah didil. Hahaha! Kitorang rasa mraidil je yang over, fayyad dan rayyan je stay cute walaupun bentuk muka asyik berubah. Apa-apa pun, doakan la fayyad dan rayyan membesar bagaikan juara. Korang macam mana? Ada koleksi selfie ke tak? Kalau ada kongsi-kongsikan la dengan kitorang. Boleh gelak sama-sama. Hehe! Ok lah, itu saja untuk entry kali ni.

Assalamualaikum.

Wednesday, 25 February 2015

Petua dapat anak kembar?

Assalamualaikum.

Sejak mrsaidil mengandung kembar haritu, ramai yang tanya apa petua nak dapatkan anak kembar. Kitorang pun tak tau nak jawab apa. Sebab kitorang sebenarnya tak ada keturunan kembar pun, side mraidil atau side mrsaidil. Kalau ada pun maybe saudara mara yang jauh yang kitorang tak tau ada keturunan kembar ke tak. Apa-apa pun, semua ni rezeki yang tuhan. Alhamdulillah syukur atas rezeki ni.

Ramai yang cakap ada je cara dan petua nak dapatkan anak kembar. Cuba google, confirm berderet petua nak dapatkan anak kembar. Ada yang cakap makan pil sampingan la, posisi ketika bersetubuh la, ambil pemakanan yang seimbang la dan macam-macam lagi. Lain orang lain pemahaman dan pendapat. Bagi kitorang, ni cara macam mana nak dapatkan anak:

1. Kahwin dengan pasangan yang ada genetik kembar
2. Ambil ubat kesuburan (untuk perempuan)
3. Kaedah tabung uji (IVF)
4. Niat, idam dan berdoa pada tuhan
5. Rezeki dan takdir tuhan dah tulis untuk kita (rasanya la)

Kitorang rasa ini la yang relevan, tapi tak tau la betul ke tak. Kitorang tak jamin kalau korang cuba benda ni mendatangkan hasil atau tidak. Back to back ini semua kerja tuhan, kuasa tuhan. Tapi tak salah kalau mencuba untuk dapatkan anak kembar kan? Good luck untuk semua pasangan diluar sana.

*our handsome twins, thekhaleeshs*

Kitorang baru kahwin 9 bulan, dalam tempoh 9 bulan tu kitorang dah dikurniakan anak kembar. Terima kasih Allah. YEAYYY! Kenapa baru kahwin 9 bulan dan ada anak kembar? Anak kembar kitorang lahir tak cukup bulan, baru 8 bulan dia dah tak sabar nak keluar. Jadi itu la sebabnya kenapa kitorang ada anak kembar walaupun usia perkahwinan kitorang baru 9 bulan. Ini semua kerja tuhan, rezeki tuhan, anugerah tuhan. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat!

Kepada pembaca semua, kalau nak anak kembar tu kena la usaha. Mana ada benda datang secara tiba-tiba gedebuk jatuh dari langit? Ada usaha, ada niat, InsyaAllah tuhan makbulkan. Jangan cepat putus ada je. Ok? Itu saja entry untuk kali ni.

Assalamualaikum.

Tuesday, 24 February 2015

Gambar dan video #weddingaidilmeera

Assalamualaikum.

Hari ni genap 9 bulan usia perkahwinan kitorang. YEAYYY! Jadi bagi meraikan anniversary kitorang ni, kitorang nak share sikit gambar masa wedding kitorang. Rasanya memang kitorang tak ada upload gambar wedding kat facebook atau instagram dengan kadar yang banyak. Harap korang feeling feeling romantik la bila tengok gambar wedding kitorang ni. Selamat menitiskan air mata. LOL

















Macam mana gambar wedding kitorang? Cantik tak Kak Ton? Haha! Maaf la tak dapat upload semua. Kitorang share gambar mana yang perlu je. By the way, busana dan pelamin wedding kitorang dari Lumiere Concept Wedding Planner, juru gambar pegun dari ShutterPlace dan juru gambar bergerak dari FinalTouchProduction. Kalau sesiapa nak kahwin boleh la guna perkhidmatan diorang. Semuanya memang berpuas hati dan berpatutan mengikut budget. 

Ok ni pula video hinglight wedding kitorang, siapa yang belum tengok, sila la tengok ya. Kitorang memilih konsep suka hati sebab tak ada letak apa-apa tema. Haha! Enjoy the video.


Ok la, itu saja entry untuk kali ni. Selamat berkasih sayang buat selamanya buat kitorang. Cewah! Doakan kebahagian kitorang ok?

Assalamualaikum.

Monday, 23 February 2015

Mrandmrsaidilkids berak dan senyum

Assalamualaikum.

Bila tengah sibuk layan Fayyad dan Rayyan ni, handphone kena sentiasa ada kat sebelah sebab kot-kot dapat rekod video babies buat benda-benda yang tak dijangka. Jadi boleh la buat modal untuk update video baru. Untuk video baru kali ni, mraidil dapat rekod video Fayyad tersenyum masa tidur dan Rayyan tengah meneran nak berak. SOOOO CUTE! Korang kena tengok sendiri video tu.



Dan buat kali pertamanya, kitorang suami isteri rekod video pagi-pagi buta sebab masa tu je la masa yang free. Hahaha! Betul la orang cakap, bila dah ada baby ni "selamat berjaga malam". Tapi tak pe, semua tu lumrah bila dah jadi babah dan mommy. Tak ada benda yang mudah dalam dunia ni. Penat ke, tak cukup tidur ke, semua tu akan hilang sendirinya bila kita cium peluk baby kita. Tak caya cepat-cepat la kahwin dan ada anak. Baru korang tau feeling dia macam mana. 

Ok, itu saja untuk entry kali ni. Jangan lupa share ok video berak dan senyum ni.

Assalamualaikum.

Monday, 16 February 2015

Bila mrandmrsaidilkids senyum

Assalamualaikum.

Sebenarnya sangat susah nak tangkap gambar baby senyum. Lagi-lagi baru lahir macam ni kan, asyik tidur je. Kalau bangun pun sebab nak susu atau kencing dan berak. Mengikut pemerhatian mraidil, baby akan senyum pada kadar 1 hingga 3 saat bila dia tidur. Kalau suruh dia senyum memang tak la kan. Tapi dengan keazaman yang tinggi dah jitu, mrsaidil dapat snap gambar fayyad dan rayyan senyum. HEBAT!

Inilah kecomelan fayyad dan rayyan bila senyum. Gotcha!

Korang rasa muka fayyad dan rayyan ni ikut muka mraidil atau mrsaidil? Kitorang kasi gambar masa mrandmrsaidil masa jadi baby, so korang boleh la agak fayyad dan rayyan ikut muka siapa. Hehe!

Siap lagi comel? Hehe

Tapi ramai yang cakap muka fayyad dan rayyan ikut muka babahnya. YEAYYY! Ok itu saja entry kali ni, selamat meneka :)

Assalamualaikum.

Sunday, 15 February 2015

Mrandmrsaidilkids kena jaundis

Assalamualaikum.

Jaundis atau deman kuning ni memang sinonim dengan baby. Tau tak apa tu jaundis atau deman kuning? Ok, mengikut apa yang kitorang baca dekat google, juandis ni terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan. Bilirubin ni adalah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Jadi benda ni normal jadi kat baby yang baru lahir.

Mrandmrsaidilkids tak terkecuali kena jaundis ni. Lagi-lagi lahir pre-mature, hari ke 3 check up dekat klinik kesihatan doktor cakap Fayyad & Rayyan dah kena jaundis. Jadi kena tahan wad sebab bacaan jaundis dia dah tinggi. Lama jugak la kena tahan wad sampai 5 hari. Alhamdulillah Fayyad & Rayyan dah sihat sekarang, walaupun masih ada lagi jaundis sikit (cuma bacaan dia tak tinggi).

Sebenarnya banyak cara dan petua boleh kurangkan jaundis ni. Tapi korang kena cuba la mana yang bersesuaian dengan baby tu sebab semua baby kan tak sama. Kena cuba baru tau berkesan ke tak. Tak kisah la cara moden atau tradisional. Apa-apa petua boleh guna janji baby sihat.

Mrandmrsaidilkids masa kena tahan kat dalam wad

Untuk Fayyad & Rayyan, sebab dia punya bacaan jaundis tu tinggi. Jadi ni antara cara yang kitorang buat untuk hilangkan jaundis.

Masa kena tahan wad:
* Letak bawah lampu fototerapi (lampu uv)
* Bagi susu badan (dengan kerap)

Masa kat rumah:
* Bagi susu badan (dengan kerap)
* Jemur bawah sinaran matahari (waktu sesuai untuk jemur : 8.30pagi - 9.30pagi)
* Anggur hitam (ambil airnya)

Alhamdulillah jaundis ada kurang, walaupun tak hilang sepenuhnya. Sebenarnya bila baby kena jaundis, baby kena keep monitor la. Jangan bagi berlarutan. Tak elok untuk baby, takut ada effect lain pula.

Kitorang ni bukan tau sangat pasal jaundis ni, first time jadi babah dan mommy kan. Agak risau ya bila Fayyad & Rayyan kena jaundis. Tapi sikit-sikit la belajar apa yang perlu dan tak perlu bila baby kena jaundis. Doakan Fayyad & Rayyan terus sihat dan membesar dengan montel. Ok?

Itu saja entry untuk kali ni.

Assalamualaikum

Thursday, 12 February 2015

Bila tak ada perut

Assalamualaikum.

Kalau korang yang follow dan subscribe youtube channel kitorang, mesti korang tau yang kitorang akan update video setiap hari isnin pukul 10 pagi. Sebab last week mrsaidil bersalin. Jadi tak sempat buat video. Tapi dalam kesibukan nak manage mrsaidil yang berpantang dan jaga babies, kitorang curi sikit masa rekod video untuk korang. Selamat menonton!



Mungkin kitorang akan update video 2 MINGGU 1 video, atau SEBULAN 1 video. Ikut waktu lapang kitorang untuk update video. Bukan tak nak update, tapi takut tak sempat nak rekod dan edit video sebab sibuk melayan babies. Harap korang semua faham. Ok?

Terima kasih pada semua yang tetap nak tengok video kitorang. Yang dah subscribe, yang share video kitorang, yang komen, semua la. Thank you sangat-sangat. Kitorang amat menghargainya. Apa yang kitorang boleh janji kitorang akan tetap buat video walaupun bukan seminggu sekali dah kitorang update video. *sobsobsob*

Assalamualaikum.

Tuesday, 10 February 2015

Daftar nama mrandmrsaidilkids

Assalamualaikum.

Selepas dah confirm pilih nama anak, langkah seterusnya adalah daftar nama anak. Tak susah pun nak pergi daftar nama ni, cuma isi borang yang diberi dan bawa lampiran salinan yang diperlukan. Mudah kan? Yang penting kena teliti ketika isi borang tu.

Ok ni adalah dokumen yang kena bawa masa daftar nama anak dekat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):
* Borang daftar nama (akan dapat masa keluar hospital)
* Kad pengenalan suami dan isteri (asal dan salinan fotokopi)
* Sijil akuan nikah (asal dan salinan fotokopi)
* Buku rawatan (yang warna merah tu) (asal dan salinan fotokopi muka depan, muka surat 1, 2 & 43)
* Borang pengesahan kelahiran
* Surat akuan tarikh bersalin

Bila dah complete semua dokumen ni, pergi amek nombor giliran dan tunggu dipanggil ke kaunter. Bila dipanggil, bagi je semua dokumen ni. Pang pung pang dalam masa 10 minit camtu siap la. Diorang bagi kita check dulu, bila dah confirm semua betul, kita sign baru dia print. Jadi siapa la surat beranak anak kita. Bila dah siap surat beranak ni, baru la boleh apply mykid pulak. Yeayyy!

assalamualaikum muhammad khaleesh fayyad & muhammad khaleesh rayyan

Tak susahkan? Kalau tak faham juga, boleh tanya kaunter pertanyaan dekat Jabatan Pendaftaran Negara. Nanti dia akan terangkan dengan lebih jelas. Mana tau, mungkin cara kitorang daftar ni lain sikit. Lagi satu, kes kitorang ni lain sikit sebab anak kembar. Jadi semua salinan fotokopi kena buat 2 salinan. Salinan fotokopi kena ikut berapa ramai anak kita nak daftarkan. Ok?

Itu saja entry kali ni. Harap entry ni dapat membantu bakal-bakal bapa diluar sana. 

Assalamualaikum.

Sunday, 8 February 2015

Siapa nama mrandmrsaidilkids?

Assalamualaikum.

Macam biasa, bila babies dah selamat bersalin semua orang tanya soalan "nama baby apa?". Bagi menjawab persoalan korang ni, kitorang akan announce secara rasmi siap nama anak kitorang. Jeng jeng jeng. Tapi sebelum tu kitorang nak cerita macam mana kitorang dapat nama tu. Ok?

Orang cakap kalau nak letak nama anak, nama tu kena la ada maksud. Ikut nama-nama dalam Islam. Jadi kitorang pun beli buku nama-nama anak. *feeling feeling je, padahal boleh google kat internet*

*gigih tau kitorang beli buku nama anak ni*

Seperti biasa mraidil la yang sibuk cari nama anak. Mrsaidil relaks je. Tapi mrsaidil ada letak syarat kena ada double "e" sebab nak ikut nama dia (Noor Ameera). Jadi mraidil la feeling feeling lebih cari nama yang urban. Selak punya selak, first draft ni la nama yang mraidil dapat:

* Zareeth Zeeydan & Zareef Zeeydan
* Raeed Fayyad & Raeef Fayyad
* Ahmad Khaleesh & Ahmad Khaleef

Lepas dapat nama ni kitorang pun tanya la pendapat kat twitter, tapi macam tak ada respon. Hahaha. Kesian kitorang tau. Untuk tidak mengecewakan usaha mraidil cari nama anak ni, kitorang pun tanya la ahli keluarga kitorang. Some of them cakap ok dan some of them cakap tak ok. So kitorang keep in view la nama ni. Tapi ada yang cakap Zareeth tu tak ada maksud, tapi mraidil dah feeling nak letak nama Zareeth.

Sebelum tu kitorang ada lepak dengan kawan kitorang Riz dan Rizal. Borak-borak la pasal nama anak ni. Si Riz ni pun cadangkan letak Muhammad kat depan sebab nanti kat padang mahsyar nama Muhammad ni dia akan panggil dulu. Bila mrsaidil mendengar nasihat ustaz Riz ni, terus mrsaidil cakap "ok la, nanti nama anak kita nak letak Muhammad kat depan". Jadi akan ada 3 nama la nanti nama anak kitorang.

Bila dah nak dekat bersalin, mraidil pun selak la balik buku nama-nama anak untuk confirmkan nak letak nama apa. Setelah mendengar nasihat dan pendapat orang sekeliling, mraidil come out dengan nama:

*Muhammad Zareeth Fayyad & Muhammad Zareeth Rayyan

Mraidil still nak letak Zareeth sebab macam cool je nama tu. Dia rasa urban dengan nama Zareeth tu. Tapi sebab tak ada maksud terpaksa juga tukar nama lain yang ada maksud. Kena la cari nama lain untuk menggantikan Zareeth. Dah confirm la nama anak kitorang akan Muhammad (masih mencari) Fayyad & Muhammad (masih mencari) Rayyan. Mrsaidil still relaks sebab dia tak kisah sangat, ikut cakap suami katakan. *lol*

Masa mrandmrsaidilkids selamat bersalin, atuknya tetiba cakap letak la nama Aleef bagi mengantikan Zareeth tu. Tapi mraidil macam tak berkenan sangat #demandtinggi. Masa tu jugak mraidil masih mencari lagi nak letak nama apa yang kat tengah-tengah tu. Last last mrsaidil cakap letak  je la Khaleesh. Sebab masa first draft tu ada senaraikan nama Khaleesh. Kesimpulannya, kitorang pun sebulat suara setuju letak nama:

*Muhammad Khaleesh Fayyad & Muhammad Khaleesh Rayyan

*Abang Fayyad, Adik Rayyan, Babah didil. Ok itu comel. Hahaha*

Alhamdulillah, akhirnya nama anak kitorang dah confirm. Yeayyy! Tinggal nak pergi daftar je. Kitorang harap Fayyad dan Rayyan ni akan jadi anak-anak yang soleh bila dah besar nanti. InsyaAllah, Amin.

Ok, jangan tanya lagi tau nama anak kitorang apa. *hehehe*

Sebenarnya tak susah nak cari nama anak ni. Cuma kalau dah terniat, teringin atau termimpi nak letak sesuatu nama tu, just go for it. Yang penting kena tanya orang sekeliling. Bukan hanya buat keputusan sendiri. Ok? Itu saja cerita untuk dapatkan nama mrandmrsaidilkids.

Assalamualaikum.

Friday, 6 February 2015

Kronologi kelahiran mrandmrsaidilkids

Assalamualaikum.

Kitorang nak cerita sikit macam mana mrsaidil deliver babies. Ye la ramai yang tanya kenapa la mrsaidil kena admit sampai 1 hari baru deliver babies. Jadi ni la kisahnya.

31 JANUARI 2015 (AHAD)
9.30pm - 11.00pm : kitorang pegi makan dekat fatty crab *mengidam kaedahnya*
11.00pm - 11.30pm : pegi e@curve untuk tengok movie cerita "the wedding ringer"
11.45pm - 1.45am : time tengok movie sampai habis (half movie dah rasa sakit contraction)

1 FEBUARI 2015 (ISNIN)
1.45am - 2.00am : sampai rumah
2.00am - 3.00am : tahan sakit kat rumah dulu, check minor contraction makin kerap atau sekejap-sekejap
3.00am - 3.30am : bergerak ke hospital ampang
3.30am - 5.30am : buat check up dengan doktor sama ada rahim dah bukak ke belum
5.45am - 6.00am : admit mask wad bersalin sebab rahim dah bukak 2cm
6.00am - 6.05am : kena suntik dexa yang pertama *dexa ni untuk matangkan paru-paru baby, akan suntik kali kedua selepas 12 jam*
6.05am - 12.00pm : duduk dalam wad bersalin, doktor bagi ubat kurangkan contraction sebab nak tunggu suntikan dexa yang kedua
12.00pm - 6.00pm : duduk dalam wad bersalin tahan sakit minor contraction
6.00pm - 6.05pm : doktor suntik dexa yang kedua
6.05am - 12.00am : sambung rehat, tahan sakit contraction, tunggu bukaan rahim lagi besar

2 FEBUARI 2015 (ISNIN)
12.00am -10.00am : tidur, tahan sakit contraction, rahim mrsaidil dah bukak 3cm
10.00am - 10.02am : rahim mrsaidil dah bukak 4cm, terus bawak masuk bilik bersalin, air ketuban dipecahkan
10.02am - 3.30pm : tahan contraction, tunggu rahim mrsaidil bukak sampai 10cm
3.30pm - 3.35pm : mrsaidil dah tak tahan sakit, ada rasa kepala baby nak keluar, terus panggil doktor
3.35pm - 3.49pm : rahim mrsaidil dah bukak 10cm, sesi teran meneran untuk baby pertama. 3.49pm baby pertama lahir
3.49pm - 3.65pm: sesi teran meneran baby kedua pulak. 3.56pm baby kedua lahir
4.00pm - 4.05pm : mraidil azankan babies
4.10pm - 4.30pm : doktor settlekan apa yang patut
4.30pm - 6.00pm : doktor kasi mrsaidil dan babies rehat kejap sebelum masuk wad biasa
6.00pm - 6.05pm : mrsaidil dan babies pindah masuk wad biasa
6.05pm - 12.00am : mrsaidil dan babies berehat

3 FEBUARI 2015 (SELASA)
12.00am - 12.30pm : mrsaidil dan babies masih dalam wad, tunggu masa untuk keluar hospital
12.30pm - 6.30pm : ahli keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan datang melawat 
6.30pm - 6.45pm : mrsaidil ok, babies ok, boleh dah keluar hospital
6.45pm - 7.00pm : keluar hospital dengan gembiranya

mesti selfie walaupun dalam wad ya

Ok, itu adalah ringkasan kronologi saat kelahiran mrandmrsaidilkids. Mungkin tak 100% ikut waktu kejadian tapi keseluruhan cerita dia macam tu la. Sekarang korang dah tau cerita kenapa mrsaidil kena admit 1 hari kat hospital sebelum dia bersalin. Sebenarnya kalau cukup bulan, tak suntik dexa, anytime boleh bersalin kalau dah cukup bulan dan keluar tanda-tanda bersalin macam rasa contraction (perut mengeras) atau pecah air ketuban. 

Harap cerita ni boleh dijadikan panduan pada bakal-bakal ibu diluar sana. Kot-kot boleh jadi sumber rujukan *kalau sama kes kembar*. Yang baik kita kongsi yang buruk jangan ikut, ok? Itu saja cerita untuk kali ni.

Assalamualaikum.

Wednesday, 4 February 2015

mrandmrsaidilkids

Assalamualaikum.

Alhamdulillah mrsaidil selamat melahirkan baby kembar. Syukur atas kurniaan dariNya. Perasaan gembira tu macam monyet nak terjun bangunan klcc tau. Allah swt saja yang tahu macam mana perasaan gembira kitorang ni. Nak diikutkan cerita, patutnya due date deliver mrsaidil 26 Febuari 2015 tapi sebab tak sabar sangat baby pun keluar awal.

Kitorang nak cerita sikit ringkasan kelahiran mrandmrsaidilkids. Mrandmrsaidilkids dilahirkan pada 2 Febuari 2015 pada jam 3.49 petang (kembar pertama) dan 3.56 petang (kembar kedua). Kedua-dua bayi dilahirkan secara normal di Hospital Ampang. Kembar pertama berat dia 2.18kg dan kembar kedua berat dia 1.9kg. Kedua-dua baby adalah lelaki. Sihat bagaikan juara. Yeayyy!

gambar mrandmrsaidilkids baru dilahirkan (baru 15 minit keluar dari perut)

Kitorang nak ucap terima kasih kat korang semua. Yang doakan mrsaidil selamat bersalin, yang wish tahniah kat laman sosial (dalam twitter, instagram dan facebook), yang datang melawat kat hospital (family and friend), yang direct whatsapp, semua lah. Terima kasih banyak-banyak. We love uolsss *bangun sambil tepuk tangan*

Kitorang akan update lebih lagi cerita pasal babies untuk entry yang akan datang. Bukan saja cerita, gambar juga kitorang akan muat naik banyak-banyak. Jumpa lagi untuk entry akan datang. 

Assalamualaikum.