Saturday, 6 June 2020

KEREPEK MURAH SEDAP DI BANTING

Assalamualaikum.

Kepada pengemar kerepek, kitorang nak kongsi sikit kat mana korang boleh beli dan borong pelbagai jenis kerepak yang murah. Yes, sangat sangat murah dan sedap! Hehehe. Tempat tu adalah kat Banting. To be specific di kampung Sg. Lang. Sebenarnya banyak kedai kat Kampung Sg. Lang tu. Korang boleh pilih dan pergi mana yang korang suka. Tapi kitorang suggest korang pergi kat Kerepak Fazz. Kitorang suggest sebab kitorang suka pergi situ. Hehehehe.

Ni kitorang belanja sikit video kat kedai Kerepek Fazz untuk view yang lebih dekat. Enjoy!


Apa tunggu lagi. Kalau korang berminat nak beli, boleh la singgah pergi beli. Korang waze je Kerepek Fazz Kampung Sg, Lang. InysaAllah sampai la korang nanti kat sana. Selamat shopping kerepek!

Assalamualaikum.

Friday, 21 February 2020

Makan di Ombak Kitchen

Assalamualaikum.

Hello, hello! Siapa kat sini yang suka makan seafood spread? Siapa yang suka tu boleh geng babah didil hehehe. Kitorang nak share dengan korang satu tempat makan yang best dan sedap! Yesss serius sedap! Nama tempat makan tu adalah Ombak Kitchen. Yumssss!


Yang suka makan seafood spread ni kitorang suggest makan kat Omabk Kicthen sebab dia hidangkan seafood yang premium pada harga yang berpatutan. Yang penting semua fresh! Makan pun nak tambah nasi ok. Banyak pilihan sos yang boleh korang pilih ikut kesesuaian selera korang. Antara sos yang ada Creamy Tom Yam, Cheezy Zesty Lemon dan lain lain. Tapi top selling dia adalah Ombak Crazy Cajun. Haaa tu yang kitorang makan. Nak rasa terliur tengok video kat atas tu.

Korang boleh pilih kombo yang ada atau ala carte. Ikut citarasa dan pilihan apa yang korang suka. Yang penting harga sangat berbaloi. Apa yang menarik pasal makan kat Ombak Kitchen ni, korang kena makan pakai tangan jer. Sama macam tag line yang diorang gunakan #pakaitanganjer. Baru feeling kan makan pakai tangan. Hehehe

Ombak Kitchen ada 2 kedai, 1 kat Bukit Jelutung dan Bangsar. Kalau korang nak cuba datang, boleh la call untuk booking. Mana tau fully book ke. Baik call dulu sebelum sampai. Yang kitorang pergi ni kat bangsar. Tempat selesa, parking depan kedai je. Pekerja semua ramah, siap tolong ambilkan gambar lagi. Semua best lah!

Sekali lagi kitorang suggest korang datang makan kat Ombak Kitchen. Makan sekali mesti korang nak datang lagi nanti. Tak rugi sebab berbaloi dengan harga yang korang bayar. Sedap!

Ok itu saja perkongsian kali ni. Jangan lupa cuba dan pergi makan kat Ombak Kitchen ok!

Assalamualaikum.

Monday, 27 May 2019

Koleksi Iklan Raya 2019

Assalamualaikum.

Raya 2019 kali ni banyak iklan raya yang best kan? Korang suka iklan yang mana? Rasanya semua iklan raya tahun 2019 best. Jom kita tengok iklan raya 2019 yang ada. Enjoy!





\









Iklan mana menjadi pilihan korang? Meh share pendapat korang dekat ruangan komen ok! Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin. Kosong kosong! Hehehe #NakDuitRayaPlease

Assalamualaikum

Tuesday, 26 March 2019

How to make our kids happy

Assalamualaikum.

Kitorang akan mula buat video dan upload setiap hari isnin. Yeayyyy! Harapnya akan kekal sampai akhir tahun. Tu la target kitorang untuk produce content dekat youtube channel kitorang. Kalau sesiapa yang masih tak subscribe youtube channel kitorang. Sila subscribe sekarang!

Untuk permulaan kitorang buat video ikut tajuk yang diberi oleh followers kitorang dekat twitter. Kitorang minta followers bagi tajuk. Mana yang best kitorang akan pilih dan bagi giveaway RM5. Best kan? Kalau korang nak giveaway RM5, rajin rajin la jenguh twitter kitorang. ok!

Jom la kita layan video perkongsian perdapat pasal "how to make our kids happy". Enjoy!


Korang ada pendapat korang? Kongsikan dengan kitorang dengan komen dekat bawah. Next video nak cakap pasal apa eh? Kalau korang ada tajuk best, bagi la. Mana tau kitorang pilih sebagai topik untuk kitorang bualkan untuk video seterusnya. Mana tau kan?

Sekian saja. Assalamualaikum.

Tuesday, 29 January 2019

Koleksi Video Medley 12 Lagu #AJL33

Assalamualaikum.

Bahang #AJL33 makin terasa. 12 lagu akan berentap untuk menjulang takhta juara #AJL33. Korang rasa lagu mana yang akan jadi juara #AJL33? Sebelum kita tengok malam kemuncak #AJL33 pada 3 Feb 2019 ni. Jom kita layan video medley 12 lagu #AJL33 yang ada di youtube.





Korang suka video yang mana satu? Komen prediction korang kat ruangan komen dibawah siapa bakal jadi juara #AJL33.

Assalamualaikum.

Tuesday, 22 January 2019

Fatty Crabs Ampang

Assalamualaikum.

Kepada mereka yang suka makan ketam tu, korang patut cuba makan kat Fatty Crabs Ampang. Kitorang dah 2 kali pergi tau. First time datang rasa tak puas nak makan. Second time datang nak makan lagi puas. Hehehe!

Ada macam macam jenis masakan untuk ketam. Bukan takat ketam je, udang, sotong, ikan semua ada. Korang pasti akan puas hati makan sampai kenyang. Sedap dia memang boleh pergi berdesup. Harga pun berpatutan. Cerita banyak tak guna, korang tengok je la review kitorang masa makan dekat Fatty Crabs Ampang ni.


Kalau korang nak datang boleh je waze Fatty Crabs Ampang. Restoran ni betul betul depan hospital kpj ampang. Seberang jalan je dah sampai. Tak rugi kalau korang nak cuba sebab diorang masak sedap! Kitorang dah jadikan tempat wajib makan bila dapat gaji. Hehehe! Nanti dah cuba makan komen kat posting kitorang ni sedap ke tak ok!

Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

Wednesday, 2 January 2019

Hari Pertama Fayyad Rayyan Masuk Sekolah

Assalamualaikum.

Hari ni 2 Januari 2019 hari pertama persekolahan untuk tahun 2019. Anak kitorang pun antara mereka yang masuk sekolah. Sekejap je rasanya, anak dah besar dan masuk sekolah. Pengalaman baru menguruskan anak nak masuk sekolah. Nasib baik baru masuk tadika. Belum sekolah rendah. Hehehe. Walaupun baru masuk tadika, macam macam ragam ok.

Si abang ok, si adik tu macam manja sikit. Nak ada babah dan mommy depan mata. Lama juga la tunggu nak ok. So far so good. Anak memberi kerjasama yang baik walaupun ada la sikit cranky. Biasa la tu, budak budak kan. Nah sedikit video pengalaman kitorang hantar anak kitorang pergi masuk sekolah.


Simpan video ni untuk tontonan masa depan. Harap nanti bila diorang besar boleh tengok balik macam mana perangai diorang masa hari pertama masuk sekolah. Hehehe. Babah dan mommy doakan Fayyad dan Rayyan rajin belajar masa kat sekolah. Amin. Ok itu saja perkongsian pengalaman kitorang hantar anak masuk sekolah. Jumpa di entry seterusnya!

Assalamualaikum.